Friday, November 7, 2014

Q&A 2 SHO – Safety & Health Officer (SHO)


Q&A 2 SHO – Safety & Health Officer (SHO)

Saya banyak menerima soalan-soalan berkaitan kerjaya SHO ini sama ada melalui blog, FB, email dan sms/whatsup. Ada di antara soalan-soalan itu telah saya terangkan dalam blog saya (rujuk link di bawah).

Untuk soalan-soalan yang tiada jawapan dalam blog tersebut, saya jawab di sini. Diingatkan jawapan-jawapan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta maklumbalas dari rakan-rakan sejawat sahaja. Mungkin ada perbezaan dengan SHO yang lain.  Jika berpeluang tanya dan rujuklah SHO-SHO yang lain juga.

(Nasihat saya kepada mereka yang ingin mengemukakan soalan-soalan ini biarlah berhemah, kenalkanlah diri dan elakkan menggunakan bahasa sms (singkatan) yang keterlaluan)

1.  Bolehkah atau sesuai perempuan menjadi SHO?

Jantina tidak menjadi masalah. Saya kenal ramai SHO perempuan yang berjaya dalam bidang SHO ini. Untuk yang baru menceburi bidang SHO, mungkin mereka perlu menyesuaikan diri dalam industri ringan seperti SME. Seorang rakan kelas Master saya di UKM (di mana waktu belajar dia baru sahaja graduate dari USM (Chemical Engineering) manakala kami rata-rata berumur 30 tahun hingga 60 tahun), kini beliau menjawat jawatan Risk Manager di Industri Oil & Gas Vietnam. Manakala seorang bekas pelajar saya kini menjawat jawatan Safety Advisor di Industri Oil & Gas Dubai.

SHO perempuan mungkin lebih disegani oleh pekerja. Kini ramai penguatkuasa malah berpangkat hinggah pengarah terdiri dari wanita terutama Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan. Malah saya difahamkan kemungkinan besar tidak lama lagi ada negeri yang akan mempunyai Pengarah DOSH wanita.

2. Ada iklan kerja yang menyatakan memerlukan SHO yang berkursus di NIOSH, adakah ini bermakna SHO yang berkursus di tempat lain tidak layak?

Masih ramai yang keliru atau tidak tahu (termasuk pihak pengurusan atau HR syarikat) dalam membezakan DOSH dengan NIOSH. DOSH adalah badan penguatkuasa dan pengawasan. Manakala NIOSH adalah pembekal latihan (training provider). Sepatutnya iklan tersebut menyatakan memerlukan SHO yang berdaftar dengan DOSH, tanpa mengira tempat kursus di mana.

Untuk berkursus di tempat lain, pastikan tempat tersebut juga berdaftar dengan DOSH. Ini boleh dirujuk dalam website DOSH.

3. Bolehkah dengan hanya menpunyai Sijil SHO dan SPM menjadi pengurus?

Ada di antara guru-guru OSH saya hanya memiliki SPM sahaja tetapi pengetahuan dan pengalaman mereka memang ketara perbezaan dengan saya sendiri atau SHO-SHO lain yang saya kenal. Guru-guru OSH saya ini bukan sahaja dari kalangan pengurus malah ada yang sampai bergelar pengarah. Bagaimanapun sekarang ini untuk menjawat jawatan pengurus, seseorang SHO itu sekurang-kurangnya (pandangan peribadi saya) memerlukan sokongan diploma.

4. Benarkan mereka yang berkelulusan engineering sahaja layak dan sesuai menjadi SHO?

Secara jujur saya bangga kerana pendidikan saya berlatar-belakang engineering TETAPI kerjaya sebagai SHO bukanlah MESTI mempunyai kelulusan engineering. Falsafah OSHA itu sendiri terdiri dari (i) Management Commitment, (ii) Employee Involvement, dan (iii) Consultation. Ini bermakna SHO perlu merujuk pihak lain (consult) jika beliau menghadapi kesulitan. Sebagai contoh SHO yang tiada latar belakang engineering boleh merujuk pihak (department) engineering di tempat beliau bekerja. Malah rujukan dari pihak luar juga boleh dbuat seperti dari DOSH sendiri.

Nasihat saya jika SHO itu berlatarbelakang HR (contohnya), dia perlu mahir (vell-werse) dengan HR. Untuk bidang yang dia tidak mahir (engineering contohnya), dia boleh merujuk pihak lain.

Saya kenal ramai SHO yang bukan berlatar-belakangkan engineering. Malah ramai guru-guru OSH saya juga bukan dari latar belakang engineering.

Pada masa yang sama SHO yang bukan berlatarbelakangkan engineering ini perlu sedaya-upaya beliau mengetahui asas-asas engineering seperti nama-nama komponen asas mesin seperti contoh, boiler, vessel, crane & hoist dan sebagainya.

Seperti mana syoran saya kepada pelajar-pelajar saya setiap kali kelas pembelajaran saya, seseorang SHO itu perlu mendalami juga ilmu-ilmu berikut untuk membantu kerjayanya. Malah saya juga sedaya-upaya mencari peluang (terutama masa) untuk lebih mendalami ilmu-ilmu ini.

(i) Bahasa Inggeris. Memang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya.

(ii) Human Resource terutama mereka yang bukan dari latarbelakang HR.

(iii) Finance. Kursus terbaik ialah Financial Course For Nonfinancial Managers.

(iv) Computer/IT. Selain dari keperluan mengunakan software presentation (contoh power point), kemahiran grafik juga perlu. Kalau boleh photoshop memang terbaik.

(v) Kerohanian/moral. Bagi SHO beragama Islam, dalamilah ilmu-ilmu OSH berkaitan Islam ini.

5. Saya sudah first degree, yang mana lebih baik sama ada mengambil Sijil SHO atau ambik Master OSH?

Bergantung kepada keperluan. Biasanya mereka yang terus mengambil Master OSH (yang diiktiraf oleh DOSH) tidak perlu lagi mengambil 4 Modul SHO dan exam SHO untuk melayakkan mereka berdaftar dengan DOSH. Bagaimanapun kini terdapat slot interview semasa permohonan pendaftaran sebelum pemegang Master OSH ini boleh berdaftar dengan DOSH.

Sijil SHO hanya mengambil masa 22 hari (sepenuh masa) jika dibandingkan Master OSH yang memakan masa hampir 2 tahun.

Pandangan peribadi saya, Sijil SHO adalah yang terbaik kerana pembelajaran dalam Sijil SHO lebih berbentuk pengkhususan jika dibandingkan dengan Master OSH yang lebih berbentuk pengurusan (management). Kalau boleh, ambiklah kedua-dua sekali.

Pada masa yang sama syoran saya saya kepada SHO yang sudah ada first degree dan Sijil SHO, cubalah rebut peluang mengambil kursus-kursus value added dan yang ada competency seperti scaffolding, AGT, hygiene technician, CHRA dan sebaganya. Malah kursus-kursus seperti ISO (management system) sehingga ke peringat Lead Auditor amat-amat digalakkan.

6. Saya ingin buat part-time mengajar OSH, bagaimana caranya?

Untuk mengajar bukan sahaja sahaja subjek OSH sahaja, seseorang itu memerlukan kemahiran berhadapan (bersemuka) dengan peserta atau orang ramai (audience).  

Saya sendiri bukanlah seorang yang berkebolehan semula jadi berhadapan (bersemuka) dengan orang ramai ini. Malah semasa kecil saya bermasalah dari segi pertuturan kerana gagap.

Kemahiran ini boleh dipelajari selain dari pengalaman. Kursus Train-the-Traner adalah salah satu keperluan untuk menjadi pengajar.

Saya mengikuti kursus TTT ini di Ipoh sekitar awal  90an di bawah anjuran FMM dan DOSH (ketika itu belum ada lagi NIOSH) dengan salah seorang pengajarnya ialah Tuan Abu Bakar Che Man, Ketua Pengarah DOSH ketika itu. Salah seorang peserta kursus bersama saya ketika itu ialah orang lama dalam OSH yang juga bekas EHS Engineer iaitu Hj Fuzi. Saya pasti beliau masih ingat bagaimana teruknya dan gelabahnya saya bila diminta untuk buat presentation di dalam kelas. Kini kami sama-sama sebagai pengajar sambilan di NIOSH.  

Mengajar (pada diri saya) sebenarnya melatih saya atau membuatkan saya mempelajari benda baru lagi. Di setiap organisasi yang saya dijemput mengajar dan berkongsi pengetahuan/pengalaman OSH ini, saya sedaya-upaya cuba mmepelajari sesuatu yang baru yang diamalkan di organisasi itu sendiri.

Selain dari itu pengajar perlu memahirkan diri dengan subjek yang hendak diajar dan lebih baik buat pengkhususan subjek-subjek (topik-topik) tertentu sahaja.

Tingkatkan kemahiran mengajar ini di organisasi tempat kerja sendiri dahulu. Mengendalikan orientation, induction dan tool box meeting adalah asas untuk membina kerjaya sebagai pengajar. Boleh juga mencuba mengajar (berkongsi pengetahuan) dengan sukarela di institusi pengajian seperti di sekolah dan kolej terlebih dahulu.

Jangan lupa sentiasa update diri dengan perkembangan OSH terutama aspek-aspek perundangan.

NASIHAT UMUM. SHO-SHO mesti merebut peluang mendalami kursus-kursus berkaitan bukan semata-mata kerana keperluan CEP. Begitu juga jika ada dialog atau sesi perjumpaan terutama dengan pihak berkuasa seperti DOSH, DOE dan sebagainya. Menyertai mana-mana persatuan SHO juga amat digalakkan. Manfaatkan media sosial seperti FB, Blog, Whatsup dan sebagainya. Berkongsilah pengetahuan dan pengalaman yang ada. Pada masa yang sama, tidak rugi jika bertanya kalau tidak tahu atau was-was. In sya Allah akan dapat jawapannya jika ditanya.

Untuk soalan-soalan lain, in sya Allah jika berkesempatan saya akan updatekan lagi.


Link berkaitan -
http://oshthejourney.blogspot.com/2013/04/penilaian-prestasi-seorang-sho.html?showComment=1411696227729

21 comments:

Anonymous said...

Mcm mna nk sertai aktiviti2 anjuran DOSH dn DOE utk student?

TED said...

salam..saya Trisha..baru mendaftar diri belajar secara sambilan dalam bachelor occupational safety and health management. dorongan belajar adalah atas sebab ingin mencuba sesuatu yang baru dalam kerjaya saya dalam office administration. dalam syarikat sudah ada diwujudkan safety and health committee sukarela di kalangan pekerja yang dilantik oleh pihak pengurusan syarikat. ingin bertanya, apakah peluang kerjaya dan halatuju seterusnya pada pendapat tuan yang berpengalaman sekiranya saya telah tamat belajar dan sekaligus menjadikan bidang safety ini sebagai kerjaya baru saya di masa depan

Anonymous said...

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Pihak kami menawarkan KURSUS PERSIJILAN PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN, HUJUNG MINGGU (SABTU & AHAD) bermula 16 APRIL 2016 , dan SEPENUH MASA bermula 3 MEI 2016 bertempat di GISM Putrajaya


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ​En. Bahrin/ Pn. Zamila​/ En. Ibrahim atau En. Safrizal di talian 03- 8861 7784 atau melyar iwww.gism.com.my

Sekian, sokongan Tuan/Puan dan organisasi Tuan/Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Unknown said...

Salam, saya Mimi. Saya pelajar lepasan STPM 2014. Sehingga kini saya masih belum menyambung ke mana mana institut pengajian tinggi kerana keputusan cgpa yang kurang memberangsangkan. Sehingga lah pada satu hari, ayah saya mencadangkan saya untuk menyertai kursus SHO di niosh. Saya ingin bertanya, untuk kursus SHO ni memerlukan akademik apa ya? Dan macam mana hendak daftar kursus SHO ni? Sebab saya cuma lepasan STPM. Dan tidak pernah mengambil diploma. Saya sangat berminat dengan kursus SHO ni.

lukmanw@gmail.com said...

Nur Syamimi

Mohon baca ketiga-tiga posting Q&A SHO ini kerana jawapan telah diberi

Anonymous said...

Hello.Sy Esther dan sy lepasan SPM 2015.Skrg sy tgh dilema utk memilih bidang O.S.H.A kerana sebilangan org mengatakan peluang pekerjaan bidang ini agak kurang.Apa pendapat encik?

Adib said...

Esther, bidang osh ni besar dan bnyk peluang pkerjaan. Rajin x rajin je nk cari. Boleh jd sho, boleh jd environment advisor, site safety supervisor, safety consultant and bnyk lgi.. Rezeki dimana mana.. Yg penting rajin.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan,

Nama saya Shah Effendy dan sekarang bertugas sebagai Paramedik di offshore. Saya dalam pertimbangan dalam memilih kursus Ijazah. Kursus tersebut adalah Bachelor of Occupational Health and Safety Management with Honours dan Bachelor Safety and Environmental Health.

Apakah perbezaan antara kedua-dua kursus ini Tuan? Adakah Bachelor of Occupational Health and Safety Management dari OUM mempunyai NEBOSH?

Unknown said...

As salam tuan.. Nama saya Zaem Zainuddin.Saya merupakan pelajar lepasan ijazah di dalam Bidang Pengurusan Sukan (Major di dalam bahagian pengurusan) dan ingin menceburi bidang baru dalam sektor sebagai SHO.Di sini saya mempunyai beberapa soalan mengenai SHO dan berharap pihak tuan dapat berkongsi dengan saya dan memberi sedikit nasihat sebagai pandu arah kepada saya di dalam bidang SHO.

1.Bolehkah seseorang yg mempunyai background lain menceburi diri di dalam bidang ini?

2.Adakah akan merisikokan diri di dalam peluang pekerjaan di sebabkan latar belakang yang berbeza?

3.Apakah jenis peluang pekerjaan yang ada ,bagi saya untuk pemegang sijil kursus yang baru berkecimpung di dalam bidang ini. (zero experience in SHO)

4.Apakah langkah seterusnya bagi saya di dalam career ini, setelah tamat kursus dan melepasi exam oleh NIOSH?

5.Apakah sijil ataupun kursus yang perlu saya hadiri sebagai sokongan untuk diri saya dalam merebut peluang jawatan yang ada di dalam bidang ini?

Respon daripada pihak tuan untuk berkongsi dan memberi nasihat/pandangan terhadap saya, di dahului dengan ucapan terima kasih.

Syasyamarini said...

Program Safety and Health Officer (SHO)


Maklumat mengenai pengambilan peserta untuk program SHO adalah:


Tempoh : 22 hari kelas


Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang


Kelayakan : Minimum SPM
STPM/DIP/DEGREE/EX ARMY automatik layak untuk sertai.



Cara pembayaran : Secara penuh atau ansuran

Yuran kelas : RM2,700 ( STUDENT IPT YANG MASIH BELAJAR )

Jadual Pembayaran Yuran


1. Deposit untuk booking kelas : RM 700


2. Kelas pertama : RM 1000


3. Kelas ke 10 : RM 1000


Yuran kelas : RM3,500 ( BUKAN STUDENT/BEKERJA )


Cara pembayaran : Secara penuh atau ansuran

Jadual Pembayaran Yuran


1. Deposit sebelum tarikh kelas mula : RM 700


2. Kelas pertama : RM 1000


3. Kelas ke 10 : RM 1000


4. Kelas ke 18 : RM700


PROSES PENDAFTARAN :

1. BAYAR DEPOSIT
2. AMBIL GAMBAR RESIT PEMBAYARAN
3. AMBIL GAMBAR IC ORIGINAL
4. AMBIL GAMBAR SIJIL STPM/DIP/DEGREE/KAD TENTERA
5. HANTARKAN MELALUI WHATSAPP


Pembayaran :
Di akaun Maybank 562487202217 (Skill Solutions Sdn Bhd)


Kelas partime : Sabtu & Ahad ( 3 bulan )
Kelas fulltime : Isnin - Jumaat ( 1 bulan )


Sijil kehadiran kursus diberikan

Syasyamarini said...

Anythink can ask 019-211 7417 (ws)

Syasyamarini said...

Just sharing ya =)

Unknown said...

Assalamualaikum.saya hafiz.kelulusan diploma telecommunication eng. Telah bekerja dalam bidang yg sama selama 12 tahun.sekiranya saya telah berjaya menjadi SHO. Bolehkah saya menggunakan Kelayakan SHO saya itu untuk bekerja dalam sektor lain.contohnya pembinaan.apakah ia akan membuatkan saya hilang kelayakkan kerana pengalaman yang saya miliki dalam bidang safety& health adalah dalam skop kerja yang berbeza.

Unknown said...

SALAM SEJAHTERA..SY BEKERJA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN...SEKIRANYA SY INGIN BERTUKAR BIDANG KERJAYA KEPADA SHO,APAKAH JAWATAN YG SESUAI UNTUK SAYA?





Anonymous said...

Assalamualaikum. sy kelulusan diploma dan bekerja as a qs in construction industry almost 7 years.
jika sy ingin bertukar bidang kepada SHO, kursus apa yg perlu sy ambil?

infos.bleu@gmail.com said...

JAWATAN KOSONG PARAMEDIK AMBULAN INSAF MALAYSIA DI KUALA LUMPUR. TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT SILA EMAILKAN RESUME ANDA TERUS KEPADA insaftechnicalrelief@gmail.com

Anonymous said...

University mana yang menawarkan occupational safety and health ?

Unknown said...

Upm, ump

Unknown said...

Boleh ke sho berkembang ke luar negara

fazillah said...

hai, sya natasya,
sya adalah pelajar diploma dlm bidang Occupational safety and helath.. sya nk tnya bidang apa yang disediakan dalam degree. sbb sya bercadang untuk smbung degree but still tak tahu cours apa yg disediakan kt degree😅

fazillah said...

hai, sya natasya,
sya adalah pelajar diploma dlm bidang Occupational safety and helath.. sya nk tnya bidang apa yang disediakan dalam degree. sbb sya bercadang untuk smbung degree but still tak tahu cours apa yg disediakan kt degree😅