Ditimpa Emas, Ditimpa Batu
dan Ditimpa Epal
Hujan Emas, Hujan Batu dan
Hujan Epal
Ada dua lagi posting yang
dibuat oleh sdr Muhammad Asri Mat Lazin dalam mailing list NRG-SHE yang pasti
ada manfaatnya untuk dikongsi mereka yang selain dari senarai penerima email
mailing list NRG-SHE.
http://oshthejourney.blogspot.com/
Hujan batu di negeri sendiri
Muhamad Asri Mat Lazin, asristar@gmail.com
Dulu depa kata:
"Walau hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik berada di negeri sendiri".
Namun, berita "hujan batu
pembunuh" yang disiarkan oleh media pada 20 Julai 2013, jelas hujan
batu tidak boleh diterima. Dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Ringan MIEL,
Seri Alam, Johor Bahru tersebut, seorang pekerja terbunuh dan 11 orang
dilaporkan parah. Mereka menerima musibah angkara kerja-kerja meletupkan batu
dari sebuah kuari di mana letupan kuat menyebabkan batu granit berterbangan
dalam radius 1 kilometer. Kilang bersebelahan kuari yang menjalankan pemprosesan
minyak sawit dan bahan kimia dilaporkan menngalami kerugian antara RM3 - RM8
juta kerana perlu menghentikan operasi akibat kerosakan mesin yang ditimpa
hujan batu itu.
Kejadian ini memberikan contoh tepat
betapa pekerja di sesuatu kawasan perindustrian perlu diberitahu tentang hazard
dan risiko dari kilang bersebelahan. Kilang yang berisiko tinggi dan boleh
membahayakan pihak lain wajar memaklumkan aktiviti mereka kepada komuniti
sekeliling. Di samping itu, tidak sewajarnya menempatkan industri ringan
bersebelahan dengan industri berat yang beriko tinggi. Kejadian ini juga
memberikan iktibar bahawa zon penampang adalah penting. Dalam kejadian di
tempat lain, zon penampang memainkan peranan dalam konteks kawalan pelepasan
berbahaya seperti gas toksik atau zarahan. Dalam kes hujan batu di Johor Bahru,
hazard bukan lagi pelepasan zarahan kecil malah ia dalam bentuk
"peluru batu" yang membunuh.
Bertuah
selepas ditimpa buah epal - versi OSH
Muhamad Asri Mat Lazin, asristar@gmail.com
Terima kasih kepada pihak NRG-SHE
yang menganjurkan majlis berbuka puasa di UiTM Permatang Pauh pada 20 Julai 2013.
Majlis yang dapat mengeratkan persaudaraan. Boleh bertanya khabar dan
bersembang sesama pengamal OSH.
Seperti biasa pelbagai juadah
dihidangkan. Menikmati buah-buahan potong termasuk epal membawa fikiran
melayang jauh. Ya, suatu ketika dahulu, seorang budak ditimpa sebiji epal di
atas kepala. Dia adalah Isaac Newton. Semasa di sekolah, gurunya tidak
menaruh harapan tinggi terhadap tahap kecerdikannya. Namun, Newton ingin
mencari punca kenapa buah itu jatuh ke bumi. Diringkaskan cerita, lahirlah
Teori Graviti Newton yang banyak dimanfaatkan selepas itu.
Dengan menekuni atau fokus terhadap
sesuatu, boleh menghasilkan penemuan baru yang bermanfaat. Semasa belajar di
Jalan Semarak KL lama dahulu, saya kerap juga duduk sekejap selepas solat untuk
mendengar taklim atau `majlis fikir' yang dibuat oleh rakan-rakan tabligh.
Antara ungkapan depa yang masih saya ingat: "Tuan-tuan, kita perlu fikir
atas iman dan amal untuk berjaya di sisi Allah. Seperti juga di dunia. Ada yang
beri fikir terhadap besi. Maka, akhirnya besi yang berat kini boleh terbang
(maksudnya dicipta kapal terbang)".
Maka begitulah juga dengan kita. Apa
juga kepakaran dan kemahiran OSH yang dimiliki kini perlu terus dikembangkan.
Fikir dan terus fikir. Belajar dan
terus belajar. Hasilkan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada
masyarakat.
Seperti kata orang Jepun - Kaizen !
Kaizen ! Kaizen. Seperti tuntutan sistem pengurusan iaitu `continual
improvement'.
Di sisi agama pun diminta supaya
beramal sehingga hari ini lebih baik berbanding semalam.
Moh ! Para pengamal OSH, teruskan
perjuangan. Sesungguhnya bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang akan
menamatkanya....
No comments:
Post a Comment