Thursday, November 6, 2014






Kerusi Kerja yang Ergonomik

Kerusi Kerja yang ergonomik adalah sebuah kerusi yang direka mengikut posture badan pengguna dan boleh diselaraskan mengikut anatomy pengguna. Antara bahagian yang perlu boleh laras ialah penyokong belakang (lumbar support), perehat lengan (arm rest), ketinggian tempat duduk dan juga sudut condong penyokong belakang.

Di sebalik ciri-ciri di atas, ramai yang tidak tahu kekangan kerusi kerja ergonomik ini. Antaranya ialah bilangan tapak pemasang (base assembly). Bilangan tapak pemasang ini yang disyorkan ialah minimum lima cabang. Manakala berat maksimum yang boleh ditampung oleh sistem pneumatik kerusi ergonomik ialah hanya 100kg. Jika penggunanya melebihi 100kg, dia perlu menggunakan kerusi pneumatik yang ditempah khas.

Semasa saya bekerja di kilang sebelum ini, kerusi-kerusi pneumatik boleh laras ini banyak yang bermasalah dengan sistem pneumatiknya setelah diguna beberapa tahun. Untuk mengelakkan pembaziran, saya meminta mekanik untuk mempeteri (welding) terus ketinggian tempat duduk boleh laras ini mengikut kesesuaian pengguna.

Bulan lepas, kerusi pneumatik boleh laras di rumah saya untuk kegunaan di bilik bacaan turut bermasalah dengan sistem pneumatiknya. Minggu ini baru saya berpeluang membawa kerusi ini ke sebuah bengkel besi berhampiran rumah saya.

Baru saya sedar rupa-rupanya hampir kesemua komponen pada kerusi pneumatik yang saya beli tiga tahun lalu ini diperbuat dari plastik kecuali beberapa komponen utama seperti rod silinder dan tapak alas duduk. Ini bermakna tiada tempat untuk dipateri!

Bagaimanapun pemilik bengkel besi ini mencadangkan agar dbuat “stopper” pada rod silinder. Malah penggunaan “stopper” ini juga boleh dilaras mengikut kesesuaian penggunaan. Maksudnya pelarasan pneumatik diganti dengan pelarasan mekanikal.

Terima kasih dan penghargaan saya kepada pemilik bengkel ini ketika pemilik bengkel besi lain dari awal lagi memaklumkan kerusi ini tidak boleh dipateri (diperbaiki) kerana komponennya diperbuat dari plastik.


http://oshthejourney.blogspot.com

No comments: