Tuesday, November 11, 2014

OSHA 1994 Section 2. Prevailing laws.






OSHA 1994 Section 2. Prevailing laws.

(1) The provisions of this Act shall be in addition to, and not in derogation of, the provisions of any other written law relating to occupational safety and health.

(2) In the event of any conflict or inconsistency between the provisions of this Act and that of any other written law pertaining to occupational safety and health, the provisions of this Act shall prevail and the conflicting or inconsistent provisions of such other written law shall, to the extent of the conflict or inconsistency, be construed as superseded.

OSHA 1994 supersedes the FMA in the event of any conflict. Boleh awak bagi contoh "supersedes" ini?

Itulah soalan Ir Nimi (pegawai DOSH ketika itu) kepada saya, semasa menduduki ujian (interview) SHO pada penghujung 90an. (Soalan sebelumnya, Ir Nimi meminta saya menjelaskan perbezaan antara OSHA dan FMA)

Saya perlu berterima-kasih kepada Tuan Ir Haji Amir (mantan Pengarah DOSH Negeri dan juga Pengarah NiOSH) yang mengajar subject Legislation semasa saya mengambil Kursus Sijil SHO di FMM/DOSH Ipoh. Memang tidak dapat dinafikan kelas Tuan Ir Hj. Amir agak mendatar kerana beliau menghuraikan perundangan baris-demi-baris malah menggunakan pembaris!. Tetapi itulah cara sebenar mempelajari perundangan! Setiap perkataan, malah satu hurufpun tidak boleh ditinggalkan dan perlu ada references cases. Sebab itulah, soalan Ir Nimi ini, alhamdulillah saya boleh menjawabnya.

Dalam kes ini, maksud “supersedes” dan contohnya.

Sekadar berkongsi ilmu (seperti yang diajar oleh Tuan Ir. Hj. Amir), contoh terbaik ialah perundangan yang berkaitan Safety and Health Committee (SHC).

Dalam Factories And Machinery (Building Operations And Works Of Engineering Construction) (Safety) Regulations 1986, Regulation 37. Safety Committee menyatakan majikan perlu menubuhkan committee jika

(i) 50 dan lebih pekerja

(ii) mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan


Manakala dalam Act 514, Occupational Safety And Health Act 1994, Section 30. Establishment of safety and health committee at place of work. Menyatakan majikan perlu menubuhkan committee jika

(i) 40 dan lebih pekerja

(ii) Diarahkan oleh Ketua Pengarah
(ii) Mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan*


Dalam kes ini, SHC menggunapakai OSHA 1994. Sect. 30 dan FM (SHC) 1996 Reg. 21(10) supersedes (mengantikan) FM (BOWEC)(Safety) 1986. Reg. 37.

Apabila saya mula berpeluang mengajar OSH terutama berkaitan perundangan, slide FMA 67 dan OSHA 94 ini adalah slide terawal saya buat.

Harap dapat memberi manfaat kepada semua terutama yang bakal menduduki interview SHO.


* Occupational Safety and Health (Safety and Health Committee) 1996. Regulation 21 (1).

No comments: