Sunday, February 26, 2012

7 diiktiraf doktor pokok

7 diiktiraf doktor pokok

Harian Metro 26 Feb 2012

PUTRAJAYA: Tujuh pegawai Perbadanan Putrajaya (PPj) diiktiraf sebagai arborist (doktor pokok) bertauliah daripada International Society of Arboriculture (ISA), yang berperanan memastikan pengurusan atau penyelenggaraan pokok dilaksanakan dengan baik untuk menjamin keselamatan awam.

Pengiktirafan itu menjadikan PPj pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama mempunyai arborist bertauliah bagi memastikan semua taman dan dan pokok di Putrajaya diselenggara dengan berkala bagi memastikan aspek risiko dan keselamatan diuruskan dengan lebih berkesan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berkata, arborist yang dilantik menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran berhubung penyelenggaraan setiap pokok yang memerlukan perhatian atau rawatan khusus.

“Pada masa ini lebih 650,000 pokok perlu diselenggara secara berkala di Putrajaya. Kebanyakannya mencapai usia lebih 10 tahun, di mana saiz batang melebihi 300 milimeter (mm).

“Keadaan ini memerlukan perhatian dan analisis terhadap setiap pokok teduhan oleh arborist bertauliah, justeru PPj merasakan perlu untuk mempunyai pegawai yang pakar atau profesional dalam bidang ini.

Catatan pemilik blog - MPT Taiping perlukan Doktor Pokok kerana Pokok Hujan-hujan di Taman Tasek Taiping berusia lebih 150 tahun.

Saturday, February 18, 2012

Parking/memberhentikan kenderaan berhampiran persimpangan


Parking/memberhentikan kenderaan berhampiran persimpangan

Semasa bekerja di industri perkilangan dahulu, saya amat pantang melihatkan adanya kenderaan terutama lori yang meletak atau memberhentikan kenderaan mereka berhampiran persimpangan jalan di laluan utama masuk ke kawasan kilang.

Tindakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab ini boleh membahayakan pemandu kenderaan lain yang menggunakan persimpangan yang sama. Sudah pasti pemandu kenderaan lain tidak nampak atau sukar melihat kenderaan lain kerana dilindungi oleh kenderaan yang diletak di persimpangan ini.

Acap kali nasihat dan kadang-kadang sehingga amaran saya berikan kepada pemandu-pemandu yang meletak atau memberhentikan kenderaan mereka berhampiran persimpangan jalan ini. Ini juga adalah sebahagian tugas dan tanggungjawab saya ketika itu. Saya juga sering mengingatkan pihak sekuriti terutama di Pondok Kawalan Utama mengambil tindakan yang sama.

Sebenarnya masih ramai pengguna kenderaan yang mengambil mudah hal sebegini dalam rutin harian mereka. Kesemuanya memberi alas an untuk mengelakkan terpaksa berjalan jauh ke destinasi yang hendak dituju.

Berbeza dengan seorang pengusaha Gerai Char Ketiaw berhampiran rumah saya di Kamunting ini. Majlis Perbandaran Taiping baru sahaja menyiapkan satu lagi lokasi gerai-gerai penjaja makanan di laluan masuk ke Kampung Ekspo ini.

Sebelum ini memang saya sentiasa merunggut di dalam kereta saya apabila sampai di persimpangan jalan bersebelahan Gerai Char Ketiaw Amat ini. Manakan tidak, kenderaan milik pelanggan gerai ini yang diletak berhampiran persimpangan ini menghalang pengelihatan saya untuk melihat kenderaan lain.

Mulai minggu lepas, saya melihat pekerja-pekerja Amat akan menyusun beberapa kerusi plastik lama di hadapan dan di tepi gerai ini sebelum memulakan perniagaan mereka. Dengan adanya kerusi plastik lama ini, pelanggan Amat tidak boleh lagi meletakkan kenderaan mereka di hadapan dan di tepi gerai beliau. Tindakan Amat mungkin tidak disenangi pleh pelanggan-pelanggannya tetapi tindakan sebegini pastiya mengembirakan atau akan menyelamatkan pengguna-pengguna kenderaan lain yang melalui persimpangan jalan berhampiran gerai beliau.

Syabas Amat! Semoga tindakan Amat ini akan dicontohi pengusaha-pengusaha gerai di tepi jalan yang lain. Lagi elok sekiranya pihak berkuasa tenpatan dan berkenaan juga memainkan peranan dalam mereka-bentuk susunan gerai-gerai di tepi jalan ini bagi memastikan keselamatan semua.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/


Thursday, February 9, 2012

Italians - it's in their blood

Rossi
Fabrizio
Biaggi
Schettino

Received thru email

Sunday, February 5, 2012

AGM dan Hari Keluarga NRG-SHE


AGM dan Hari Keluarga NRG-SHE

Malam tadi ahli dan keluarga Persatuan Pengamal OSH Utara (NRG-SHE) dijamu pelbagai Seafood Grilled di tepi pantai Pantai Merdeka. Hidangan utama ialah Kambing Bakar dan Ayam Bakar.

Bermula dari petang iaitu mesyuarat AGM di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, acara bersambung dengan Get-together-night BBQ dan Karaoke di Pantai Merdeka. Manakala pagi tadi pula diadakan acara Sukaneka Hari Keluarga NRG-SHE.

Tahniah kepada perlantikan semula hampir semua AJK. Semua ahli berpuas hati dengan kepimpinan tahun-tahun sebelum ini, aktiviti yangdijalankan serta kemampuan menjana kewangan kelab yang banyak member pulangan kepada ahli dalam bentuk bantuan pelbagai sumber konsultansi.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/