Tuesday, September 30, 2014

Racun Tikus – alternatif terakhir membasmi tikus



Racun Tikus – alternatif terakhir membasmi tikus

Seorang kenalan (bekas pelajar yang tidak pernah belajar dengan saya) telah tag saya dalam komennya dalam FB mengenai posting tikus berkeliaran di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal. Saya faham maksudnya agar saya memberi pandangan sebagai pengamal OSH.

Sebenarnya secara logik di mana ada makanan pasti adanya makhluk perosak sebegini. Keadaan lebih memudaratkan lagi jika sisa makanan yang dibuang tidak dikawal.

Amalan asas yang terbaik ialah mengosongkan tong sampah sebaik sahaja syif kerja berakhir. Ataupun jangan dibiarkan sampah berada di dalam tong sampah semalaman.

Penggunaan racun tikus adalah alternatif terakhir kerana ia amat merbahaya dan boleh memberi kesan sampingan terutama kepada manusia.

Kawalan kejuruteraan seperti rekabentuk bangunan tanpa tikus adalah digalakkan. Kebanyakan organisasi IT terkemuka di dunia menggunakan rekabentuk bangunan tanpa tikus untuk mengelakkan binatang perosak ini merosakkan kabel peralatan IT. Malah kalau terdapat kehadiran tikus, kemungkinan adalah disebabkan sabotaj atau tindakan dengan sengaja memasukkan tikus ke dalam bangunan tersebut.

Penggunaan perangkap tikus sama ada dalam bentuk sangkar atau gam/getah perekat juga boleh diamalkan.

Kawalan ekologi juga boleh diamalkan tetapi tidak sesuai untuk dalam bangunan seperti pemeliharaan binatang pemakan tikus iaitu kucing, burung hantu dan ular.

Di samping terdapat juga beberapa tumbuhan (termasuk buah) yang boleh mendatangkan bau yang tidak disukai oleh tikus ini.

Akhir sekali alternatif yang seboleh-bolehnya dielakkan ialah penggunaan racun tikus. Sekiraya perlu dapatkan perkhidmatan Pest Control yang berwibawa dalam menangani tikus dengan penggunaan racun ini.

Berikut adalah satu artikel yang manfaat untuk dikongsi.


Bahaya Termakan Racun Tikus
Utusan Malaysia, 22 Julai,1995

Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar. Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Sediaan dalam bentuk butir berwarna biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia.

Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.


Racun tikus yang mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah, contohnya; arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin.


Bahan-bahan kimia yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keracunan ataupun maut jika diambil dengan kadar dos yang tinggi. Di sini akan dibincangkan tentang racun tikus yang ada di pasaran sekarang dan mungkin digunakan dan disimpan oleh pembaca.


Racun tikus yang mengandungi bahan aktif zinc phosphide merupakan antara racun yang merbahaya dengan mempunyai kadar toksik yang tinggi. Kandungan peratusan bahan aktifnya adalah sebanyak 80%. Racun tikus ini mengeluarkan bau seperti ikan busuk dan rasanya tidak akan membuatkan haiwan lain tertarik, tetapi ciri-ciri ini menarik perhatian tikus.


Biasanya racun tikus ini terdapat di pasaran dalam bentuk serbuk dan pepejal. Racun ini boleh memasuki badan kita menerusi saluran pernafasan, mulut atau diserap melalui luka.


Bila racun ini dicampur atau bersentuhan dengan air atau asid lemah ia akan membebaskan gas fosfin.

Dos


Anggaran dos mautnya lebih kurang 40 mg/kg. Keracunannya menyebabkan kesesakan paru-paru, tekanan darah menjadi rendah, sukar bernafas, muntah, kadar denyutan jantung tidak menentu, gelugut dan seterusnya menyebabkan koma, kerosakan ginjal, pengurangan sel darah putih dan boleh membawa maut dalam masa 4 hari hingga 2 minggu.


Jika berlaku keracunan rawatan awal yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam perut, ikhtiarkan muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.


Antikoagulan (agen pencair darah) adalah kelas racun tikus mempunyai tahap keracunan yang rendah pada manusia. Antikoagulan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu coumarin dan indanedione. Warfarin, difenacoum, bromadiolone dan brodifacoum merupakan komponen utama 4-hydroxycoumarin manakala indanedione pula terdiri daripada diphacinone, pindone dan chlorphacinone.

Kepekatan warfarin dalam setiap racun tikus biasanya antara 0.025 - 0.5%. Warfarin tidak mempunyai rasa, bau ataupun warna. Brodifacoum, difenacoum dan chlorphacinone dijual dalam pasaran dengan kepekatan antara 0.005 - 2%. Kumpulan ini juga dikenali sebagai superwarfarin. Kesemua komponen tersebut terdapat di pasaran dalam sediaan serbuk, butir, tablet dan kapsul.


Racun tikus warfarin bila dimakan berulangkali dalam masa sehari menyebabkan pendarahan pada tikus mahupun manusia kerana darah tidak lagi mudah membeku. Sekiranya hanya sekali sahaja diambil kesan toksik pada manusia tidak ketara. Anggaran dos mautnya ialah lebih daripada 5-20 mg sehari diambil selama lebih daripada 3-5 hari.


Kumpulan superwarfarin didapati lebih toksik daripada warfarin di mana ia boleh memanjangkan lagi masa pendarahan. Dos keracunan kumpulan superwarfarin adalah berbeza-beza mengikut kandungan racun tersebut. Dos keracunan melalui mulut bagi chlorphacinone ialah 250 - 625 mg, 7.5 mg bagi brodifacoum (0.12 mg/kg) dan 500 mg bagi difenacoum. Kumpulan ini sama juga dengan warfarin jika diambil sekali tidak merbahaya pada manusia. Ketoksikannya akan bertambah jika diambil berulangkali selama beberapa hari.


Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti terasa mual atau muntah dan ceret beret.

Racun


Pendarahan yang berlaku menyebabkan luka lambat sembuh, gusi atau hidung berdarah, najis dan kencing berdarah dan dalam keadaan teruk boleh menyebabkan renjatan dan tidak sedarkan diri akibat dari pendarahan dalam termasuk pendarahan usus. Jika berlaku keracunan ikhtiarkan supaya mangsa muntah dan segera bawa mangsa ke hospital.


Oleh itu, segala racun makhluk perosak yang digunakan di rumah janganlah dipandang ringan walaupun ia kurang toksik. Jika terdedah berulangkali dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan keracunan kronik kepada pengguna. Walau apa pun kes keracunan, pesakit harus mendapat rawatan dan pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Pusat Racun Negara perlu dihubungi jika berlaku keracunan untuk mendapat nasihat dan maklumat lanjut tentang keracunan.


Soalan: Bagaimanakah kaedah penyimpanan dan penggunaan racun tikus di rumah.
Racun tikus hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seelok-eloknya simpan ditempat tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak. Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman. Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.



Kebiasaannya racun tikus digunakan pada waktu malam memandangkan pada waktu ini tikus berkeliaran mencari makanan. Tempat racun diletakkan hendaklah tidak mudah dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Gunakan bekas yang hanya untuk menyediakan racun tersebut dan jangan sekali-kali gunakan bekas itu untuk menyediakan makanan. Jangan sediakan racun tikus dengan tangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut. 

Thursday, September 25, 2014

Pili Bomba dan Parking Lot



Pili Bomba dan Parking Lot
Bagaimana parking lot boleh dibuat bersebelahan (kurang dari 10 kaki) dengan Pili Bomba?
Lokasi di Taiping

(i) AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341
SEK.26 MENYEMBUNYIKAN DAN MENYALAHGUNAKAN PILI BOMBA
Mana-mana orang yang menutup, mengepung, atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.

(ii) NOTIS SAMAN POL. 170A
Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung kepada pesalah. Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59 
1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59





Thursday, September 11, 2014

Railing di bank




Railing di bank
Railing memang perlu (bagus) untuk keselamatan. Adakah ianya juga untuk "security" - mengelakkan cubaan untuk menarik keluar mesin ATM?
Lokasi Maybank Kamunting

Humidity Absorber - Silica Gel.


Humidity Absorber - Silica Gel. 
Kebanyakan humidity absober (slica gel) ini dipek dalam beg plastik kecil. Supplement Minyak Ikan yang saya baru beli mempunyai humidity absorber dalam bekas kecik yang tertutup dan tidak mudah dibuka.
Sharing info - What happens if you DO eat silica gel?
Silica gel is non-toxic, non-flammable and chemically unreactive. However, some of the beads may be doped with a moisture indicator, such as cobalt (II) chloride, which is carcinogenic. Cobalt (II) chloride is deep blue when dry (anhydrous) and pink when moist (hydrated). This is the reason most silica gel packets are labeled as dangerous or poisonous when eaten. Crystalline silica dust can cause silicosis but synthetic amorphous silica, which is what silica gel is, does not cause silicosis. A chemically similar substance with far greater porosity is aerogel.
According to the advice of the Utah Poison Control Centre, "Silica gel is a desiccant which absorbs moisture and is included in the packaging of many products such as shoes, purses, medications, electronic equipment, computers, etc. Desiccants are the most common foreign object ingestion by children under 6 years of age reported to the Utah Poison Control Center, with 584 reports in 1999. Silica gel packets are printed with very strong words of caution DO NOT EAT, HARMFUL IF SWALLOWED, THROW AWAY. Parents may panic after reading the silica gel caution label, if their child puts the package in their mouth or eats the product. Rest assured, the contents of the packet, silica gel, is basically sand and it is not harmful if swallowed. However, caution should be taken to keep the product out of small childrens reach, because the silica gel packet may be a choking hazard."