Monday, May 11, 2009

Kasut tumit tinggi bahaya - CAP



PULAU PINANG 8 Mei - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.


Sunday, May 10, 2009

Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai, Taiping


Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai, Taiping

Setiap tiga bulan sekali saya akan ke Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai, Taiping ini membawa ayah saya untuk pemeriksaan kesihatannya. Pada umur 73 tahunnya ini beberapa penyakit sudah mula menjadi kawan rapatnya.

Seminggu sebelum hari pemeriksaan kesihatannya, saya akan membawanya terlebih dahulu untuk pengambilan darah. Seminggu kemudian untuk temujanji dengan doktor. Seawal jam 8 pagi untuk kedua-dua hari itu saya sudah sampai ke klinik ini.

Keputusan pihak Kesihatan memindahkan pusat rawatan pesakit luar dan rawatan susulan dari Hospital Daerah Taiping ke Klinik Kesihatan ini adalah tepat sekali walaupun pada mula terdapat banyak rungutan terutama lokasinya terkeluar sedikit dari pusat Bandar.

Susunatur logistik dalam klinik ini begitu memuaskan. Saya difahamkan semua Klinik Kesihatan di Malaysia menggunakan susunatur logistik yang sama. Bermula dengan kaunter pendaftaran terletak berhampiran dengan pintu masuk diikuti dengan bilik temujanji pesakit dengan di doktor di belakangnya. Manakala kaunter farmasi terletak berhampiran pintu keluar.

Unit pengambilan darah di belakang farmasi. Unit mata dengan peralatan canggih dan beberapa unit lain di tingkat atas.

Terdapat ruang lengkap dengan beberapa peralatan permainan kanak-kanak dan sebuah kantin untuk penghujung. Ruang pesakit penagihan tegar pula mendapatkan ubat alternatif menggunakan pintu masuk lain yang tidak sama dengan penghujung lain

Di setiap ruang menunggu temu janji doktor, pengambilan darah, farmasi dan sebagainya pula tersedia beberapa set tv.

Kunjungan saya minggu lepas dikejutkan lagi tambahan sesi pemeriksaan khas oleh pembantu kesihatan khas untuk pesakit diabetis. Pemeriksaan khas kaki pesakit diabetis ini mula diperkenalkan tahun ini. Biasanya pemeriksaan khas ini hanya terdapat di hospital-hospital atau klinik pakar dan persendirian saja.

Di samping itu perkhidmatan doktor-doktor yang ditemui oleh ayah saya di sini memberikan khimat kerja mereka sebaik mungkin. Terutama Dr. Manjir Kaur yang menjelaskan dengan terperinci kegunaan setiap jenis ubat dan kemungkinan kesan sampingan yang ada. Seorang pesakit lain yang kebetulan ada di dalam temujanji doktor yang sama dengan ayah saya iaitu seorang wanita tua juga dilayan oleh Dr. Manjit seperti seorang anak melayan ibunya sendiri.

Baru-baru kita ”dikejutkan” dengan pendedahan melulu di akhbar oleh seorang timbalan menteri yang mendakwa menangkap dua orang doktor yang sedang membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi sedangkan dua orang doktor tersebut adalah doktor pelatih yang telah tamat syif kerjanya.

Dalam satu rancangan TV3 yang dipengacarakan oleh Mazidul baru-baru ini juga begitu ketara ”menyalahkan” doktor-doktor ini.

Seorang timbalan menteri tidak perlu mencari ”kepopularitinya” sebagai seorang ahli politik dengan membuat pendedahan sebegini. Mungkin ada kejadian salah amalan sebegini tetapi sekadar seketika melepas lelah dan stress kerana kepenatan bekerja tidak harus dianggap mencuri tulang.

Ramai juga tidak tahu bahawa sistem longkang dan kumbahan sisa air di sekeliling dan terutama di hadapan klinik kesihatan ini menggunakan teknologi tinggi yang selamat dan mesra alam. Sekiranya aliran air sedikit, longkang atau takungan air ini akan bersifat lanskap dengan rumput menghijau. Teknologi ini diperkenalkan oleh REDAC, USM (River Engineering and Urban Drainage Unit) dan kebetulan penyelia projek di klinik kesihatan ini adalah rakan sekolah saya.

Bagaimanapun terdapat beberapa ruang untuk penambahbaikan ingin saya sarankan.

1. Ruang menurunkan pesakit di pintu masuk utama terlalu sempit. Ruang ini kadang-kadang sesak dengan ”kelam-kabut” staf serta kenderaan mereka yang baru datang untuk merakamkan kad kerja mereka.

2. Laluan menaik/menurun kerusi roda perlu dilekatkan dengan ”rubber padding” yang sesuai. Laluan sekarang licin dan boleh membahayakan penjalan kaki yang lain. Hospital Besar Seberang Prai umpamanya menggunakan ”rubber padding” ini di setiap laluan menaik/menurun kerusi roda ini. Rujuk gambar di bawah.

3. Pihak keselamatan (pengawal keselamatan) yang bertugas di pintu utama perlu lebih mesra pelanggan. Sekiranya tiada pertugas atau pembantu kesihatan berada berhampiran, mereka perlu membantu memberikan kerusi roda kepada pesakit yang memerlukannya. Sekarang ini mereka hanya tercegat memerhatikan pesakit ini terkial-kial mencari kerusi roda.

4. Pihak keselamatan juga perlu tegas kepada penghujung-penghujung yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di laluan dan kepada mereka yang membawa kenderaan melawan arus laluan sehala.

5. Tempat letak kereta penghujung agak terhad. Walaupun sudah ditambah di bahagian belakang bersebelahan tempat letak kereta staf, masih lagi berlaku kesesakan.

6. Sistem lampu isyarat di luar klinik ini tidak selari dengan sistem lampu isyarat di hadapan restoran nasi kandar bersetentang dengan klinik ini. Walaupun sistem lampu isyarat ini bukan di bawah bidang kuasa klinik ini, pihak klinik perlu memaklumkannya kepada pihak berkenaan. Sudah banyak kali kejadian nyaris hampir dilanggar kepada mereka yang keluar dari klinik ini sewaktu hendak membelok ke haluan kanan ke bandar Taiping.

Bagaimanapun keseluruhannya Klinik Kesihatan Jalan Tupai ini memberikan perkhidmatannya begitu memuaskan. Agar perkhidmatan sebegini berterusan dan terus meningkat.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Rubber padding untuk laluan menaik/menurun kerusi roda di Hospital Besar Seberang Prai, Pulau Pinang

Thursday, May 7, 2009

OSH in school as early as 1980?

Front page of Health Book for Primary 1 at year 1980

Dated 30 September 1980

Danger of sharp object and fire safety

Road safety

Child safety

Click here for details

Pictures by: Sham, http://www.yob4ever.com/

Wednesday, May 6, 2009

Do you dare to take the risk?

Unsafe condition!

It is your responsibility to provide a safe house to your family and other than family members (visitors, neighbours and maybe your pets!)

Click here for more.

Prinsip asas pengungsian bangunan atau kawasan

Prinsip asas pengungsian bangunan atau kawasan

Saya baru pulang dari Air Keroh, Melaka. Saya ke sana untuk mendapat gambaran sebenar Trek Lumba Melaka International Motorsport Circuit sebelum mereka-bentuknya semula dengan tambahan peralatan keselamatan untuk kelulusan AAM bagi acara Petronas Cub Prix Pusingan Keempat Jun ini.

Kalau mengikut “blue-print”, secara amnya fasiliti di sini lengkap dengan kemudahan bilik perubatan, surau di samping peralatan dan kemudahan asas untuk penganjuran sukan bermotor.

Di laluan lumba sendiri lengkap dengan “run-off” di setiap penghujung “racing line” pada selekoh, “crash fence’ di sisi tempat duduk utama dan “paddock/pit”. “Crash fence” yang terdiri dari tayar-tayar kenderaan berbalut kemas ini juga terdapat di beberapa sisi laluan terutama pada laluan yang bersebelahan.

Saya juga tertanya mengapa tidak dibina tembok konkrit di sepanjang laluan lurus garisan permulaan hingga melepasi kawasan paddock/pit seperti trek lumba di Sepang dan juga di Pasir Gudang. Tembok konkrit ini penting terutamanya untuk melindungi pegawai perlumbaan dan krew pasukan lumba yang biasanya akan berada di kawasan ini semasa perlumbaan dijalankan.

Mungkin belum siap sepenuhnya ialah ‘service route” di tepi laluan perlumbaan. Mungkin terlalu awal untuk diperkatakan juga, “service route” ini kelihatan tidak berhubung dengan baik antara satu sama lain.

Bagaimanapun kemudahan asas untuk pengungsian (evacuation) “kelihatannya” tidak begitu dititik-berat di sini. Kalau mengikut “blue-print”, kemudahan letak kereta adalah di luar kawasan litar tetapi kehadiran orang-ramai untuk sesuatu acara tidak boleh dipandang ringan.

Asas pengungsian bangunan atau kawasan ialah laluan keluar mestilah lebih atau ruangnya besar dari laluan masuk. Ciri-ciri laluan keluar masuk yang selamat ialah laluan masuk bersetentang dengan laluan keluar. Seelok-eloknya laluan keluar bukanlah semata-mata di laluan masuk yang sama.

Saya selalu tegaskan dalam kelas kendalian saya bahawa panggung wayang lama di Malaysia sebelum kehadiran Cinemaplex dan sebagainya adalah contoh terbaik bagaimana prinsip asas pengungsian bangunan ini. Biasanya beberapa minit sebelum tayangan filem berakhir, penjaga pintunya akan membuka penghalang atau menarik tirai di setiap pintu-pintu yang terletak di sisi kiri-kanan, hadapan kiri-kanan dan di belakang panggung wayang. Berbeza dengan panggung wayang sekarang yang hanya membenarkan dua laluan sahaja di hadapan kiri-kanan untuk penonton keluar.
Kalau kita amati sistem pembakaran dalam injin kenderaan juga bagi setiap silinder yang mempunyai injap berbilang dengan jumlah ganjil akan menetapkan bilangan injap keluar (outlet) lebih daripada bilangan injap masuk (inlet). Sebagai contoh silinder yang mempunyai lima injap sesilinder akan terdiri dari tiga injap keluar dan dua injap masuk.


Pembinaan rumah teres umpamanya masih mengekalkan prinsip laluan masuk (pintu utama) mestilah bersetentangan dengan laluan keluar (pintu belakang). Bagaimanapun pengubahsuaian rumah kemudiannya tidak menitikberatkan prinsip asas pengungsian bangunan ini.

Berbalik kepada Trek Lumba MIMC ini hanya terdapat dua laluan di mana satu laluan utama (keluar dan masuk) dan satu lagi untuk laluan keluar sahaja iaitu pada sebelahan menghadap jalan raya yang sama.

Walaupun mungkin tiada kenderaan penghujung dibenarkan masuk ke dalam kawasan litar, kehadiran orang ramai yang tidak biasa dengan persekitaran trek ini boleh menyebabkan mereka kehilangan punca untuk keluar menyelamatkan diri jika berlakunya sesuatu bencana.

Lebih membimbangkan saya, trek ini bersetentangan dengan bukit yang mana tiada langsung laluan keluar di sisi yang bersebelahan bukit ini.

Pemilik trek ini (kerajaan Negeri Melaka?) perlulah mengambil kira prinsip-prinsip asas pengungsian bangunan atau kawasan sebegini terutama jika penghujungnya boleh mencapai angka ribuan pada satu-satu ketika.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/



Sebahagian dari gambar-gambar trek diambil dari sini.

Laman web Ergonomik Dr. Jalal

http://www.my-ergoworks.com/
Laman web Ergonomik Dr. Jalal

Laman web Ergonomik Dr. Jalal (Dr. Jalaluddin Dahalan) boleh dilawat di sini. Bagaimanapun semenjak kujungan saya ke laman ini beberapa bulan lepas, tiada sebarang artikel yang dikemaskinikan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Biodata Dr. Jalal;

LEADING ERGONOMIST

Dr Jalaluddin Dahalan
PhD. in Industrial Engineering (Human Factors), 1993
The Wichita State University, USA

EXPERIENCES

During his stay in United State, he was directly involved in developing and working on various ergonomics related program at companies such as Boeing, Cessna, Beech Craft, Wesley Hospital, Rubbermaid Industry, Cerebral Palsy Research Center and the National Institute for Aviation Research to name a few. Prior to coming back to Malaysia from USA in early 90's he last served as a Senior ergonomics Engineer at Koch Industries Inc, USA; an Oil & Gas Corporation.

Upon his return to Malaysia in 1994, Dr Jalaluddin has joined the National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Malaysia for 7 years. His final position was as the Ergonomics Division Manager. As an expert in the field of ergonomics and OSH, he assisted the Department of Occupational safety and Health to come out with guideline such as Standing at Work, Working with VDU and Occupational Health Services. He trained DOSH personal in the areas of OSH and served as an advisor to DOSH in the field of ergonomics. Dr Jalaluddin also serves as an advisor to a number of companies currently and is considered as one of the leading ergonomist and OSH professional in the country.

Now in ErgoWorks, he had conducted numerous Ergonomics Training Programs, Assessments, Consultancy/Advisory works, 3D workplace design simulation for the Oil & Gas facilities and other related R&D studies for companies such as Petronas Dagangan, MLNG, ABF Bintulu, Sarawak Shell Berhad, Sabah Shell Petroleum Co, ExxonMobil, Carigali Triton, BP Chemical, Motorola, Texas Instrument, Colgate Palmolive, Sony, Sharp-Roxy and Sanyo to name a few multinationals each with differing the overall productivity and competitiveness of their human workforce to ensure optimal return on their overall business investment.

Tuesday, May 5, 2009

Bottled water - do wee need it?

Batu peringatan keselamatan jalan raya di India

Batu peringatan keselamatan jalan raya di India

Sewaktu menonton filem Hindustan Heroes; why should you not join Indian army? minggu lepas, saya terlihat salah satu batu peringatan keselamatan jalan raya ini.

Sebenarnya semenjak beberapa tahun lalu, saya sering menggunakan gambar-gambar batu peringatan keselamatan jalan raya di India ini sama ada di dalam kursus Master atau kursus-kursus berkaitan OSH yang saya kendalikan.

Untuk melihat kesemua gambar-gambar batu peringatan ini bolehlah melawat ke blog Miros ini.

Bagaimanapun ramai yang masih menggangap batu-batu peingatan ini lebih kepada jenaka keselamatan (safety joke). Mungkin disebabkan kata-kata sinis yang digunakan pada batu peringatan ini. Hakikatnya itulah kenyataan kepada yang tidak mematuhinya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Maybank Embarks on Pioneer Occupational Safety & Health (OSH) Mentorship Programme with SME

From left: Hassan Alias, DOSH, Jaafar Ali, Managing Director of Usaha Sama Security Sdn Bhd, Nora Manaf, Head Group Human Capital of Maybank and Zaharim Osman

Maybank has become the first financial institution in Malaysia to embark on an Occupational Safety & Health Mentorship programme with a small and medium-sized enterprise (SME).

The Bank today signed a Memorandum of Understanding (MOU) with Usaha Sama Security Sdn Bhd (USS) to begin this year-long mentorship programme. The programme is part of the Federal Territory Department of Occupational Safety & Health (FT DOSH) "Mentor-Mentee & Good Neighbourhood Programme” with SMEs. It is aimed at increasing the level of occupational safety and health (OSH) for the SME sector with the support of key corporations.

Signing on behalf of Maybank at the ceremony was Nora Manaf, Head of Group Capital, while Jaafar Ali, Managing Director of USS signed on behalf of his company, The event was witnessed by Zahrim Osman, Director of FT DOSH, Ministry of Human Resource.

Maybank won the National OSH Excellence Award in 2008, and was nominated by FT DOSH to participate in this programme based on its proven high standards of occupational safety and health practices employed. The MOU with USS will involve all levels of employees of USS.

In her address at the signing ceremony, Nora said, "Maybank is honoured to be selected by FT DOSH to participate in this programme and we are pleased to share our OSH experiences with the SME sector. USS is one of Maybank's vendors and we see this as part of our corporate responsibility efforts in contributing to the development of better OSH standards in the country."

She added that this was a win-win mentorship programme because the implementation of a higher standard of OSH will ultimately lead to better efficiency and higher quality of service excellence by each partner.

Nora also commended USS for participating in the programme and for taking the lead to implement OSH initiatives in its work environment.

Nora said that under the mentorship programme, Maybank will undertake activities such as sharing of expertise by training USS employees, conducting OSH audits as well as advisory on laws and regulations pertaining to OSH.

Maybank has a vigorous OSH programme and a dedicated OSH department to implement such programmes for the more than 32,000 employees of the Group.
Some of the OSH initiatives include emergency and safety drills, knowledge acquisition via e-Learning courses, ongoing audits on work environment as well as talks and campaigns on health and wellness.

"We will also work with DOSH to promote such mentorship programmes with our other vendors. We believe that by working together to implement or enhance OSH programmes, we can promote a healthy and safe working environment that contribute to higher productivity and cost savings," she said.

Saturday, May 2, 2009

Blog Ergonomik

Blog Ergonomik

Susulan posting saya berkaitan blog-blog OSH di Malaysia, saya menerima email R.M. Nasrull (nasrull_83@hotmail.com) memperkenalkan blog beliau yang berkaitan dengan ergonomik.

Walaupun mengikut profil blogpsot, R.M. Nasrul dari bidang pendidikan, saya tidak pasti sama ada beliau dari displin ergonomik, iaitu satu cabang OSH yang masih kekurangan pakar dan tempat rujukan di Malaysia ini.

Sehingga kini di Malaysia hanya ada beberapa nama yang sinonim dengan ergonomik seperti Dr. Jalal (ex-Niosh), Prof Madya Dr Mat Rebi (UTM dan ex-DOSH), dan Prof. Madya Evelyn Tan (USM). Bagaimanapun Dr. Evelyn lebih kepada ergonomik persekitaran (bunyi, getaran dan pencahayaan).

Semoga dengan kehadiran blog ergonomik seumpama ini dapat membantu kita semua.




http://nasergonomic.blogspot.com/

Salam,

Disini saya amat tertarik dengan pendekatan anda tentang blog2 yang berkaitan dengan OSH di Malaysia.

Sehubungan dengan itu saya ingin menyertai laman blog anda untuk berkongsi info & knowledge yang berkaitan khususnya Ergonomics.

Di sini blog saya http://nasergonomic.blogspot.com/ dan diharap mendapat sokongan serta hebahan didalam blog anda.TQ

R.M Nasrull