Sunday, February 26, 2012

7 diiktiraf doktor pokok

7 diiktiraf doktor pokok

Harian Metro 26 Feb 2012

PUTRAJAYA: Tujuh pegawai Perbadanan Putrajaya (PPj) diiktiraf sebagai arborist (doktor pokok) bertauliah daripada International Society of Arboriculture (ISA), yang berperanan memastikan pengurusan atau penyelenggaraan pokok dilaksanakan dengan baik untuk menjamin keselamatan awam.

Pengiktirafan itu menjadikan PPj pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama mempunyai arborist bertauliah bagi memastikan semua taman dan dan pokok di Putrajaya diselenggara dengan berkala bagi memastikan aspek risiko dan keselamatan diuruskan dengan lebih berkesan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berkata, arborist yang dilantik menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran berhubung penyelenggaraan setiap pokok yang memerlukan perhatian atau rawatan khusus.

“Pada masa ini lebih 650,000 pokok perlu diselenggara secara berkala di Putrajaya. Kebanyakannya mencapai usia lebih 10 tahun, di mana saiz batang melebihi 300 milimeter (mm).

“Keadaan ini memerlukan perhatian dan analisis terhadap setiap pokok teduhan oleh arborist bertauliah, justeru PPj merasakan perlu untuk mempunyai pegawai yang pakar atau profesional dalam bidang ini.

Catatan pemilik blog - MPT Taiping perlukan Doktor Pokok kerana Pokok Hujan-hujan di Taman Tasek Taiping berusia lebih 150 tahun.

No comments: