Thursday, November 6, 2014

Cenderung tangan kiri (left handed)


Cenderung tangan kiri (left handed)

Jika berkesempatan di dalam kelas pembelajaran yang saya kendalikan, inilah antara topik selingan yang kerap saya sentuh.

Berdasarkan pengalaman saya di kilang tayar yang saya pernah selama 15 tahun dahulu, pihak pengurusan ada “terbeli” dua buah mesin memasang tayar terpakai yang khusus untuk kegunaan operator cenderung bertangan kiri (left handed).

Apabila pengguna normal (cenderung tangan kanan) yang ditugaskan di sini, mereka akan menghadapi masalah dan ada di antaranya terbabit dengan kemalangan. Sebagai contoh mesin ini dilengkapi dengan suis-suis penghenti kecemasan di sebelah kiri, dan agak sukar untuk dicapai oleh pengguna yang cenderung tangan kanan jika hendak memberhentikannya semasa kecemasan.

Berbeza dengan mesin normal (universal) untuk kegunaan mereka yang cenderung tangan kanan, apabila ditugaskan kepada pengguna yang cenderung tangan kiri, mereka tiada masalah (masih boleh) untuk mengendalikannya.

Semasa temuduga, ujian Buta Warna adalah antara ujian yang mesti dilakukan untuk pengendali-pengendali mesin ini. Adakah syarikat anda mengenalpasti sama ada bakal pekerja cenderung tangan kiri?

http://oshthejourney.blogspot.com/


FAKTA MENGENAI ORANG KIDAL | Kemahiran menggunakan tangan kiri adalah kemahiran yang biasa namun tidak semua manusia mampu menggunakan tangan kiri mereka untuk melakukan kerja-kerja seni. Berikut adalah beberapa fakta mengenai orang tangan kiri.

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)


17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

No comments: