Friday, October 28, 2011

Thursday, October 27, 2011

Sesi Dialog Pengamal OSH dengan DOSH dan SOCSO Perak


Sesi Dialog Pengamal OSH dengan DOSH dan SOCSO Perak

Dialog berlangsung di Hotel Tower Regency Ipoh dengan wakil DOSH Perak, Tuan Haji Jaafar Haji Leman, Timbalan Pengarah DOSH Perak dan wakil SOCSO, En. Muhamad Alif Haikal Cheong b Abdullah, Pengarah SOCSO Perak. Manakala sesi dialog dipengerusikan oleh sdr. Encik Anuar Bin Saidin, yang juga Pengerusi NRG SHE.

Sesi dialog bermula dengan kata-kata aluan Pengerusi, Encik Anuar yang memaklumkan majlis hari ini adalah anjuran NRG SHE iaitu persatuan pengamal-pengamal OSH di Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) dan merupakan aktiviti pertama NRG SHE di Perak. Setakat ini keahlian NRG SHE adalah seramai hampir 300 orang ahli biasa iaitu SHO yang berdaftar dan seramai hampir 500 orang ahli bersekutu iaitu mereka yang berkaitan dengan OSH tetapi tidak/belum berdaftar sebagai SHO>

Dalam kata-kata aluan Tuan Haji Jaafar, Timbalan Pengarah DOSH merakamkan terima kasih kepada pengamal-pengamal OSH (SHO) yang juga sebenarnya membantu DOSH dalam melaksanakan OSH di tempat kerja. Tuan Haji Jaafar juga membayangkan perundangan FMA 1967 akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2015 setelah pihak yang bertanggungjawab akan memeriksa “certified machinery” dikenal pasti.

Tuan Haji Jaafar turut memaklumkan kadar kematian akibat kemalangan industri di Perak tahun 2011 sehingga Oktober ini ialah 15 kes dengan 3 kes berkaitan “machine guarding”. Perak juga mencatat kadar kematian akibat kemalangan industri tertinggi di Malaysia pada tahun 2010 iaitu sebanyak 34 kes.

En. Alif Haikal, Pengarah SOCSO dalam kata-kata aluannya memaklumkan SOCSO kini mempunyai keutamaan kepada pencegahan dan pemulihan jika dibandingkan dengan pampasan. Sebagai makluman, sehingga Julai 2011, SOCSO Perak mencatatkan laporan kematian sebanyak lebih 80 kes dan ini termasuk kemalangan maut akibat commuting accident. Pada masa yang sama sehingga September 2011, pada tahun ini SOCSO Perak telah membuat bayaran pampasan hampir sebanyak RM 15,300,000 kepada pencarum yang layak akibat kemalangan industri, penyakit khidmat dan juga commuting accident.

En. Alif Haikal juga memaklumkan hanya terdapat lebih kurang 50 kes penyakit khidmat dilaporkan dan angka ini amat rendah jika dibandingkan dengan kemungkinan penyakit khidmat boleh berlaku. Oleh sebab penyakit khidmat ini mengambil masa untuk dikesan, mengikut Akta SOCSO 1969, pihak SOCSO masih menerima laporan penyakit khidmat sehingga tempoh 60 bulan. Senarai penyakit-penyakit khidmat ini juga boleh dirujuk dalam Jadual 1, akta yang sama.

Soalan 1.

1a. Bagaimana jika laporan penyakit khidmat dikemukakan selepas tempoh 60 bulan? Apakah faedah-faedah yang ditawarkan oleh SOCSO berkaitan penyakit khidmat ini?

1b. Selain penguatkuasaan, apakan peranan DOSH dalam penyelidikan keselamatan tempat kerja?

Jawapan.

1a (SOCSO). Pihak SOCSO masih mempunyai budi bicara untuk laporan penyakit khidmat yang dikemukakan selepas tempoh 60 bulan. Antara faedah penyakit khidmat ialah (i) faedah perubatan tanpa had, (ii) pembayaran balik MC (hilang upaya sementara), (iii) pencen berkala untuk hilang upaya kekal melebihi 20% dan bayaran pukal untuk hilang upaya kurang 20%, dan (iv) faedah pemulihan (mengikut kadar hospital kerajaan).

1b (DOSH). Walaupun kewujudan NIOSH untuk menjalankan R&D, DOSH juga terlibat dalam penyelidikan mereka sendiri (LAB). Untuk tahun 2011, DOSH memberi tumpuan kepada 3 projek iaitu (i) safety committee, (ii) lift (terutama rumah pangsa/PPRT), dan (iii) Machine Guarding.

Soalan 2.

2a. Untuk tuntutan penyakit khidmat, perlukan lampiran dokumen disahkan oleh HOD?

2b. Apakah objective dan status GHS - The Globally Harmonized System of Classification and Labelling of Chemicals.

Jawapan

2a (SOCSO). SOCSO akan menerima lampiran dokumen yang disahkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.

2b (DOSH). GHS merupakan keseragaman perundangan antarabangsa yang melibatkan Classification, Labelling and Packaging of Chemicals (CPL) yang sedia ada. Masih dalam peringkat draf terakhir dan akan dikuatkuasa sama ada akhir tahun 2011 atau awal tahun 2012.

Soalan 3.

3a. Apakah maksud Kemalangan Cuti Sakit 4 Hari? Sama ada berterusan atau jumlah hari cuti sakit?

3b. Masalah mendaftarkan Certified Machinery dari luar negara.

3c. Ingin tahu jika ada dana untuk latihan dalaman berkaitan OSH.

3d. Laporan penyakit khidmat yang ditolak oleh SOCSO.

Jawapan.

3a (DOSH). Kemalangan dengan Cuti Sakit 4 Hari adalah berterusan dan perlu dilaporkan kepada DOSH Negeri menggunakan borang JKKP6. Manakala Kemalangan Cuti Sakit kurang dari 4 Hari perlu dilaporkan kepada Ibu Pejabat DOSH menggunakan borang JKKP8 setiap tahun sebelum 30 Januari.

3b. (DOSH). Kelulusan mendaftarkan Certified Machinery dibuat di Ibu Pejabat DOSH dan kini boleh dilakukan secara on-line. Perlu dimohon Running Test jika tidak boleh dilakukan Hydrostatic Test. Manakala pendaftaran pemasangan perlu dibuat di DOSH Negeri menggunakan borang JKJ105.

3c. (DOSH). Tidak ada peruntukkan dari DOSH. Bagaimanapun DOSH boleh membantu dari segi sumber manusia.

3d. (SOCSO). Boleh rujuk semula di pejabat SOCSO. Boleh dikemukakan semula permohonan.

Soalan 4.

3. Apakah tindakan asas yang perlu dilakukan jika kemalangan maut di dalam industri terutama berlaku selepas waktu pejabat atau cuti am?

Jawapan

4. (DOSH). Telefon atau sms dengan seberapa segera yang boleh kepada pegawai DOSH. Kemudian diikuti dengan borang JKKP6 secara faks. Siasatan dalaman juga perlu dilakukan dengan segera.

Soalan 5.

5a. Apakan yang boleh dilakukan oleh DOSH untuk memperkasakan Safety Committee?

5b. Apakah yang boleh dilakukan oleh SOCSO untuk mengurangkan Commuting Accident?

5c. Masih ada lagi peruntukkan topi keledar percuma untuk diagihkan kepada pekerja industri?

Jawapan.

5a. (DOSH). DOSH ada audit dan senarai semak khas berkaitan dengan Safety Committee. Committee juga digalakkan menjemput pegawai DOSH hadir bersama dalam mesyuarat sebagai pemerhati.

5b. (SOCSO). SOCSO berkerjasama dengan JKJR dan NGO dalam beberapa kempen Commuting Accident.

5c. Peruntukkan edaran topi keledar tahun 2011 sudah kehabisan. Bagaimanapun JKJR negeri turut mempunyai stok untuk agihan.

Tambahan.

En. Alif Haikal menyuarakan kebimbangan peningkatan laporan penyakit sakit belakang dan adanya di antara kes yang berulang. Beliau meminta pengamal OSH memberi pandangan.

Ada pandangan kekangan kos yang menyebabkan peralatan pencegahan penyakit sakit belakang ini tidak dapat diadakan. Ada pandangan hazad ergonomik tidak dapat dikenal pasti atau tidak dbuat analisa terlebih dahulu menyebabkan terjadinya penyakit sakit belakang ini.

En. Anuar dalam ucapan penutup memaklumkan beberapa aktiviti NRG SHE akan datang iaitu Bengkel Certified Machinery yang akan diadakan pada 12 November 2011 Sabtu 9am – 1.00pm di Wisma Perkeso, Seberang Prai. Di samping itu terdapatnya 10 kursus percuma Safety Commuting Accident pada tahun 2012 yang masih dibuka. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha NRG SHE iaitu Yusri 019-417 9673 / aladdinosama@gmail.com.

Sesi dialog tamat pada 4.30 petang dengan jamuan hi-tea.

Dilaporkan oleh:

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Jangan tunggang tanpa topi keledar!


Jangan tunggang tanpa topi keledar!

Lewat petang Ahad lepas saya terkejut apabila mendengar siaran lintas langsung Radio Sinar memaklumkan perlumbaan MotoGP dihentikan semasa di Pusingan ke-2 akibat satu kemalangan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari KL ke Taiping setelah habis kelas pengajaran saya.

Malamnya di TV3, Marco Simoncelli, pelumba Itali diumumkan telah meninggal dunia akibat kemalangan yang juga menyebabkan topi keledarnya terpelanting.

Bagi yang biasa dalam sukan bermotosikal ini, kemalangan sehingga menyebabkan topi keledar terbuka adalah satu penanda ngeri. Biasanya akibatnya sama ada maut atau kecederaan di kepala yang parah.

Saya menerima banyak panggilan telefon dan sms berkaitan dengan kemalangan di Sepang ini. Kebanyakannya menyangka saya bertugas semasa kemalangan. Sebenarnya tiga, empat tahun kebelakangan ini saya sudah tidak terlibat lagi dengan MotoGP dan juga F1 kerana komitmen lain.

Saya tidak ingin mengulas mengenai bagaimana (kemungkinan) topi keledar Simoncelli boleh terbuka kerana saya percaya pihak yang terbabit sedang menjalankan siasatan. Apapun sebagai pengamal keselamatan dan juga pegawai perlumbaan motorsport di Malaysia, saya ingin menegaskan sekali lagi kepentingan memakai topi keledar dan mengenakan tali pengikatnya.

Dalam beberapa dialog dengan Polis dan juga JPJ, kedua-dua pihak berkuasa ini masih berlembut (atas budi bicara) dengan gelagat remaja di sekolah menengah yang menunggang motosikal tanpa lesen berulang-alik ke sekolah. Bagaimanapun budi bicara ini dipandang rendah oleh penunggang-penunggang yang masih belum layak mendapatkan lesen ini dengan menunggang tanpa topi keledar.

Perundangan itu jelas! Adalah menjadi kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah. Tetapi menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar atau tidak mengenakan tali pengikatnya adalah bukan sahaja salah dari segi perundangan tetapi seolah-olah sengaja menempah maut atau mengejar kecacatan kekal semasa kemalangan.

Beberapa bulan yang lepas, anak lelaki saya memberitahu saya, rakan-rakannya mengejeknya kerana memakai topi keledar semasa bermotosikal walaupun jarak perjalanan hanyalah sekitar 300 meter dari rumah. Sebagai pengamal keselamatan, saya memang tegas dengan anak lelaki saya terutama jika melibatkan keselamatan jalan raya.

Teringat saya semasa anak lelaki saya di sekolah rendah di tahun ke 2. Saya membenarkannya berbasikal ke sekolah dengan syarat memakai topi keledar dan juga pelindung siku dan lutut. Bukan sahaja rakan sekelas mengejeknya, malah ada juga guru yang turut “menumpang” mengelar anak saya sebagai “transformer”.

Itulah persekitaran kehidupan realiti sebenar yang boleh mempengaruhi dalam faktor ke arah budaya kerja atau budaya hidup yang sihat dan selamat. Sepatutnya kita menyokong usaha-usaha ke arah budaya sihat dan selamat ini walaupun tampak aneh dan bukan amalan biasa yang diamalkan sebelum ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Friday, October 21, 2011

Banjir di Thailand II


Banjir di Thailand II

Gambar-gambar diterima melalui email mailing group.
Klik di sini untuk gambar-gambar lain.





Thursday, October 20, 2011

Banjir di Thailand


Banjir di Thailand

Malaysia dan Thailand mempunyai persamaan dari segi iklim dan struktur muka bumi. Tidak mustahil bencana alam banjir yang melanda Thailand ini boleh melanda Malaysia.

Persoalannya ialah bersediakah kita di Malaysia menghadapi bencana banjir sebegini?

Gambar-gambar diterima melalui email group.
















Friday, October 7, 2011

Apa ada dalam glove box kereta saya? (Walk the talk)


Apa ada dalam glove box kereta saya? (Walk the talk)

Suatu lewat petang bulan lepas, sebaik sahaja selesai kelas SHO kebetulan tajuk ERM, seorang pelajar saya telah bermasalah untuk menghidupkan keretanya kerana tidak ditutup lampu seharian semenjak dari pagi.

Dengan menggunakan “jump cable” yang sentiasa ada dalam kereta saya, mudah sahaja masalah ini diselesaikan.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya membantu pelajar saya. Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja masalah pelajar yang terlupa memadam lampu kereta mereka seharian ketika mengikuti kelas.

Sementara menunggukan seketika “charging process” sebelum ditanggalkan “jump cable”, pelajar ini menanya saya apakah barangan saya bawa dalam “glove box” kereta yang saya pandu.

Saya mempelawanya membuka sendiri “glove box” kereta saya dan dia mendapati apa yang dikongsi saya semasa dalam seharian kelas ERM, saya pratikkan di dalam kereta saya.

Antara barangan kecemasan yang saya bawa boleh dirujuk dalam posting sebelum ini seperti di atas. Manakala di dalam “glove box” saya tersimpan kemas barangan berikut;

1. Sampul surat yang memuatkan 3 salinan surat pendaftaran kereta, polisi insuran dan kad pengenalan.
2. Sampul surat tertera tarikh akhir tempoh cukai jalan dan insuran serta nama dan nombor telefon agen insuran (bukan nombor syarikat).

Maklumat ini amat perlu terutama jika terlibat dengan kemalangan. Agen insuran yang saya langgan memang telah terbukti boleh membantu dan menasihati saya apa yang perlu dibuat jika berlaku kemalangan dan hendak membuat laporan polis serta tuntutan insuran.

Turut ada dalam “glove box” kereta saya ialah bekas tahan karat yang kedap udara. Ini adalah “first aid kid” saya dengan ubatan seperti;

1. Minyak Cap Kapak
2. Sapuan Vicks
3. Krim Urut
4. Krim Antibiotik
5. Pil Paracetamol
6. Pil diarrhea
7. Plaster luka
8. Plaster Kokyok
9. Cotton Bud

Kelemahan bekas tahan karat ini hanya tiada compactment tertentu untuk mengasingkan ubatan ini. Hari ini saya tukar bekas tahan karat ini dengan kotak “first aid kit” yang telah diuji oleh saya sebelum ini.

Di samping itu saya juga membawa beberapa barangan kecil dari hotel seperti “sewing kit” serta bekas plastik kecil (atau tiub) yang saya isi semula dengan cecair pencuci tangan.

Walk the talk!

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/




Tuesday, October 4, 2011

Kesedaran hazad “loose wire”


Kesedaran hazad “loose wire”

Hujung minggu dua minggu lepas, kebetulan saya tiada apa-apa tugasan hujung minggu, saya bersama keluarga berkunjung ke Ipoh. Kebetulan ketika itu di Dataran MBI terdapat satu karnival dan antara acaranya ialah pertunjukan dan pertandingan kenderaan yang pasti menarik minat saya dan anak lelaki saya.

Semasa bergerak dari gerai ke gerai dan melangkahi padang, saya dapati jaliran-jaliran kabel punca kuasa elektrik dipasang kemas dalam perumah yang diperbuat dari bahan tahan lasak “chequer plate steel”.

Untuk makluman, antara punca kemalangan tertinggi setiap tahun di Malaysia yang dikenal pasti oleh SOCSO ialah “slip and fall”. Selain dari disebabkan kawasan licin (slippery area), terjatuh akibat berpunca dari “loose wire” juga antara penyumbang kepada kemalangan “slip and fall” ini.

Selain dari hazad “loose wire”, hazad elektrik juga berkaitan.

Untuk syarikat event management terutama outdoor, pendekatan sebegini amat digalakkan.

Apa pun peranan pihak berkuasa tempatan yang meluluskan permit juga perlu menitik-beratkan ciri-ciri keselamatan sebegini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/



UJI Guna: Mini First Aid Kit


Mini First Aid Kit

Semasa saya bekerja di Silverstone Taiping, Jabatan ESH saya mengedarkan sebanyak 1,200 kotak Mini First Aid Kit kepada semua pekerja sempena Minggu OSH ketika itu. Kami dapati di antara banyak cenderahati OSH yang pernah diedarkan, Mini First Aid Kit inilah paling praktikal dan paling digemari pekerja.

Bagaimanapun kotak Mini First Aid Kit tersebut tidak tahan lasak dan kurang sesuai (dari segi compactment) untuk dimuatkan barangan First Aid Kit.

Semalam, Syarikat Pengedar Barangan Keselamatan (PPE) mempelawa saya untuk menguji-guna barangan terbaru edaran mereka iaitu Mini First Aid Kit.

Antara yang paling menaik perhatian saya selain dari saiznya sebesar tapak tangan dewasa (4" x 3 1/2"), ialah adanya compactment (pembahagi) di ruang dalaman kotak ini yang akan memudahkan barangan First Aid Kit disusun.

Terdapat 8 barangan First Aid Kit dalam sample yang saya uji. Bagaimanapun barangan ini boleh ditukar atau ditentukan sendiri oleh pelanggan. Sebagai contoh, jika pelanggan hendak mematuhi Peraturan First Aid Kit DOSH, bolehlah menukar pil Paracetamol dengan barangan lain (barangan bukan dimakan / oral taken).

Kepada meereka yang berminat untuk mendapatkan Mini First Aid Kit ini, bolehlah menghubungi syarikat pengedar-

SMART SYNERGT VENTURE SDN BHD
13-2, Jalan Perubatan 2
55100 Pandan Indah
Kuala Lumpur
Tel: 03 4280 0799


lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

PENAFIAN – Laporan peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA dalam Blog OSH The Journey ini adalah berdasarkan penggunaan dan pemerhatian penulis untuk tempoh tertentu. Penulis tidak bertanggungjawab jika peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA ini berbeza seperti dilaporkan jika digunakan untuk tempoh yang lebih lama atau lebih panjang.

Untuk urusan pembelian, sila rujuk terus kepada pengedar kerana saya tidak terlibat dalam perjualan.