Syabas Putera Umno! Sumbangan Barangan Hygiene Kepada
Mangsa Banjir Terengganu
Sebentar tadi di dalam Buetin Utama TV3, melaporkan Skuad
Putera UMNO dengan di ketuai oleh Pengerusinya Dato' Abdul Azeez telah
menghantar bantuan kemanusian kepada mangsa banjir di Terengganu.
Selain dari makanan dan pakaian, turut disumbangkan ialah
barangan hygiene dengan jumlah yang banyak! Kalau tak silap saya sebanyak
2,000!
Mungkin saya terlepas pandang dengan beberapa siri amal
Skuad Putera UMNO sebelum ini , saya rasa inilah kali pertama (betulkan jika
saya salah) sumbangan barangan hygiene disertakan.
Sebenarnya dalam sumbangan amal dari mana-mana pertubuhan,
ngo atau atas nama CSR, barangan makanan dan pakaian adalah yang paling banyak
dan mudah didapati di mana-mana pusat penempatan mangsa banjir. Apaah lagi jika
Kerajaan Negeri telah membentuk Plan Tindakan Menghadapi Banjir.
(Saya ada soft copy Plan Tindakan Menghadapi Banjir yang
disediakan oleh Kerajaan Negeri sebuah negeri di Semenanjung yang hampir tiada
masalah banjir. Jika ada yang berminat, boleh pm/email kepada saya).
Selain dari makanan dan pakaian, barangan hygiene adalah
barangan penting yang mesti dimiliki oleh semua mangsa banjir. Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis
adalah gejala yang paling dibimbangkan semasa banjir akibat dari kecuaian
penjagaan hygiene.
Bukan untuk membanggakan diri atau mendabik dada, saya
adalah orang terawal yang emperkenalkan pek hygiene dalam Program NGO
Jalan-jalan Masuk Kampung. Ketika
penyumbang lain member tumpuan kepada barangan makanan, pakaian dan peralatan
sekolah, saya menumpukan kepada sumbangan barangan hygiene.
Walaupun kini saya kurang mengikuti aktiviti amal Warga
Kilang, tetapi sumbangan barangan hygiene sebegini masih berterusan kepada
rumah-rumah anak yatim dan keluarga-keluarga miskin di sekitar Taiping dan Alor
Setar / Changlun.
Mungkin juga pengelibatan saya secara langsung dengan
bencana Tsunami Aceh dan menyaksikan kekurangan barangan hygiene menyebabkan
saya cenderung mendapatkan sumbangan berbentuk barangan hygiene.
Tanpa disedari, sebenarnya bapa saya yang mempengaruhi
dan memberi inspirasi barangan hygiene ini. Jika orang lain lebih kerap
menderma atau bersedekahkah Kitab Al Quran dan Sejadah, bapa saya (semenjak
saya letahui sekitar 70an) lebih suka menyumbangkan cebuk kecil dan terompah
kepada masjid atau surau.
Sekadar penambahbaikan kepada mana-mana mereka yang ingin
turut serta memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sebegini, jangan
lupa peralatan hygiene selain dari makanan dan pakaian. Kerajaan Negeri juga
perlu memasukkan barangan hygiene dalam senarai barangan yang perlu disediakan
kepada mangsa banjir dalam Pelan Tindakan Menghadapi Banjir mereka.
Syabas sekali lagi kepada Putera UMNO dengan
keprihatinannya mengenai barangan hygiene ini kepada mangsa banjir di Trengganu.
httip://oshthejourney.blogspot.com/
Catatan tambahan. Jika mereka yang biasa menghadiri kelas
ERM saya, sudah tentu biasa dengan beberapa keperluan “resources” lain semasa
bencana yang sering saya tekankan seperti water, ice, medicine, personal hygiene product, etc. Malah saya
juga tekankan kepentingan golongan “pakar” seperti religious/bomoh, morticians, state
assembly/wakil rakyat, etc.!
No comments:
Post a Comment