Kedai nasi kandar meloyakan
Siti Nadiah, 16 Julai 2013, Kosmo
BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran
nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi,
sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.
Tepung
yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya
diletakkan di sebelah tandas sahaja.
Bukan
itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan
mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)
ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.
Di
dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti
sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.
Operasi
mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan
bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.
Tidak basuh sebelum masak
Ketua
Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya
kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam
keadaan yang mengotorkan.
“Saya
tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu
gunakannya, kamu basuh atau tidak?,” katanya.
Kemudian
selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat
kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.
Ketika
ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab,
‘hari-hari saya cuci encik’.
Jawapannya
hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang
dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.
Pemeriksaan
kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang
terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.
Ketika
melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran
itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.
Akibatnya,
kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.
Operasi setiap bulan
Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Ku
Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22
premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.
Menurutnya,
sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai
nasi kandar.
“Kesemua
premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati
bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali.
“Sekiranya
dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak
akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.
Operasi
yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57
kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.
Bermula
Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan
terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku
Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk
melihat premis yang mana perlu diperiksa.
“JKNPP
kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah
memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang
sepatutnya,” katanya.
Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka.
Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar
Pegawai kesihatan mengesan lipas yang begitu banyak dalam stok tepung dan gula di sebuah premis nasi kandar
No comments:
Post a Comment