Thursday, November 20, 2014

Bagaimanakah saya nak memulakan tugas sebagai SHO?

Bagaimanakah saya nak memulakan tugas sebagai SHO?

Inilah soalan yang kerap ditanya kepada saya kebelakangan ini. Terutama dari mereka yang “fresh” dalam bidang SHO. Dalam ertikata lain baru mula hendak bekerja sebagai SHO tanpa pengalaman sebagai SHO ataupun tanpa sebarang pengalaman jenis kerja sebelum ini.

Sewaktu saya ditugaskan sebagai SHO seawal 90an dahulu, kemudahan IT terutama internet hampir tiada! Sumber rujukan adalah bahan bacaan bercetak sahaja selain dari mentor dan kenalan SHO yang lain. Itupun ada seorang EHS Manager sebuah organisasi yang beroperasi di Asia Tenggara pernah “berkira” dengan saya apabila saya meminta untuk mendapatkan gambar-gambar kemalangan dari slide presentation beliau. Masih teringat lagi kata-katanya – ini gambar (slides) saya cari makan! Sedangkan gambar-gambar kemalangan tersebut kemudiannya saya tahu  dia dapat dari DOSH Perak. Ada gambar-gambar tersebut pada bab Injuries dalam gambar posting ini.

Ya, sumber rujukan yang terbaik ialah dari DOSH sendiri. Pelbagai bahan rujukan dan juga gambar-gambar boleh didapati dari DOSH. Lebih-lebih di zaman IT sekarang ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada dua orang bekas majikan saya iaitu En. Jamil Hashim dan En. Rahim Jasmin (Silverstone Taiping) yang memperkenalkan OSH dan SHO ini kepada saya. Banyak ilmu yang saya perolehi dari mereka dan in sya Allah saya akan berkongsi dengan sesiapa yang berhasrat walaupun ada juga benarnya jika saya boleh dianggap sebagai salah seorang “saudagar ilmu”!

Sebagai SHO baru, saya diberikan tempoh “familiarization” untuk mengetahui proses pembuatan dan memahami fungsi jentera. Kemudian saya diminta untuk mengendalikan “Tool Box Meeting” sebelum ditugaskan memberi kursus orientasi kepada pekerja baru. Begitu juga kursus induksi dan refreshing course. Antara topik kursus terawal yang saya kendalikan ialah “Machinery Hazards, Injuries & Machine Guarding “.

Bermula dari menggunakan filem transparencies tulisan tangan dan OHP berlampu, saya “memberanikan diri” untuk memberi kursus. Perkembangan teknologi menyaksikan OHP boleh menayangkan gambar terus dari bahan bercetak tanpa perlu menukarnya (menyalin semula) ke filem transparencies tetapi saiz OHP terlalu besar!. Kini OHP boleh terus disambung ke komputer riba malah ada OHP yang sizenya hanya sebesar tapak tangan. (Saya ada sebuah OHP mini ini tetapi penggunaannya lebih sesuai untuk diskusi meja kecil). Begitu juga dengan gambar yang diambil tidak perlu lagi menunggu untuk cukup satu roll sebelum “dicuci” yang juga mengambil masa berhari-hari pula!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan slide presentation saya yang terawal tersebut. Saya tidak pasti kali ke berapa revision slide presentation ini telah dibuat. Banyak bahan sudah bertukar dengan tambahan bahan rujukan dari internet. Tetapi bahan asal dari era awal 90an iaitu gambar-gambar sebenar pekerja dan peralatan di kilang tayar ini masih saya gunakan. Semua gambar-gambar ini diambil menggunakan kamera berfilem. Saya juga masih menggunakan beberapa gambar kemalangan yang saya dapat ketika itu dari DOSH Perak.

Kalaulah saya masih menyimpan filem transpencies revision pertama tersebut!

Bagaimanapun saya masih menyimpan Buku Tiga Lima yang saya gunakan untuk mencatat proses pembuatan dan memahami fungsi jentera tersebut. Catatan terawal dalam Buku Tiga Lima tersebut ialah di bulan Disember 1989. In sya Allah saya akan post-kan gambar Buku Tiga Lima ini kelak.

http://oshthejourney.blogspot.com/












2 comments:

Unknown said...

Salam tuan, boleh berkongsi slide presentation itu, mmg begitulh yg dilalui bila mula2 involve ngn OSH...... klau ada apa gambar atau info mengenai OSH mohon tuan kongsikan, boleh emailkan ke sini tzar2007@gmail.com

lukmanw@gmail.com said...

Seeloknya perkenalkan diri dahulu.

Dipersilakan berkongsi. Apa yang ada dalam blog/fb saya untuk dikongsi dan dimanfaatkan sebb sayapun berkongsi dari orang lain.

Tidak perlu minta izin. Tiada copy right