Tuesday, April 29, 2008

Bila keselamatan sudah melampau (Bhg III)




Bila keselamatan sudah melampau (Bhg III)

Gambar-gambar diterima melalui email.

Bila keselamatan sudah melampau (Bhg II)




Bila keselamatan sudah melampau (Bhg II)

Gambar-gambar diterima melalui email.

Bila keselamatan sudah melampau (Bhg I)






Bila keselamatan sudah melampau (Bhg I)

Gambar-gambar diterima melalui email

Monday, April 28, 2008

Remaja hilang lagi dan kepentingan foto terbaru

Remaja hilang lagi dan kepentingan foto terbaru

Antara siratan saya mengenai topik Respons Kecemasan (Emergency Response) ialah supaya ibu bapa atau penjaga memastikan mereka mempunyai beberapa keping gambar terbaru bersaiz poskad dan juga passport anak-anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Ini akan memudahkan pihak berkuasa dan orang ramai membantu ibu bapa dan penjaga ini sekiranya anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka ini ditimpa kecelakaan seperti kehilangan atau sebagainya.

Penggunaan teknologi IT seperti sebaran email umpamanya juga boleh membantu mengesan kes-kes kehilangan ini.

Semalam saya menerima email dari seorang rakan dalam mailing list group yang saya langgani berkaitan dengan dengan kehilangan seorang remaja. Bagaimanapun gambar-gambar yang disertai bersama email itu tidak dapat membantu untuk mengecam muka remaja ini.

Selain dari itu kepada mereka-mereka yang menerima email sebegini dan ingin membantu dengan secara menyebarnya (forward) kepada kenalan-kenalan lain, seelok-eloknya menghubungi mana-mana “contact number” yang dinyatakan dalam email untuk dibuat pengesahan.

Saya telah menghubungi penghantar email asal ini dan beliau telah memaklumkan bahawa remaja ini telah selamat ditemui di Genting pada hari 24-April-2008 Sabtu lepas.

Pada masa yang sama beliau juga ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak sehingga berjayanya remaja ini ditemui termasuklah kepada mereka yang menyebarkan email beliau.

Semoga kejadian ini boleh dijadikan iktibar kepada semua. Jangan lupa pastikan sebagai ibu bapa atau penjaga, anda mesti mempunyai gambar-gambar terbaru anak-anak atau kanak-kanak di bawah jagaan anda bersaiz poskad (gambar penuh) dan bersaiz passport (gambar muka).

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Email asal yang saya terima;





Tuan tuan & Puan puan,

Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji diatas kehilangan anaknya. Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.

Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah
Panggilan : Bahirah
Umur : 18 th
Jantina : Perempuan
Warna Kulit : Hitam Manis
Ketinggian : 5 kaki lebih

Kronologi Hilang: 21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam. Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT. Jam 9.00 pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul. Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut. Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak berjawab. Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya xxx xxxxxx gagal dihubungi. Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008.

No talipon En Bakri xxx xxxxxx.
No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) xxx xxxxxx
No talipon Mejar (B) Wan Chik (Pengerusi Persatuan Penduduk) xxx xxxxxx.

Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk Malaysia.

Sekian Terima Kasih.


Kamal Ariffin Kamaruzzaman
No KP : xxxxxx xx xxxx
No Tel Pjbt : xx xxxxxxx
Tarikh : 23/4/2008

Cuci buah dengan bersih

Cuci buah dengan bersih

Antara siratan-siratan terawal dalam blog OSH lama saya (
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/), ialah saranan saya agar kerap mencuci tangan terutama selepas keluar tandas dan sebelum menjamah makanan. Ini termasuklah sebelum merokok kepada mereka yang merokok.

Selain dari itu saya juga sering menyarankan agar memahirkan diri belajar mengupas kulit buah-buah seperti rambutan, langsat, laici dan longan (dari Thai terutamanya) mengunakan jari. Elakkan mengupas menggunakan mulut atau gigi.

Antara pendedahan media masa sebelum ini ialah penggunaan bahan kimia Formaldehyde yang disembur ke kulit buah-buahan import ini untuk mengekalkan kesegarannya. Antara lain penggunaan Formaldehyde ini ialah untuk mengekalkan keadaan tubuh mayat di bilik simpanan mayat.

Oleh itu jangan sekali-sekali menunjukan cara mengupas kulit buah-buahan ini dengan menggunakan gigi dan mulut anda kepada kanak-kanak. Mereka akan mudah mengikuti amalan tidak sihat ini. Ajar mereka cara menggunakan jari. Jika perlu gunakan pisau. Pilih pisau khas untuk mengupas kulit buah-buahan.

Saya baru sahaja menerima satu email dari seorang rakan mengenai syoran membasuh buah-buahan dengan menggunakan larutan air garam. Berikut adalah gambar-gambar yang disertakan di dalam emailnya.

Sumber rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Formaldehyde#Occupational_Health_and_Safety

lukmanw@uum.edu.my








Sunday, April 27, 2008

Preserve your fruits and vegetables!


(Just a couple minutes ago someone sent me an email.)

Preserve your fruits and vegetables!

My Indonesian mate loves me so much that she shared with me a week ago that she tested a way to preserve fruits and vegetables, which she said was one of my untie who teach her when she baby-sit at one family in KL, that family was using 'aluminum coated plastic bags' to keep their fruits and vegetables for weeks and its still fresh!!! It’s so amazing.

I thought it’s a good idea to safe some unwanted resource which most people would throw them away without 2nd thought. Here I am sharing with you the usefulness of the unwanted resource in action.

Here is the kind of aluminum coated plastic bag from Quaker Oat. You can use any other aluminum coated bag would do.


You can put plenty of fruits and/or vegetables in it.

Look at what my mate found. After 1 week the vegetables are still fresh!!! Amazing!!! Isn't it???! No dehydration at all.

Look at the vegetables. They are still very fresh without any dehydration at all.


But don't fold or seal the opening of the bag. Just leave the bag open and it will do the magic work for you already. Try it out. You would sure like it very much too.

Instead of throwing the useful things away, re-use it again, and you will be inherently joining the group of 'saving the mother-earth' campaign too.

Kempen seharian


Kempen seharian

Adakah anda menunggu setahun sekali ataupun tempoh-tempoh tertentu di syarikat anda untuk anda menganjurkan kempen kesihatan atau keselamatan?

Kempen sebegini sepatutya berterusan dan tiada henti. Kunjungan saya ke Hospital Daerah Taiping minggu lepas mendzahirkan satu lagi kempen kesihatan. Kempen mengalakkan penggunaan tangga ini adalah satu kempen yang berterusan dan tiada henti.

Antara lain kita disyorkan meletakkan kereta sejauh mungkin dari pejabat supaya kita berjalan sekurang-kurangnya sebelum masuk kerja dan semasa pulang kerja. Begitu juga dengan penggunaan tangga.

Baru-baru terdapat "re-structure" organisasi di tempat saya kerja. Kesannya ialah banyak bilik kosong di tingkat bawah. Mulanya teringin juga saya berpindah dari bilik tingkat 3 yang saya menghuni sekarang. Tetapi saya rasa saya membuat keputusan yang tepat untuk tidak berpindah. Sekurang-kurangnya saya boleh beriadah menaiki tangga setiap hari. Pada masa yang sama "memalaskan" saya untuk turun minum pagi dan petang.

Saturday, April 19, 2008

Syabas PLUS


Syabas PLUS

Kalau saya tak puas hati pada Plus, saya akan luahkannya. Plus sehingga kini masih belum mengedarkan sebaran bercetak (phamplet) berkenaan penggunaan ”braking ramp” di Rumah Tol Jelapang (menghala ke Selatan) kepada pemandu-pemandu kenderaan berat yang memasuki Tol Juru dan di sepanjang Tol Juru sehingga Tol Kuala Kangsar.

Bagaimanapun saya juga telah mengucapkan terima kasih kerana Plus setakat ini yang telah menyediakan beberapa papan tanda pemberitahuan mengenai ”braking ramp” ini selepas Terowong Menora menghala ke Rumah Tol Jelapang.

Malah saya juga telah mengucapkan syabas kerana keprihatinan Plus meminta bantuan anggota Rela berkhidmat mengawal lalulintas di R&R dan perhentian rehat semasa musim perayaan.

Di samping itu pihak Plus memang terkenal dengan kesungguhannya dalam melaksanakan sistem papan tanda keselamatan dan penunjuk pada setiap bahagian yang terlibat dalam penyenggaraan atau pembaikan.

Kali ini saya ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada Plus kerana keprihatinannya terhadap aspek kesihatan makanan.

Sehingga kini saya menganggapkan kebersihan bilik air dan gerai-gerai makanan di mana-mana R&R adalah yang terbaik jika hendak dibandingkan mana-mana gerai di tepi jalan persekutuan ataupun jalan raya biasa.

Bagaimanapun langkah penutupan salah sebuah gerai di R&R Juru minggu lepas disebabkan demerit adalah patut dicontohi. Saya difahamkan antara kesalahan demerit adalah tidak mematuhi kebersihan yang ditetapkan.

Tindakan Plus ini membuktikan mereka tidak bertolak-ansur kepada pekedai-pekedai makanan yang tidak mematuhi peraturan kesihatan yang ditetapkan. Saya juga difahamkan kadar sewa gerai-gerai ini agar tinggi memandangkan pulangannya juga amat memuaskan. Jika tempoh dua minggu pengantungan ini dikenakan sudah tentu pemilik kedai ini akan terasa juga kerugian dari hasil jualannya.

Semoga pihak yang berkenaan di dalam pengurusan Plus sentiasa bertegas dalam aspek-aspek kesihatan dan juga keselamatan semua pengguna lebuhraya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, April 17, 2008

Kualiti Teras Kejayaan

Kualiti Teras Kejayaan

Pagi tadi saya bersama-sama warga UUM yang lain menyanyikan Lagu Kualiti UUM sempenan pelancaran Hari Kualiti. Tetapi kali ini bukan di dalam dewan, kami menyanyikannya di padang stadium dengan berpakaian sukan.

Selepas nyanyian kami bersama-sama senam-robik. Satu acara yang sepatutnya kerap diadakan demi kesihatan untuk mereka yang sibuk dengan tugas harian

Berikut adalah siratan saya mengenai lagu kualiti ini pada tahun lepas.

Siratan asal 27-Jun-2007,
http://thejourney.weblog.uum.edu.mu/


Pagi tadi adalah kali pertama saya menyanyikan lagu kualiti ini bersama-sama rakan-rakan sekerja yang lain di Dewan Mu’adzam Shah, UUM sempena Hari Kualiti & Majlis Penganugerahan UUM.

Saya tidak pasti sama ada lagu kualiti ini adalah lagu khas UUM ataupun sememangnya lagu kualiti kebangsaan(?). Saya pernah terlibat mengubah lagu kualiti semasa bekerja di Silverstone Berhad, sebuah kilang pembuatan tayar di Perak pada 10 tahun yang lalu. Saya tidak pernah belajar secara formal dalam muzik dan tidak boleh menyanyi pun tetapi mempunyai minat mendalam terhadap puisi, pantun dan sajak.

Kualiti Teras Kejayaan

Apa saja yang susah
Akan menjadi mudah
Sekiranya semua...
Bersatu berusaha...

Kualiti teras kejayaan
Bertambah keuntungan
Kerja seikhlas hati
Sempurna pekerjaan

Kita bantu-membantu
Bertukar-tukar fikiran
Bersatu kita maju
Ke arah kemakmuran

Kita tegur-menegur
Kerana kebaikan
Berusaha dengan jujur
Mencapai kejayaan

Lagu empat rangkap ini begitu merdu dialunkan oleh kumpulan koir yang membuat persembahan. Senikatanya lengkap, susunannya menarik dan jelas maksudnya. Tahniah kepada pengubal lagu ini.

Sekiranya bersesuaian, saya ingin mencadangkan agar ditambah serangkap lagi, mungkin boleh dibaiki lagi rangkap ini. Rangkap ini berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan persekitaran (safety, health and environment)

Keselamatan, kesihatan tetap utama
Persekitaran tidak dilupa
Insan dan alam mesti bersama
Agar sihat sejahtera walau berusia

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Wednesday, April 16, 2008

Kemalangan Maut, Apa Yang Harus Dilakukan?

Kemalangan Maut, Apa Yang Harus Dilakukan?

Apabila berhadapan dengan kemalangan maut, apa yang harus dilakukan?

Bukanlah satu pencapaian yang hendak dibanggakan. Kebetulan selama di dalam hampir 20 tahun di industri perkilangan, saya telah berhadapan dengan tiga kes kemalangan maut industri. Kes-kes kemalangan lain juga seperti putus atau remuk anggota badan agak kerap ditangani sepanjang pengelibatan saya sebagai jurutera dan pengurus OSH.

Kemalangan maut yang pertama ini mengajar saya supaya lebih bersedia untuk menangani kemalangan maut kedua dan ketiga serta kemalangan-kemalangan lain. Bukan sahaja berkaitan dengan pihak dalaman dari aspek pembetulan dan pencegahan supaya kemalangan tersebut tidak akan berlaku lagi tetapi juga dari aspek perhubungan awam dengan pihak-pihak luaran seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), Polis, pihak insuran dan sebagainya.

Malah saya juga sering dirujuk oleh industri-industri lain yang menegnali saya apabila berlakunya kemalangan maut di tempat kerja mereka. Malangnya, mereka ini sepatutnya menghubungi saya sebelum berlakunya kemalangan maut ini dan bukannya ketika sedang bergelut sebaik sahaja kemalangan maut berlaku.

Baru-baru ini sewaktu menyampaikan kursus kepada pekerja-pekerja asrama di sebuah organisasi, saya ditanya soalan yang sama tetapi menjurus kepada kemalangan bunuh diri secara terjun dari bangunan tinggi.

Berikut adalah syoran saya jika anda berhadapan dengan kes kemalangan maut yang berkaitan dengan kemalangan maut.

1. Jika mangsa masih bernyawa, sila dapatkan bantuan dari pegawai perubatan ataupun ahli pertolongan cemas.
2. Jangan alihkan anggota badan mangsa kerana mungkin boleh memudaratkannya. Kecuali anggota badan mangsa perlu dialihkan untuk mengelakkan kecederaan bertambah terus seperti hampir dengan mesin, punca api dan sebagainya.
3. Jika anda was-was sama ada mangsa masih bernyawa atau tidak, periksa nadi mangsa. Jika anda tidak tahu atau tidak terlatih dalam hal ini, dapatkan bantuan.
4. Jika mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian, tutup anggota badan mangsa melitupi kepala untuk mengelakkan trauma kepada orang lain.
5. Biarkan kaki mangsa terdedah sedkit untuk menunjukkan ada mayat mangsa terbaring.
6. Mayat seelok-eloknya ditutup dengan kain. Jika tiada kain, boleh menggunakan helaian suratkhabar.
7. Tujuan mayat ditutup adalah untuk menutup aibnya.
8. Rentangkan tali atau apa-apa barang untuk menandakan kawasan mayat.
9. Jangan ubah kedudukan mayat untuk mengesahan lokasi akhir mayat oleh pihak-pihak berkaitan kecuali terpaksa.
10. Ambil pengenalan diri mangsa. Biasanya merujuk kepada kad pengenalan atau mana-mana pengenalan diri dari dompet mangsa,
10. Ambil gambar lokasi akhir mayat dan gambar-gambar sekelilingnya.
11. Ambil nama-nama saksi, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.
12. Minta pegawai berkenaan untuk menghubungi pihak berkuasa.
13. Pada masa yang sama minta pegawai yang terlatih untuk menghubungi waris mangsa.

Pemberitahuan (notification) juga merupakan aspek penting dalam kes-kes kemalangan tidak kiralah sama ada kemalangan biasa ataupun maut. Pegawai yang bertanggung-jawab untuk melaporkan perlu bersedia. Sekiranya untuk pelaporan kepada pihak berkuasa, pegawai ini mesti bersedia dengan butiran lengkap kejadian dan peribadi mangsa.

Pegawai yang bertanggungjawab untuk melaporkan kepada waris juga perlu berdiplomasi sebaik mungkin. Seelok-eloknya pegawai ini melaporkan secara bersemuka dengan waris. Penggunakan psikologi juga perlu terutama jika berhadapan waris mangsa yang emosional ataupun yang mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung dan sebagainya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Keterangan gambar;
Gambar adalah kemalangan jalan raya yang diterima penulis melalui email. Gambar kemalangan industri terlalu ngeri untuk dipaparkan di sini. Jika ada yang berminat mendapatkannya, hubungi penulis.

Tuesday, April 15, 2008

Ibu bapa perlu bertindak dahulu


Ibu bapa perlu bertindak dahulu

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikuatiri hilang perlu bertindak dahulu, sebelum melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Ketua Bahagian Siasatan Penderaan dan Seksual Kanak-kanak Bukit Aman. Asisten Komisioner Suguran Bibib Munshee Dee menasihati ibu bapa atau penjaga yang kehilangan anak membuat laporan segera atau menghubungi talian kecemasan tanpa perlu menunggu sehingga 24 jam seperti yang diamalkan untuk membuat laporan orang hilang biasa.

Nasihat ini diberikannya semasa sidang media pada Seminar Keselamatan Kanak-kanak di UiTM sabtu lepas.

Bagaimanapun ibu bapa atau penjaga masih bertanggungjawab memastikan kesahihan kehilangan anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebelum menghubungi pihak polis.

Pihak polis juga perlu memberi keutamaan kepada pelbagai kes jenayah dan ketenteraman awam yang lain.

Antara yang langkah awal dicadangkan perlu dilakukan oleh ibubapa atau penjaga ialah seperti berikut;

1. Mempunyai senarai nama rakan-rakan rapat anak-anak mereka. Senarai ini hendaklah lengkap dengan nombor telefon mereka dan juga ibu bapa mereka (atau orang dewasa).
2. Membiasakan anak-anak mereka memaklumkan lebih awal tempat-tempat yang akan dikunjungi.
3. Membiasakan anak-anak mereka memaklumkan lebih awal dengan siapa mereka akan bertemu, berpergian dan sebagainya.
4. Membiasakan penetapan jangka masa sebagai contoh pukul berapa sepatutnya pulang ke rumah dan sebagainya.
5. Membiasakan anak-anak mereka memaklumkan segera jika terdapat sebarang perubahan masa dan/atau tempat yang hendak dituju.
6. Membiasakan anak-anak mereka menghubungi dalam selang masa 10 minit awal kelewatan ataupun sebelum atau semasa perubahan masa dan/atau tempat yang hendak dituju telah diputuskan.
7. Membiasakan anak-anak mengguna telefon awam untuk menghubungi ibu bapa atau penjaga jiika anak-anak mereka tidak mempunyai telefon bimbit,

Tindakan yang perlu diambil jika kanak-kanak dikuatiri hilang (selepas selang masa 10 minit dan 30 minit);

1. Jika kepulangan kanak-kanak ini sudah melewati setengah jam dari masa yang telah ditetapkan, hubungi mereka terutama jika kanak-kanak ini tidak menghubungi mereka selepas 10 minit dari masa yang telah ditetapkan ini.
2. Jika kanak-kanak ini tidak dapat dihubungi, hubungi rakan-rakan yang telah dikenalpasti berpergian sesama mereka.
3. Jika rakan-rakan kanak-kanak tidak dapat dihubungi, hubungi ibu bapa atau penjaga mereka untuk kepastian sama ada anak-anak mereka sudah kembali atau tidak.
4. Jika semua ini tidak dapat dihubungi, ibu bapa atau penjaga boleh mengambil keputusan menghujungi ke semua tempat-tempat yang mungkin ditujui oleh anak-anak mereka.
5. Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan cuba melalui laluan yang mungkin dilalui oleh anak-anak mereka ini.
6. Pada masa yang sama, sistem pengkalan juga mesti diujudkan iaitu mesti ada seseorang (seelok-eloknya orang dewasa) di rumah untuk memaklumkan kepada mereka yang keluar mencari kanak-kanak ini jika dia sudah kembali ke rumah.
7. Mereka yang keluar mencari juga perlu memaklumkan kepada mereka yang menjaga sistem pengkalan di rumah mengenai status pencarian mereka.

Tindakan yang perlu diambil jika kanak-kanak dikuatiri hilang (selepas selang masa 1 jam dan 2 jam);

1. Sekiranya selepas selang masa 1 jam kanak-kanak ini tidak dapat ditemui, ibu bapa atau penjaga perlu menghubungi talian kecemasan dan pada masa yang sama meneruskan pencarian.
2. Sekiranya selepas selang masa 2 jam kanak-kanak ini tidak dapat ditemui, ibu bapa atau penjaga perlu membuat laporan kehilangan di balai polis yang berdekatan dengan membawa barangan/dokumen seperti berikut;

*Gambar terbaru kanak-kanak seelok-eloknya bersaiz pasport dan bersaiz poskad (gambar penuh),
*Memaklumkan sifat diri kanak-kanak seperti ketinggian dan berat badan, warna dan jenis rambut, warna kulit, sebarang tanda lahir jika ada.
*Memaklumkan jenis dan warna pakaian yang dipakai kali terakhir dilihat.
*Memaklumkan tempat dan masa yang mungkin kanak-kanak itu pergi.
*Memaklumkan nama rakan-rakan yang pergi bersama-sama.
*Membawa pakaian yang kerap dipakai oleh kanak-kanak (atau yang belum dibasuh). Ini mungkin boleh membantu anjing pengesan polis jika perlu.

Akhir sekali ibu bapa atau penjaga juga perlu memeriksa dan mengenalpasti di rumah masing-masing atau di dalam bilik kanak-kanak ini jika terdapat sebarang tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kehilangan kanak-kanak ini. Sekiranya kanak-kanak ini merancang untuk melarikan diri, mereka biasanya membawa beberapa peralatan peribadi mereka. Kadang-kadang kanak-kanak ini juga akan memaklumkan atau membayangkan hasrat mereka kepada ahli keluarga yang lain terutama kepada mereka yang kecil dari mereka.

Malah kanak-kanak ini juga mungkin memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain tentang rakan-rakan baru atau orang asing yang baru dikenali mereka.

Ingat, kelewatan melaporkan kehilangan sehingga melepasi selang masa 1 jam dan 2 jam, boleh menyukar pihak polis membuat pencarian. Tetapi terus melaporkan kehilangan dalam masa selang setengah jam pertama boleh menyusahkan pihak polis sementelah ianya tidak benar.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

Penulis adalah bekas Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Taiping (Juvenile), Penyelaras Kelas Pendidikan Khas (kanak-kanak Istimewa), Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut Matang dan Selama, Penyelaras Aktiviti Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Larut Matang dan Selama, serta bergiat aktif dalam siri-siri ceramah Keselamatan Kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah dan menengah

Laluan Khas Kuning Berkesan (Tactile Paving)









Laluan Khas Kuning Berkesan (Tactile Paving)

Ramai yang masih tidak tahu atau ambik peduli mengenai Laluan Khas Kuning Berkesan (tactile paving). Antara tujuannya adalah untuk menunjukkannya laluan selamat kepada orang buta.

Malangnya Laluan Khas Kuning Berkesan ini di atas kaki lima dan apron jalan yang sering disalahgunakan sebagai tempat letak motosikal dan peralatan menjaja.


Pihak berkuasa tempatan perlu mengadakan dan mempamerkan lebih banyak papan tanda mengenai kegunaan Laluan Khas Kuning Berkesan ini. Pada masa yang sama mengambil tindakan kepada ereka yang menyalahgunakannya.

Sunday, April 13, 2008

Semoga ibubapa tidak ragu-ragu lagi


Semoga ibubapa tidak ragu-ragu lagi

Berita melaporkan seperti di atas. Semoga kita sebagai ibu bapa dan penjaga kepada mereka yang akan menghadiri Khidmat Negara ini tidak merasai keraguan yang berbelah bagi.

Semoga NIOSH menjalankan kewajipan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Seni Bela Diri bukan semata-mata untuk berlawan


Seni Bela Diri bukan semata-mata untuk berlawan

Antara individual yang aktif dalam kerja sosial dan kempen keselamatan kanak-kanak ini ialah Kamal Affendi Hashim, seorang penganalisis jenayah tanahair. Sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, beliau banyak menulis dan dijemput memberi pandangan mengenai keselamatan kanak-kanak.

Saya tertarik dengan beberapa pandangan dan tunjuk-ajar beliau mengenai teknik-teknik mempertahankan diri dan melepaskan diri dari penjenayah yang disiarkan oleh beberapa media masa.

Sebagai tambahan kepada apa yang telah diketengahkan oleh Kamal Affendi, saya ingin memperjelaskan juga Seni Bela Diri bukanlah dipelajari semata-mata untuk berlawan terutama dengan penjenayah yang sudah tentu lebih bersedia dari segi fizikal dan sabagainya.

Penjenayah juga mudah bertindak agresif apabila terasa diri mereka terancam walaupun mangsa hanyalah seorang kanak-kanak kecil. Malah tangisan ataupun tingkah-laku yang tidak disenangi oleh penjenayah berupaya mengalakkan penjenayah ini mengambil tindakan yang mungkin melampau batas seperti mencederakan malah mungkin membunuh mangsa.

Seni Bela Diri hendaklak dipelajari dengan matlamat menanam jati diri, membina rasa keyakinan diri sendiri dan bersosial dengan rakan yang lain. Malah Seni Bela Diri boleh dianggap sebagai salah satu rekreasi beriadah.

Matlamat ini perlu disemai dan sentiasa diingatkan kepada semua pelajar-pelajar Seni Bela Diri. Sebarang salah-anggapan mengenai Seni Bela Diri seperti satu ilmu atau pengetahuan yang semata-mata hendak berlawan boleh mendorong pelajar-pelajar ini bertindak di luar keupayaan mereka apabila berhadapan dengan situasi luar dugaan seperti pergaduhan ataupun semasa berhadapan dengan penjenayah.

Langkah yang terbaik kepada semua kanak-kanak walaupun mereka belajar atau tidak belajar Seni Bela Diri ini ialah sentiasa menjauhi kawasan jenayah dan bertindak menyelamatkan diri dengan cara menjauhi diri mereka jika bertembung dengan orang tidak dikenali yang disyaki sebagai jenayah.
lukmanw@uum.edu.my
htpp://oshthejourney.blogspot.com/

Siapakah yang bercakap benar?

Siapa yang bercakap benar?

Pengadu atau pihak yang kena adu?

Bagaimana kalau situasi ini berlaku kepada kita? Atau kepada anda?

Dalam persediaan Respons Kecemasan, kita dimestikan menguji semua sumber bantuan. Bolehkah kita menguji talian kecemasan ini? Bagaimanakah kita hendak menguji talian kecemasan ini?

Persoalan-persoalan ini perlu dijawab segera. Tidak guna menunding jari selepas berlakunya tragedi.


Aktiviti-aktiviti Hari Sedunia OSH 2008 di Malaysia

Aktiviti-aktiviti Hari Sedunia OSH 2008 di Malaysia

Sempena Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 (World Day for Safety and Health at Work) pada 28 April ini, pelbagai aktiviti telah dirancang di peringkat Kementerian Sumber Manusia dan juga di NIOSH.

Bersama disenaraikan aktiviti yang dimaksudkan dan lampiran brosur –

Ahad, 13 April 2008, 7.30pm
Rancangan 'Hak Anda' di NTV7
Membincangkan tentang topik OSH bersama KP JKKP, Y.Bhg. Dato’ Ir. Dr. Johari Basri.

Jumaat, 25 April 2008, 11.15am
Temuramah di TRAXXfm (frekuensi 90.3)
Bersama Pengerusi NIOSH Malaysia, Y.Bhg.Tan Sri Dato' Lee Lam Thye mengenai World OSH Day 2008

Ahad, 27 April 2008, 7.00am - 1.00pm
OSH Walkathon di NIOSH Bandar Baru Bangi
Anjuran bersama oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, DOSH, PERKESO dan NIOSH (lihat lampiran brosur dan aturcara terkini). Pegawai NIOSH untuk dihubungi - Pn. Shamsinar Deraman (03-8769 2116).

Isnin, 28 April 2008
1. 8.00am – 1.00pm
Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 di PICC Putrajaya. Anjuran Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (tempat adalah terhad, sila isi borang penyertaan dalam brosur seperti terlampir).
2. 1.00pm – 5.30pm
World Day for Safety and Health at Work 2008 – Awareness Raising Activity at NIOSH Bandar Baru Bangi. Admission is free. However seats are limited. Reply slip is in brochure as attached. PIC: En. Shahir / Pn. Siti Khadijah (03-8769 2200 / 2203)

Untuk lampiran dan brosur, sila layari:
http://www.niosh.com.my/seminar/world-osh-day.htm

Tema Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 yang telah dipilih oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (International Labour Organization) ialah: " My Life.., My Work.., My Safe Work - Managing Risk in the Work Environment ".

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Friday, April 11, 2008

Ujian kebocoran untuk cerek elektrik?


Ujian kebocoran untuk cerek elektrik?

Cerek keluli yang “menjerang” air di atas dapur minyak tanah itu mula berasap. Tidak lama selepas itu wisel mula berbunyi nyaring. Kemudiannya emak mematikan api dapur minyak tanah. (Ketika itu di kampong nenek saya masih menggunakan dapur kayu)

Tiba-tiba kerinduan bunyi wisel itu terbangkit di ingatan saya.

Wisel yang diaktifkan oleh wap air itu adalah satu penggera yang terbaik ketika itu. Terima kasih kepada teknologi yang memungkinkan dapur minyak tanah digantikan dengan gas cecair. Kemudiannya teknologi dipertingkatkan dengan cerek air berkuasa elektrik yang membolehkannya mempunyai penggera mematikan kuasa elektrik apabila air sudah mendidih.

Setiap kali saya membeli cerek elektrik saya pastikan ianya mempunyai beberapa penggera tambahan seperti lampu di suis yang menunjukkan ianya sedang beroperasi. Dan juga tingkap sesalur sisi lutsinar yang memudahkan aras air dikenalpasti.

Kebiasaannya saya hanya meminta penjual di mana cerek elektrik dibeli itu menguji sama ada bekalan elekrik berfungsi. Ujian yang mudah dengan menyambungkan soket cerek elektrik dan melihat sama ada suis operasinya menyala atau tidak.

Minggu lepas saya membeli sebuah cerek elektrik dari sebuah hyper-market berdekatan dengan rumah saya di Taiping. Setelah diuji sama ada bekalan elektriknya berfungsi atau tidak, saya membuat bayaran.

Saya hanya menyedari ada yang tidak kena pada cerek elektrik apabila terdapat lelehan air setiap kali saya atau isteri saya menggunakannya. Risau juga melihatkan lelehan ai di bahagian tapak perumah cerek elektrik tersebut.

Dengan membuat pemerhatian teliti, saya dapati lelehan air itu keluar dari bahagian bawah tingkap sesalur sisi lutsinar. Bahagian bawah salur itu diketatkan dengan bahan yang diperbuat dari getah.

Pagi tadi saya membawa cerek elektrik itu untuk ditukar semula di hyper-market yang saya beli.

Penjual di situ memaklumkan saya boleh membuat ujian kebocoran jika membeli cerek elektrik.

Inilah kali pertama saya mendengar ujian kebocoran boleh terhadap cerek elektrik sebelum pembelian dibuat.

Dan ini menjadi ingatan keselamatan kepada saya dan saya harap anda juga membuat ujian kebocoran jika membeli cerek elektrik di masa akan datang.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Hazad Pasar Malam

Hazad Pasar Malam atau Hazad Renjatan Elektrik Akibat Penyambungan Tidak Sempurna?

(Muhammad Redzuan Ahmad, 26, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menghidupkan generator di Tapak Pasar Malam di perkarangan Stadium Utama Kangar pada 7.15 malam 10 April 2008.)

Berbanding dengan arus ulang alik (AC) dari talian tetap, arus terus (DC) dari generator atau bateri dianggap lebih selamat. Tetapi sebarang kebocoran arus masih boleh mendatangkan hazad renjatan elektrik dan risiko kecederaan yang boleh mengakibatkan kematian.

Siratan saya sebelum ini di blog ini mengenai hazad pasar malam berkaitan dengan penggunaan peralatan memasak di tempat terbuka menarik perhatian beberapa pihak meminta saya membuat kajian lanjutan dan menyiratnya dengan lebih kerap lagi.

Selain dari bahaya akibat peralatan memasak seperti kuali minyak panas, dapur gas dan pembakar arang ini, sistem kuasa elektrik juga perlu diambil perhatian.

Tumpuan keselamatan perlu dipertingkatkan terutama sewaktu hari hujan. Kebanyakan peniaga tidak mengambilberat jenis kabel penyambungan yang sepatutnya digunakan iaitu dari jenis “high tension cable”. Malah sukar untuk menemui peniaga yang mengambil langkah kecemasan dengan memasang sistem anti litar pintas mudah alih untuk mengelakkan kejadian kebocoran atau aliran melampau arus yang mungkin boleh terjadi.

Langkah pihak berkuasa tempatan di ibu kota menyediakan bekalan elektrik setempat di kawasan-kawasan Pasar Malam “Up Town” sepatutnya dicontohi oleh semua pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri lain.

Saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP atau DOSH), antara jenis dan tempat pekerjaan di tempat terbuka yang dibimbangi berlakunya kemalangan melibatkan renjatan elektrik adalah di tempat Pesta Hiburan atau lebih dikenali dengan “Fun Fair”.

Pihak DOSH juga perlu menyenaraikan Pasar Malam juga sebagai satu lagi kawasan dan pekerjaan yang dikenalpasti mempunyai risiko renjatan eletrik ini.

Semasa di dalam industri sebelum ini, saya sering mengingatkan dan memastikan agar pihak kontraktor di bahagian pencucian menggunakan “high tension cable” yang sesuai untuk mesin-mesin pencucian lantai mereka.

Sekiranya memerlukan tambahan kabel, mereka perlu menyediakan sistem anti litar mudah alih. Di samping itu majikan juga sepatutnya menyediakan soket-soket bekalan kuasa elektrik secukupnya.

Kontraktor-kontraktor ini juga digalakkan menggunakan mesin-mesin pencucian berkuasa bateri yang boleh di”charge” semula.

Kontraktor-kontraktor pembinaan dan kerja-kerja utiliti yang lain juga digalakkan menggunakan peralatan berkuasa bateri. Bagaimanapun peralatan berkuasa bateri ini biasanya tidak begitu berkeupayaan atau berkuasa tinggi jika dibandingkan dengan peralatan yang berkuasa elektrik aliran arus ulang alik.

Hazad renjatan elektrik jauh berbeza dengan hazad-hazad lain yang mungkin boleh dikenalpasti seperti keujudan fizikal, bau dan rasa. Pengenalpastian hazad elektrik biasanya ini boleh dibuat selepas adanya mangsa terlibat. Ketika ini sudah terlewat untuk dibuat penilaian risiko.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, April 9, 2008

Merokok bukan sahaja merbahayakan kesihatan

Merokok bukan sahaja merbahayakan kesihatan

Malah ianya juga merbahayakan keselamatan (hazad kebakaran). Berita ini disiarkan sebelah menyebelah dalam Berita Harian 7 April 2008.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

PLUS, bila lagi?


PLUS, bila lagi?

Sebagai pengguna lebuhraya yang hampir setiap minggu melalui Rumah Tol Jelapang, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan pihak Plus mengadakan beberapa papan tanda mengenai penggunaan ”breaking ramp” sebaik sahaja keluar dari Terowong Menora. Terdapat juga dua buah papan tanda meminta pemandu menguji sistem brek kenderaan masing-masing semasa menuruni laluan berbukit tersebut.

Saya sendiri pernah mencadangkan papan-papan tanda sebegini agar diadakan, semenjak dari tahun lepas lagi sementelah kerapnya berlaku kemalangan ngeri di Rumah Tol Jelapang ini.

Satu lagi saranan saya agar pihak Plus mengeluarkan hebahan bercetak (phamplet) untuk diedarkan kepada semua pemandu-pemandu kenderaan berat sebaik sahaja mereka memasuki Rumah Tol Juru (menghala ke Selatan) dan mana-mana susur keluar sepanjang laluan dari Prai sehinggalah Kuala Kangsar. Bagaimanapun saranan saya ini belum lagi dilaksanakan oleh pihak Plus.

Papan-papan tanda yang sedia ada tidak mencukupi untuk memaklumkan hazad dan risiko ini. Pemandu-pemandu ini hanya senpat mengerling sahaja. Malah ada di antara mereka ini sehingga kini langsung tidak tahu kewujudan papan-papan tanda ini.

Hotel yang saya menginap minggu lepas menyediakan satu hebahan bercetak yang diletakkan di atas meja di dalam bilik. Hebahan tiga bahasa yang ringkas tetapi padat ini amat berguna sekali kepada penghuni-penghuni bilik di hotel ini. Langkah sebegini perlu dicontohi oleh pihak Plus.

Plus sebagai pengusaha atau penyenggara rangkaian lebuhraya adalah bertanggung-jawab di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) untuk memaklumkan hazad dan risiko pengguna-pengguna lebuhraya yang melalui Rumah Tol Jelapang ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Plus bertanggung-jawab untuk menerbitkan hebahan bercetak mengenai hazad dan risiko yang mungkin dihadapi oleh pengguna-pengguna lebuhraya di Rumah Tol Jelapang. Hebahan ini juga bertujuan untuk memberi makluman apa yang patut dilakukan oleh pengguna-pengguna lebuhraya ini terutama pemandu kenderaan berat jika berlakunya kecemasan semasa menghampiri Rumah Tol Jelapang ini.

Walaupun proses pemindahan Rumah Tol Jelapang ini dijangka tamat penghujung tahun ini, pihak Plus tidak boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan hebahan bercetak ini. Jangan sampai berlakunya lagi kemalangan-kemalangan ngeri yang diakibatkan kurangnya pengetahuan mengenai hazad dan risiko semasa menuruni laluan berbukit selepas Terowong Menora dan menghampiri Rumah Tol Jelapang. Ataupun kemalangan ini sepatutnya boleh dielakkan atau dikurangkan risikonya tetapi pemandu-pemandu ini sendiri yang tidak mengetahui kewujudan dan cara-cara untuk mengunakan ”breaking ramp” yang berhampiran Rumah Tol Jelapan ini.

Plus, bila lagi?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Hari OSH Sedunia 2008 (WOSH 2008)


Tuesday, April 8, 2008

Sistem sentiasa berkawan (Buddy System)


Sistem sentiasa berkawan (Buddy System)

Antara sistem kerja di dalam industri yang boleh diserapkan dalam keselamatan kanak-kanak ialah sistem sentiasa berkawan (SSB) ataupun lebih dikenali dengan ”buddy system”.

SSB di dalam industri ini diperlukan untuk kerja-kerja yang berisiko seperti pekerjaan memasuki ruang terhad (confined space), pekerjaan di luar waktu kerja seperti di waktu malam serta pekerjaan di tempat terpencil dan sebagainya. SSB ini menetapkan sesuatu pekerjaan itu memerlukan lebih dari seorang yang terlibat walaupun pekerjaan tersebut boleh dilakukan oleh seorang sahaja.

SSB ini amat sesuai untuk dipratikkan kepada keselamatan kanak-kanak terutama yang melibatkan kegiatan luar kelas atau luar sekolah secara beramai-ramai ataupun berkumpulan.

Sebagai contoh, jika kanak-kanak yang terlibat di dalam kegiatan luar yang memerlukan pengangkutan seperti bas umpamanya. Kanak-kanak mestilah ditentukan dan ditetapkan mempunyai pasangan masing-masing sebelum menaiki bas lagi. Pasangan ini tidak boleh diubah di saat-saat akhir. Setiap kanak-kanak perlu memastikan pasangan masing-masing sentiasa bersama di tempat duduk di dalam bas sebelum bas memulakan perjalanan. Malah kedudukan kanak-kanak pada kerusi bas juga mesti ditentukan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan bertukar tempat.

Begitu juga apabila kanak-kanak ini terlibat di dalam sesuatu aktiviti. Mereka mestilah memastikan pasangan masing-masing berada di samping mereka apabila aktiviti yang disertai telah selesai.

Selain dari SSB, kanak-kanak dari kumpulan yang besar hendaklah dibahagi-bahagikan kepada sub kumpulan kecil yang mempunyai ketua masing-masing. Ketua kepada sub kumpulan ini hendaklah dikenalpasti dari mereka yang boleh mengawasi dan bertanggungjawab kepada rakan-rakan yang diamanahkan di bawah pengawasan mereka.

Sistem pembahagian kepada sub kumpulan ini juga boleh dipratikkan kepada ahli keluarga yang ramai. Ibu bapa perlu mengenal-pastikan anak-anak yang lebih dewasa agar mengawasi adik-adik mereka yang tertentu. Sebagai contoh, kakak mengawal adik yang terkecil manakala abang mengawal adik nombor dua terkecil. Sementara ayah atau ibu mengawal mana-mana ahli keluarga yang dikenalpasti agak nakal dan sukar dikawal.

Berbalik kepada pembahagian kepada sub kumpulan untuk kanak-kanak sekolah, bilangan guru-guru yang terbabit dalam pengawasan juga perlu dalam nisbah yang sekecil yang mungkin.

Untuk memudahkan pengawasan, kanak-kanak ini perlu dipakaikan pakaian seragam ataupun baju-t yang berwarna sama.

Lebih pratikal kalau setiap sub kumpulan ini mempunyai tanda pengenalan identiti mereka tersendiri. Tanda pengenalan ini boleh dibuat secara pengikat lengan (arm band), penutup kepala (skaf atau head band) dan sebagainya.

Setiap guru yang mengawasi sub-sub kumpulan ini mesti mempunyai senarai nama kanak-kanak yang terlibat. Senarai ini juga boleh dilengkapkan lagi dengan nama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bersertakan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlakunya sebarang kecemasan.

Sekiranya perancangan dibuat lebih awal dan teliti, ibu bapa atau penjaga juga perlu dimaklumkan nama dan telefon bimbit guru yang dipertanggung-jawab untuk mengawasi kanak-kanak di bawah jagaan mereka ini.

Di samping itu ibu bapa atau penjaga perlu diingatkan agar memaklumkan kepada guru yang berkenaan jika mereka ingin membawa pulang kanak-kanak di bawah jagaan mereka selepas ataupun semasa acara masih berjalan.

Seelok-eloknya kanak-kanak ini hanya dilepaskan kepada ibu bapa atau penjaga mereka di tempat permulaan mereka berkumpul sebelum acara bermula, walaupun ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini menggunakan kenderaan mereka sendiri mengikut bas ke tempat acara.

Sekiranya ada juga ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang ingin mengambil kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebaik sahaja acara selesai di tempat acara, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini hendaklah diminta menandatangani pada senarai nama kanak-kanak yang ada. Ini akan memudahkan guru membuat semakan bilangan kanak-kanak yang akan pulang ke tempat permulaan mereka berkumpul.

Pengawalan keselamatan kanak-kanak dalam bilangan yang ramai juga lebih berkesan jika guru-guru yang terlibat mempunyai peralatan perhubungan seperti pembesar suara, wisel, sepanduk (untuk nama sub kumpulan), tanda pengenalan identiti yang sama dengan kanak-kanak di bawah pengawasan masing-masing, dan sebagainya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Khabar angin yang sering dikhabarkan


Khabar angin yang sering dikhabarkan

Saya cuba tidak mempercayainya tetapi khabar yang sering dikhabarkan seolah-olah mendesak sesiapa yang mendengarnya untuk mempercayainya.

Bermula seawal usia saya belum menjangkau belasan tahun, saya dikhabarkan bahwa Cendol Bismillah yang amat terkenal di Taiping semenjak 70an lagi mengunakan beberapa kaedah untuk mengelakkannya ianya cepat basi dan lebih lazat untuk dinikmati.

Kononnya untuk mengelakkan cepat basi, penjual cendol ini memasukkan cacing tanah hidup yang dibungkus dalam kain puteh ke dalam bekas cendol. Manakala untuk melazatkannya sehingga menjadi seolah ketagihan dengan merendamkan seluar dalam pemiliknya ke dalam bekas cendol tersebut.

Semasa saya bersekolah asrama di Ipoh, saya dikhabar bahawa penjual sate yang terkenal di Medan Kid Ipoh itu memasukkan ganja di dalam ramuan kuahnya.

Kemudian dikhabarkan pula penjual-penjual laksa di Kuala Kedah menggunakan kertas tisu tandas untuk memekatkan kuah laksa.

Terbaru dikhabarkan penjual pisang goreng memasukkan botol plastik dalam minyak panas untuk menjadikan pisang goreng itu ranggup.

Ingin saya nyatakan di sini, usah percayakan khabar-khabar angin. Saya pasti pengusaha-pengusaha makanan ini tidak akan tergamak mempermainkan keselamatan pelanggan dan kesihatan makanan yang disediakan oleh mereka.

Secara kebetulan salah seorang generasi Anshari iaitu pengusaha Cendol Bismillah itu adalah rakan sebaya saya. Manakala pengusaha sate yang terkenal di Medan Kid itu pula menjadi rakan ”superbike” saya setelah meningkat dewasa. Salah seorang kenalan kepada ipar saya adalah penguasa laksa yang terkenal di Kuala Kedah itu. Akhir sekali salah seorang saudara saya di Batu Kurau pula adalah pembuat tepung khas yang boleh meranggupkan pisang yang digoreng.

Dari mereka ini saya disahkan bahawa itu hanyalah khabar-khabar angin terutama dari saingan yang mencemburui mereka.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Keterangan gambar;
1. Restoran Bismillah yang terkenal semenjak zaman askar British lagi.
2. Gerai Cendol Anshari, Generasi ketiga Cendol Restoran Bismillah
3. Gerai Cendol Bismillah, juga keturunan kepafa Cendol Restoran Bismillah

Periksa kunci pintu bilik air rumah anda


Periksa kunci pintu bilik air rumah anda
Siratan asal pada 4-Mac-08,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

(Dalam siratan sebelum ini, saya sering mengingatkan tentang kemalangan di bilik air terutama pada permukaan lantainya yang basah dan melibatkan pengguna dari kalangan kanak-kanak kecil dan orang tua yang kurang upaya.)

Saya mengunjungi rumah orang tua saya pada cuti hujung minggu lepas. Alhamdulillah, kesihatan ayah saya bertambah baik dan boleh bergerak sendiri tanpa bertongkat atau dipimpin oleh emak sama ada ke bilik air dan sebagainya. Emak meminta saya menasihati ayah supaya tidak mengunci pintu bilik air semasa beliau berada di dalamnya. Sebenarnya sudah kerap-kali saya mengingatkan ayah tapi beliau masih lagi cenderung untuk mengunci pintu bilik air semasa berada di dalamnya.

Saya bercadang pada minggu ini akan menukar kunci pintu bilik air di rumah orang tua saya kepada jenis yang boleh dibuka dari luar jika perlu. Kunci seumpama ini banyak digunakan di pintu bilik air di hospital dan sebagainya.


Mengapa kita memerlukan kunci kepada pintu?

Pada dasarnya kunci diperlukan supaya pintu boleh ditutup dengan selamat. Sistem pintu berkunci penting untuk menghalang mereka yang tidak diingini dari masuk atau keluar dari sesuatu ruang (rumah atau bilik umpamanya). Bagaimanapun dalam situasi bilik air, pintunya hendaklah menggunakan sistem kunci yang boleh dikunci dari dalam dan pada masa yang sama ianya boleh dibuka dari luar jika perlu ataupun jika berlaku kecemasan di mana penggunanya (terutama dari kalangan kanak-kanak atau orang tua yang kurang upaya) tidak boleh atau tidak mampu membukanya.

Selain dari pintu bilik air, pintu-pintu kabinet atau laci almari sama ada di dapur atau di dalam bilik juga perlu diberi perhatian terutama terdapat kanak-kanak kecil di dalam rumah.

Kini terdapat pelbagai pengunci yang boleh dibeli di pasaran untuk mengunci ”sementara” pintu-pintu kabinet atau laci almari ini. Emak saya dahulu hanya menggunakan tali ”rafia” dan kadang-kadang ”getah bulat” sahaja untuk mengunci pintu-pintu kabinet ini. ”Cable tie” juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

Selain dari itu, sekiranya bilik air menggunakan tandas duduk, ciri keselamatan pada penutup tandas itu juga perlu diambik berat. Terdapat kemalangan yang dilaporkan apabila kanak-kanak kecil cuba memanjat masuk ke dalam takungan tandas ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Keterangan gambar;
Gambar 1. Kunci pintu yang boleh dibuka dari luar menggunakan pin.
Gambar 2., 3., dan 4. Jenis-jenis pengunci pintu kabinet dan almari.
Gambar 5. dan 6. Pengunci atau pengikat penutup tandas duduk

Wednesday, April 2, 2008

Apabila hazard dan anda tidak boleh dipisahkan lagi

Apabila hazard dan anda tidak boleh dipisahkan lagi

Apabila hazad (hazard in English) dengan bangganya membuat pengumuman bahawa semenjak kehadirannya pada tahun 1965, mereka menjalinkan persahabatan yang erat (dengan anda?) sehingga kini. Slogan mereka ialah;

Kami telah sentiasa berada di sisi anda, dan kami akan terus berada di sisi anda.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Keselamatan di kawasan pembinaan perlu dipertingkat

Berita Harian, 1-April-2008
Keselamatan di kawasan pembinaan perlu dipertingkat

TAPAK pembinaan boleh dikategorikan sebagai zon berbahaya bukan saja kepada pekerja, malah juga orang awam di sekitar atau berhampiran kawasan terbabit.

Rata-rata pekerja di tapak pembinaan terdedah kepada bahaya atau risiko antaranya disebabkan ketinggian tempat kerja, barang yang dikendalikan, elektrik, motor, objek tajam yang bergerak, lif, bahan kimia, habuk, bunyi bising dan ruang yang terbatas. Kebanyakan tapak pembinaan tidak dapat memisahkan sepenuhnya bukan pekerja atau orang awam. Tapak pembinaan jalan umpamanya pada kebanyakan masa perlu membenarkan trafik menggunakan laluan berkenaan.

Kompleks beli-belah atau bangunan awam yang lain pula tidak boleh ditutup apabila sebahagian daripada bangunan itu menjalani pengubahsuaian. Ini menyumbang sedikit-sebanyak risiko kepada orang awam dan bukan pekerja.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Datuk N Marimuthu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pemaju, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan banyak pihak lain mempunyai peranan penting dalam mengurangkan kemalangan.

“Sasarannya harus kematian sifar di tapak pembinaan dan juga mana-mana tempat kerja,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas laporan akhbar mengenai kematian seorang pemuda seselepas terjatuh ke dalam lubang ketika memasuki kawasan yang sedang diubahsuai di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kemungkinan berlakunya kecederaan membabitkan orang awam bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kedudukan tapak kerja pembinaan dengan kanak-kanak atau pihak lain yang kurang kesedaran mengenai bahaya, contohnya sekolah atau taman permainan.

Jumlah serta bentuk bahaya di tapak pembinaan termasuk tempoh kerja pembinaan dijalankan perlu diambil kira di samping pembinaan pagar keselamatan atau ciri lain yang boleh mengelakkan kemalangan.

“Apa yang kita inginkan ialah tapak pembinaan dipastikan berada dalam keadaan selamat sekiranya dicerobohi orang awam,” kata Marimuthu.

Beliau menyatakan beberapa contoh pencegahan termasuk memagar lubang yang dikorek, menutup lubang, mengadakan tanda amaran, mengunci pintu masuk tapak yang dipagar dan menugaskan pengawal keselamatan sekiranya perlu.

“Pendekatan kejuruteraan atau prosedur lain yang benar-benar berkesan bagi mengelakkan orang awam daripada menceroboh tapak pembinaan boleh juga dipertimbangkan,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai standard keselamatan untuk orang awam sewaktu operasi pembinaan, Marimuthu berkata ia perlu juga mengambil kira objek yang jatuh daripada membahayakan keselamatan orang awam.

“Gunakan penghadang atau jaring, ambil langkah berwaspada untuk melindungi orang awam daripada kren, kenderaan bermotor atau sebarang jentera dan peralatan. Beri ingatan kepada orang awam mengenai kesan bunyi bising, peralatan pembinaan dan pastikan laluan berhampiran tapak pembinaan boleh dilalui dan selamat. “Simpan bahan yang berbahaya, kaji kawasan yang hendak digerudi atau digali lubang serta adakan pelan bertindak kecemasan di tapak pembinaan,” katanya.

Menurut Marimuthu, apa yang diharapkan oleh Standard Users ialah supaya industri pembinaan atau pengilangan dapat mengawal perjalanan industri masing-masing.

Setakat ini, katanya, perkara yang menjadi kebimbangan besar ialah hakikat ramainya bilangan pekerja asing yang diambil bekerja oleh industri pembinaan di mana kecederaan yang dialami mereka tidak dimasukkan ke dalam statistik yang disediakan oleh DOSH.

Keadaan itu, katanya tidak memberikan gambaran tepat mengenai tahap keselamatan dalam industri pembinaan di negara ini.

“Negara kita semakin bergantung kepada pekerja asing dan pengecualian data itu mungkin memberikan kita gambaran palsu bahawa semuanya selamat dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan segera,” hujah Marimuthu.

Beliau berharap DOSH, CIDB dan dua kementerian (Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerjaraya) yang boleh memastikan agensi penguatkuasaan masing-masing, menggunakan sepenuhnya kuasa berhubung dengan tapak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Beliau juga meminta pihak berkuasa berkenaan untuk memaju dan melaksanakan standard mandatori untuk mengaudit serta menilai pencapaian keselamatan tapak pembinaan serta membawa pemaju dan pemilik bangunan ke muka pengadilan apabila tapak yang tidak selamat menyebabkan kecederaan dan kematian di kalangan orang awam.

“Hentikan sikap melindungi pemaju dan pemilik tapak yang sedang dibangunkan. Undang-undang sepatutnya menghukum pemilik dan pemaju dan bukannya mencari kambing hitam,” tegas Marimuthu.

”Meletakkan tanggungjawab ke atas pemaju dan pemilik tapak yang sedang dalam pembinaan akan memastikan insiden lampau seperti insiden yang menyebabkan kematian Dr Liew Boon Horng pada awal 2006 di Plaza Damas dan dua pekerja di Pavilion Kuala Lumpur pada 2007, tidak berulang,” tegas Marimuthu. Marimuthu juga berpendapat bahawa CIDB yang banyak melaksanakan program membangun keupayaan untuk pemaju dan pekerja perlu memasukkan sama isu kesedaran dan penghargaan keselamatan awam ke dalam program berkenaan. Beliau menjelaskan orang awam mempunyai hak untuk mengharapkan keselamatan di tapak pembinaan terutama jika mereka berada di kawasan berkenaan ketika operasi kerja pembinaan sedang berjalan umpamanya di kompleks beli-belah dan di sekitar rumah kedai.

CIDB dan DOSH, katanya perlu bekerjasama dengan pertubuhan, lazimnya bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian jaringan yang baik dengan orang awam.
“Kedua-dua pihak ini boleh menekankan betapa pentingnya untuk mengenal pasti isu keselamatan serta menepati standard keselamatan bukan saja untuk tapak pembinaan malah juga tempat kerja lain seperti hospital dan stesen minyak,” katanya. - Bernama

Dimanakah Sharline dan Asmawi?

Dimanakah anak-anak anda sekarang ini?