Showing posts with label Kemalangan Industri. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan Industri. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Kursus Accident Investigation














Kursus Accident Investigation

Antara topik kursus yang saya gemar kendalikan ialah Accident Investigation. Sudah tentu kursus ini dimulakan dengan bab Accident Prevention.

Saya juga menggunapakai beberapa kajian kes sebenar yang saya kendalikan semasa saya bekerja di industri dahulu. Saya kaitkan juga dengan perundangan yang sedia ada berkaitan dengan kemalangan tersebut.

Disamping itu saya menggunakan lukisan grafik computer Acad untuk menerangkan lebih jelas keadaan lokasi kemalangan dan bagaimana kemalangan berlaku (sebelum dan selepas).

Sebagai satu contoh kajian kes seperti di dalam gambar, antara perundangan yang saya gunakan ialah:-

1. Factories and Machinery Act 1967 [Act 139] Factories and Machinery (Fencing Of Machinery and Safety) Regulations 1970 (Revised - 1983)
2. Factories and Machinery Act 1967 [Act139] Factories and Machinery (Building Operations and Works of Engineering Construction) (Safety) Regulations 1986
3. Uniform Building By-Laws 1984 [Act 133]
4. Guidelines for Public Safety and Health at Construction Sites 2007
5. Guidelines for the Prevention of Falls at Workplaces 2007

Untuk pembinaan (construction), terdapat juga beberapa perundangan lain seperti berikut yang boleh dimuat-turun dari laman web JKKP (DOSH).

1. Guidelines on Occupational Safety and Health in Tunnel Construction 1998
2. Guidelines for Approval of Design Scaffolding 2016
3. Calculation Loading of Scaffolding 2016
4. Guidelines on Trenching for Construction Safety 2000


Sunday, September 13, 2015

Case study CAPA



Case study CAPA

Correction Action

Drain cover yang hilang (dicuri?) mesti diganti dengan segera. Untuk sementara waktu boleh ditutup dengan papan dan ada papan tanda amaran

Preventive Action

Perlu consultation. Konkrit (tutup semua) bukan penyelesaian terbaik sebab akan menyukarkan longkang disenggarakan.

Penyelesaian terbaik:-

1. Drain cover dipasang bolted
2. Drain cover dipasang rantai
3. Drain cover menggunakan material selain dari besi
4. Drain cover dipasang dengan ensel


Pilih yang reasonable practicable. Setiap pilihan antara 1 hingga 4 ada pro dan contra nya. Tetapi jelas dengan konkrit bukanah penyelesaian berbentuk Preventive Action yang terbaik.

Friday, August 1, 2014

Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH


Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH

Ini adalah light case study yang akan saya gunakan dalam kelas-kelas pembelajaran akan datang.

Mengikut statistik Perkeso, setiap tahun kemalangan yang dilaporkan tertinggi ialah “slip & fall” selain dari “commuting accident”. Antara punca “slip & fall” ialah permukaan lantai yang licin akibat kehadiran air, minyak, pasir dan sebagainya.

Step 1. Kenalpasti punca

Biasanya motosikal lama (terutama British) bermasalah dengan lelehan minyak engine dari gear box atau lelehan petrol dari karburetor (overflow dan sebagainya). Tetapi pada Suzuki GT250C (model 1978) saya mengenalpasti kesan kebocoran sisa minyak petrol bercampur pelincir pada ekzos!

Sekali pandang memang mustahil adanya kebocoran pada ekzos motosikal 2-lejang! Biasanya ekzos enjin 4-lejang yang selalu bocor. Kehadiran minyak pelincir 2T pada ekzos motosikal 2-lejang sebenarnya berupaya memanjangkan hayat ekzos itu sendiri.

Ekzos Suzuki GT250C saya bocor akibat hentakan berulang-kali dari pemijak sisi yang dinaikkan. Berbeza dengan bahagian ekzos yang berhampiran dengan hujung pemijak tengah yang mempunyai lekuk khusus.

Punca lelehan minyak ini adalah akibat kebocoran disebabkan hentakan pemijak sisi kepada bahagian ekzos.

Step 2. Penyelesaian jangka pendek – corrective action

Lelehan minyak ini akan menyebabkan permukaan lantai licin dan boleh menyebabkan tergelincir dan jatuh. Untuk jangka pendek, setelah permukaan lantai dicuci, saya menggunakan kertas tebal (kertas kotak) sebagai alas sementara.

Terfikir juga untuk mencari aluminiun foil penampal periuk!

 *Kalau dalam sukan lumba, pegawai atau marshal akan bersedia dengan simen. Simen ini akan dicurah di atas permukaan jalan yang ditumpahi minyak dan diberus (menggunakan berus buluh), menyebabkan simen akan mengeras serta-merta.

Step 2. Penyelesaian jangka panjang – preventive action

Untuk preventive action, penyelesaian secara “Hierarchy of Risk Control” adalah antara yang terbaik.

1. Eliminate – Penghapusan Mutlak Risiko. Setelah lubang ekzos yang dibaiki/pateri (welding), pemijak sisi boleh ditanggalkan terus.

2. Subtitution – Penggantian. Elakkan menggunakan pemijak sisi. Gunakan pemijak tengah.

3.  Isolation – Penjarakan yang ada dua kaedah iaitu jauhkan dan litupi. Jarakkan (atau litupi) bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak disisi dengan direka  adanya lekukan (groove) seperti bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak tengah.

4. Engineering Control – Pengawalan secara Kejuruteraan. Rekabentuk awal agar pemijak sisi ini berjauhan dari bahagian ekzos.

5.  Administration Control – Pengawalan secara Pentabiran. Prosedur atau kaedah menaikkan pemijak sisi secara perlahan-lahan agar tidak menghentak bahagian ekzos.

6.  Protection Equipment – Peralatan Perlindungan Peribadi. Peribadi kepada motosikal (ekzos) dengan cara memasang getah pelapik (rubber padding).

Mungkin menggunakan jentera atau mesin di kilang lebih tepat untuk case study corrective/preventive action dan Hierarchy of Risk Control . Tetapi saya rasa penggunaan ekzos motosikal 2-lejang yang bocor juga boleh digunakan sebagai light case study berkaitan penyelesaian secara OSH untuk kemalangan slip and fall.


http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, March 5, 2013

Awas! Bayangan Maut

 Awas! Bayangan Maut

Semasa bekerja di kilang tayar 20 tahun yang lalu, OSH Manager saya (En. Abdul Rahim Jasmin) telah meminta saya mereka papan tanda amaran berkaitan hazard muatan tergantung (suspended load). Ini kerana ketika itu (tahun 90an), terdapat lebih 20 biji mesin angkat (crane and hoist) di kilang tersebut.

Setelah merujuk beberapa laman web OSH luar negara, kami menempah papan tanda yang bertulis; AWAS! JANGAN BERADA DI BAWAH BAYANGAN MAUT (Shadow of Death) dan memasangnya di semua kawasan mesin angkat termasuk di Mesin Pengangkat Kereta (Car Lifter) seperti gambar di atas.

Bagi kami, papan tanda tersebut memainkan peranan penting mengingatkan (memberi amaran) kepada semua pekerja agar tidak mengambil mudah berada atau berjalan di bawah muatan tergantung.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada papan tanda tersebut masih ada di kilang tayar ini.

Gambar kemalangan di atas, saya ambil dari Facebook Bomba dan Penyelamat Malaysia.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, January 20, 2010

BERITA YANG SEPATUTNYA TIDAK BERULANG LAGI!


BERITA YANG SEPATUTNYA TIDAK BERULANG LAGI!

Berita Harian hari ini (20-Jan-2010) memuatkan beberapa berita yang sepatutnya tidak berulang lagi kejadian seumpamanya.

Tanpa mahu menyentuh kejadian lemas pelajar yang berlatih Perahu Naga yang tidak mengambil maklum tetang risiko penukaran tempat latihan, ada pelatih tidak tahu berenang dan juga peggunaan jaket keselamatan yang diabaikan, posting kali ini menyentuh beberapa kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan. Kesemuanya ini telah saya sentuh dalam posting-posting sebelum ini.


lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


BERITA 1

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal


KULAIJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Yeo Cyndi, meninggal dunia selepas lebih 14 jam koma akibat dihempap sebuah televisyen di rumahnya di Bandar Putra Kulai di sini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam kelmarin ketika Cyndi menonton video persembahan tarian dan nyanyiannya bersama abangnya yang dirakam dalam satu acara di sebuah tadika.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata mangsa dipercayai tertarik wayar hingga menyebabkan televisyen 24 inci itu jatuh dan menimpanya.

Bapa mangsa, Yeo Sung Wah, 38, yang berada dalam bilik tamu menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan jeritan Cyndi.

Beliau berkata, Sung Wah bergegas ke bilik belakang rumah dan mendapati televisyen itu menghempap belakang badan Cyndi yang ketika itu dalam keadaan tertiarap.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulai dan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari semalam akibat kecederaan organ dalaman.

Sung Wah yang juga seorang ahli perniagaan, ketika ditemui berkata, Cyndi menonton rakaman itu setiap hari, malah menyanyi dan menari bersama.

"Saya tidak sangka kejadian ini berlaku pada anak saya," katanya.

Setiap televisyen, komputer, dan alatan elektrikal dan eletronik besar yang lain mempunyai "hook" di belakang bertujuan untuk dipalam di dinding untuk mengelakkan ianya terjatuh. Pada masa yang sama ianya bertujuan mengelakkan dari mudah dialih (dicuri).
Dalam Akta sedia ada (pengecualian kepada domestik) semua peralatan perlu dipastikan keteguhan semasa dipasang. Sebagai contoh kaki pengandung tekanan perlu dipalam (bolted).


BERITA 2

Jari kelingking pelajar kena bedah cincin tersekat


KOTA BHARU: Jari kelingking seorang pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini terpaksa dibedah semalam selepas cincin yang dipakai tiga hari lalu tidak dapat dikeluarkan selepas jarinya membengkak.

Mohd Muhaimin Mohd Izani, 21, dari Bukit Abal, Pasir Puteh dibedah pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bermula jam 3 petang selepas usaha memotong cincin itu, termasuk menggunakan pemotong besi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, buntu.

Mohd Muhaimin yang dikejarkan HUSM kira-kira jam 8.20 malam kelmarin berkata seorang rakannya menghadiahkan cincin itu kira-kira tiga hari lalu.

“Mulanya, saya memakai cincin itu tanpa sebarang masalah tetapi semalam (kelmarin), jari kelingking saya tiba-tiba terasa sakit.

“Saya cuba menanggalkan cincin itu tetapi gagal, sebaliknya jari saya semakin membengkak besar,” katanya.

Sejurus dimasukkan ke HUSM, petugas Unit Kecemasan menggunakan pelbagai cara menanggalkan cincin itu tetapi tidak berhasil sebelum mendapatkan bantuan anggota bomba.

Pegawai Bomba Kanan Kota Bharu, Abdul Aziz Sulong, berkata pihaknya membawa beberapa peralatan khas yang sering digunakan untuk memotong cincin tidak pernah berdepan masalah serumit itu.

Katanya, bahan membuat cincin itu terlalu keras dan keadaannya yang licin juga menyukarkan alat pemotong memutuskan cincin berukuran kira-kira lapan milimeter itu,” katanya.

Wakil media yang secara kebetulan berada di situ mendapati, pasukan terbabit mulanya menggunakan pemotong khas tetapi tidak berhasil sebelum bertukar gunting besi yang juga gagal.

Mengapa perlu memakai cincin? Cincin, rantai, tali leher, pakaian yang mengelebeh (loose) dan sebagainya adalah merbahayakan penggunanya. Gambar di atas adalah satu kemalangan di mana jari mangsa tersepit di antara dua pasang penggolek kecil. Cincin yang dipakainya memudaratkan lagi kemalangan tersebut.


BERITA 3

Atendan letak kereta gaji RM800 diisytihar muflis


Wanita dakwa tidak pernah beli kenderaan RM167,170

KUALA LUMPUR: Seorang atendan wanita tempat letak kereta bergaji RM800 sebulan diisytiharkan muflis selepas didakwa gagal membayar pinjaman kenderaan mewah berjumlah RM167,170.11.

Halimaton Din, 41, ibu beranak lima sebak dan sesekali mengalirkan air mata ketika ditemui pemberita di luar mahkamah kerana terkilan dengan keputusan mahkamah itu dan berharap dapat mengetepikannya.

Beliau mendakwa tidak pernah membeli Toyota Estima 2.4 atau berhutang lebih RM167,000 kepada Bank Muamalat (M) Bhd seperti didakwa.

Halimaton mendakwa beliau pernah kehilangan kad pengenalannya pada 2007 dan yakin ada orang lain menggunakan kad pengenalannya untuk membeli kereta berkenaan.

Perintah muflis itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Zaiton Anuar selepas bank berkenaan selaku penghutang penghakiman berjaya memperoleh perintah penghukuman dan penerimaan.

Difahamkan, mahkamah membuat keputusan itu selepas beberapa kali kes disebut tetapi Halimaton tidak diiringi peguam.

Halimaton mendakwa sebelum ini beliau pernah mendapat khidmat seorang peguam bagaimanapun peguam itu tidak dapat hadir kerana mempunyai kes lain di Melaka.

Katanya, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak boleh lagi menangguhkan kesnya dan turut menasihatkan beliau mencari peguam lain.

"Kalau diikutkan saya mahu menggunakan khidmat peguam, bagaimanapun saya tidak mampu kerana memerlukan duit yang banyak. Ada sekali peguam datang mahkamah meminta RM400 (untuk mewakilinya)," katanya.

Halimaton yang turut ditemani suaminya, Ramli Zam Zam, 46, seorang polis bantuan, berkata pada 18 Disember 2007 beliau pernah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kajang, kerana namanya digunakan orang lain untuk membeli kereta.

"Saya hanya menyedari nama saya digunakan orang lain apabila ke sebuah kedai kereta terpakai di Kajang untuk membeli kereta dan dimaklumkan saya sudah memiliki sebuah kereta Toyota Estima," katanya.

Sementara itu, peguam Mohammad Fahmi Mat Rodzi yang mewakili Bank Muamalat berkata pada awalnya pihaknya memfailkan tindakan saman terhadap Halimaton di Mahkamah Sesyen di sini, bagaimanapun tindakan saman itu gagal dijawab oleh Halimaton selaku pemiutang penghakiman.

Beliau berkata, tiada tempoh masa spesifik diperlukan oleh Halimaton untuk mengetepikan perintah mahkamah semalam, bagaimanapun statusnya akan didaftarkan di Jabatan Insolvensi jika masih berdiam diri. "Selepas ini ia adalah antara Jabatan Insolvensi dan Halimaton. Ini bermakna pihak jabatan akan mendapatkan bayaran daripada Halimaton dan menyerahkannya kepada Bank Muamalat," katanya.

Rujuk posting berkaitan sebelum ini di sini dan juga larangan menyimpan kad pengenalan di sini

Monday, August 31, 2009

Wednesday, April 15, 2009

Perlindungan dari terjatuh



Perlindungan dari terjatuh

Semasa bekerja sebagai pengurus di kilang simen di Ipoh, saya telah banyak mem-bench-mark-kan kilang simen Lafarge di Langkawi untuk mengamalkan aspek-aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Malah saya juga telah membawa jawatankuasa keselamatan dan kesihatan (safety & health committee) membuat lawatan sambil belajar ke kilang Lafarge di Langkawi ini.

Salah satu amalan terbaik mereka ialah membina pelantar kerja di atas semua lori-lori pengangkut simen. Amalan ini kemudiannya dicontohi oleh semua syarikat pengeluar-pengeluar simen lain di Malaysia.

Walaupun begitu masih terdapat kemalangan pemandu dan pekerja yang terjatuh dari atas tangki simen lori ini.

Seorang bekas pelajar saya telah mengirim satu link laman web yang amat berguna sekali untuk mengatasi masalah ini.

Amalan membina struktur kerangka yang lengkap dengan “life line” untuk kemudahan abah-abah keselamatan (safety harness) ini bukan sahaja sesuai dan pratikal untuk lori-lori simen malah untuk semua jenis kenderaan pengangkutan yang lain.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/