Penambahbaikan OSH di Surau Kamunting Jaya
Sebelum ini posting saya berkaitan dengan pembinaan pemegang
(railing) pada anak tangga di Masjid Ekspo, Kamunting. Boleh rujuk di sini.
Alhamdulillah, bersesuaian dengan bakal kehadiran Ramadan
tidak beberapa hari lagi ini, pemegang (railing) pada titi kecil pintu pagar
belakang Surau Kamunting Jaya telah siap dibina.
Titi kecil pintu pagar belakang surau ini menjadi pilihan penghujung
surau terutama pada bulan Ramadan semasa Solat Terawih kerana ianya berhampiran
tempat wuduk. Sebelum ini tanpa pemegang ini telah terjadi beberapa kejadian
nyaris kemalangan.
Semoga pihak-pihak pentadbir masjid dan surau lain turut
menitik-beratkan perkara-perkara berkaitan OSH ini.
*Sebenarnya saya mencadangkan agar dibina tembok kecil di kedua-dua belah sisi titi kecil ini (edge curb). Bagaimanapun salah seorang jawatankuasa surau yang mahir dalam pembinaan mencadangkan agar dibina pemegang yang mana saya rasa cadangan beliau lebih praktikal.
Update 5 Jul 2013 12.15pm
Wsl dan terima-kasih sdr Ahmad Syazwan atas cadangan penambahbaikan tersebut.
Sebenarnya saya berhasrat untuk memaklumkan semula kepada pihak pengurusan surau untuk menambahbaikan railing tersebut seperti gambar di bawah. Antaranya:
1. Sharp edge di hujung pemegang. Perlu dipotong dan dibengkok lagi.
2. Alang tengah - kalau merujuk Fencing Regulations 1970, 2nd Schedule, ketinggian railing 42 in dan ketinggian alang tengah 21 in, dari paras lantai titi kecil.
3. Tambahan edge curb (seperti toe board).
Terima kasih.
En Lokman, bagaimana tahap keselamatan kanak-kanak yang melalui titi kecil tesebut? adakah ketinggian railing mewakili ketinggian kanak-kanak? Adakah dengan pemasangan alang tengah pada ketinggian kanak-kanak dapat mengurangkan risiko bahaya kanak-kanak melaluinya?