Sunday, July 31, 2011

NRG-SHE - Majlis Berbuka Puasa 2011 Bersama Anak2 Yatim Gemilang, Sik Kedah





NRG-SHE - Majlis Berbuka Puasa 2011 Bersama Anak2 Yatim Gemilang, Sik Kedah

Tarikh : 13 OGOS 2011 / 05.00pm / Sabtu
Lokasi : Rumah Anak2 Yatim Gemilang, Sik Kedah Darul Aman
Pendaftaran : Di Buka Sekarang Sehingga 11 OGOS 2011

Sumbangan Ikhlas : Yang ingin berbuat demikian; Sila Hubungi PIC di Bawah

Untuk Urusan Sumbangan : Maklumat Selanjutnya; Bolehlah Menghubungi :
En. Anuar : 019-443 8339 (anuarsaidin@gmail.com)
En. Zubir : 017-467 5687 (zusyami@hotmail.com)
En. Aladdin : 019-417 9673 (aladdinosama@gmail.com)

Terima Kasih & Salam 1 Malaysia
AHLI JAWATANKUASA (AJK) NRG-SHE

Pada masa yang sama, NGO Warga Kilang akan mengadakan Program Tahunan Jalan-jalan Masuk Kampung JJMK Menjelang Aidilftri pada 20 Ogos 2011 Sabtu di Perkampungan Belantik, Gulau, dan Nami di Daerah Sik. Keterangan lanjut
klik di sini.

Ada kesedaran OSH di Pasar Ramadhan di Kamunting




Ada kesedaran OSH di Pasar Ramadhan di Kamunting

Rasa bangga apabila melihatkan khemah-khemah Pasar Ramadhan tahun ini di Kamunting (tapak letak kereta Medan Kamunting) dipasangkan lengkap dengan jerucuk ditanam (bolted) dan penggunaan bolt dan nut yang sesuai (tidak menjulur keluar).

Lebih membanggakan saya lagi apabila mengetahui khemah-khemah ini dipasang oleh syarikat Pak Harun (aruah) yang telah saya kenali sekian lamanya. Sekarang ini perniagaan aruah dikendalikan oleh kedua-dua anak lelakinya. Semasa saya bekerja di Silverstone Kamunting dahulu (1990-2004), sering juga saya berurusan dengan syarikat Pak Harun ini untuk penyewaan khemah bagi aktivit-aktiviti syarikat.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, July 28, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Majlis Dialog SHO & DOSH Penang


Majlis Dialog SHO & DOSH Penang

Petang semalam berlangsungnya Majlis Dialog Bersama Semua Pengamal -Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan JKKP / DOSH PULAU PINANG di Saujana Lounge, Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran NRG SHE.

Majlis bermula jam 2.30 pm dan berakhir 5.30 pm dengan Hi Tea di Bayu Terrace, Penang Golf Resort Bertam.

Kehadiran Pengarah DOSH Pulau Pinang; En. Mohamad Anuar bin Embi dan Timbalan Pengarah Socso Pulau Pinang; En. Mansor Abdul Manaf berjaya memberi maklum balas kepada lebih 30 peserta yang hadir. Antara yang ditimbulkan oleh peserta ialah;

Peserta 1
(i) Pendaftaran Site Safety Supervisor atau SSS (mengikut Panduan Pendaftaran 2011) akan berkuasa 1 Januari 2011 tetapi setakat ini hanya ada satu Training Provider dan bertempat di KLIA. Kursus selama 10 hari ini hanya dijalankan 2 hari di hujung minggu selama 10 hari dan tidak ekonomikal untuk mereka yang tinggal di Utara menghadirinya.

(ii) Penjelasan juga diminta mengenai SSS (Yellow Book) ini –
a. Adakahnya ia jawatan sepenuh masa kerana di dalam Bowec 1986 disebut Part Time SSS manakala dalam Panduan Pendaftaran 2011 hanya disebut SSS.
b. Adakah ia tertakluk kepada Main Contractor sektor pembinaan bawah RM20 juta?
c. Bagaimana dengan pendaftaran Part Time Contractor Safety Supervisor (CSS) untuk Sub Contractor (> 20 pekerja) kerana tidak disebut dalam panduan ini?

Pengarah DOSH
(i) Masalah hanya satu Training Provider ini sedia maklum oleh DOSH malah KP sendiri. Tindakan akan diambil. Pengarah mengesyorkan NRG SHE atau Training Provider yang lain mengambil peluang ini mendaftar dan membuka Training Provider SSS di Utara.

(ii) Penjelasan Panduan Pendaftaran 2011 ini akan dilakukan melalui satu bengkel khas.

Peserta 2
(i) Penyediaan checklist dokumen/bukti yang diperlukan berkaitan penyiasatan kemalangan
(ii) Bantuan/sokongan Socso untuk aktiviti OSH

Pengarah DOSH
(i) Agak sukar untuk disediakan satu checklist kerana dokumen/bukti penyiasatan yang diperlukan bergantung pada jenis kemalangan. Sebagai contoh kemalangan berkaitan jentera, dokumen yang diperlukan ialah SOP dan manual jentera. Manakala kemalangan Confined Space memerlukan dokumen berkaitan Permit To Work dan Authorized Gas Tester.

Timbalan Pengarah Socso
(ii) Pihak Socso Negeri sentiasa memberi sokongan dan bantuan kursus dan ceramah untuk aktiviti OSH. Bagaimanapun untuk permohonan dana ia nya diuruskan oleh ibu pejabat dan Socso Negeri boleh membantu.

Peserta 3
Masalah tuntutan pampasan penyakit kesihatan seperti Ergonomik, Hearing Impairment dan lain-lain kepada industri yang berusia lebih 10 tahun. Adakah perlu dilaporkan melalui JKKP7?

Timbalan Pengarah Socso
Jika penyakit kesihatan tersebut masih dalam senarai boleh dituntut, pihak Socso akan memprosesnya.

Pengarah DOSH
Semua penyakit kesihatan mesti dilaporkan melalui JKKP7.

Peserta 4
(i) Tempoh tamat penyiasatan kemalangan
(ii) Peruntukan tempoh masa untuk penggantungan jentera / penambahbaikan jentera.

Pengarah DOSH
(i) Tiada tempoh tamat penyiasatan. Malah penyiasatan boleh dibuka semula jika ada bukti atau dokumen baru berkaitan.
(ii) Peruntukan tempoh masa ini bergantung pada selesainya penambahbaikan yang telah dilakukan. Pada masa yang sama Pengarah turut menjelaskan kuasa-kuasa yang dimiliki Pegawai DOSH.

Peserta 5
Peranan dan kesungguhan DOSH dalam pelaksanaan OSH di sektor awam.

Pengarah DOSH
Di Pulau Pinang DOSH telah aktif menjalankan pelaksanaan OSH di sektor awam sebagai contoh di IPT dan sekolah. Pendekatan yang sama di sektor industri diamalkan juga di sektor awam.

Peserta 6
(i) Masalah kewangan untuk menjalankan aktiviti OSH
(ii) Tiada pengiktirafan kepada Safety Committee (No value added)

Pengarah DOSH
DOSH boleh membantu dengan menasihati pihak pengurusan menyediakan budget khas untuk aktiviti OSH.

DOSH boleh membantu dengan mengadakan penjumpaan atau dialog khas pihak pengurusan

Peserta 7
Mengapa tiada insentif Kerajaan untuk pembelian PPE?

Pengarah DOSH
Pihak DOSH telah lama berusaha mendapatkan insentif sebegini. Pengarah mencadangkan agar industri memohon lagi melalui persatuan sedia ada.

Untuk makluman, LHDN (Income Tax) memberi insentif pemotongan cukai berganda kepada industri yang membeli peralatan untuk pekerja OKU atau menyediakan/mengubahsuai pasarana untuk OKU.

Dicatat oleh: lukmanw@gmail.com

Untuk Siri Majlis Dialog Bersama Semua Pengamal -Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan JKKP / DOSH ini akan datang bakal diadakan di Ipoh, Perak bersama DOSH Perak. Tarikh (dijangka September/Oktober 2011) dan lokasi akan diumumkan kemudian. Kepada mereka yang berminat untuk menghadirinya boleh memberikan nama, syarikat dan no. telefon untuk dihubungi semula kepada Encik Mohd Yusri Bin Yusoff, 019-417 9673 / aladdinosama@gmail.com


Dari kiri; En. Mansor bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Socso PP, En. Mohamad Anuar bin Embi, Pengarah DOSH PP, En. Zulkiflee Bin Abdul Hamed, Penasihat NRG SHE dan juga moderator dialog dan En. Aliasman Bin Morshidi, Timb. Pengerusi NRG.SHE.merangkap Pengarah Projek Majlis Dialog


En. Mohamad Anuar bin Embi dan En. Zulkiflee Bin Abdul Hamed


En. Mansor bin Abdul Manaf dan En. Mohamad Anuar bin Embi


Antara mereka yang hadir dari pelbagai industri di Pulau Pinang dan juga Kedah


Encik Anuar Bin Saidin, Pengerusi NRG SHE merangkap Pengerusi Majlis


En. Aliasman Bin Morshidi, Timb. Pengerusi NRG.SHE.merangkap Pengarah Projek Majlis Dialog

Tuesday, July 26, 2011

Kesedaran OSH belum ada di Ramadhan ini


Kesedaran OSH belum ada di Ramadhan ini

Sekarang ini di mana-manapun di ceruk pelusuk tanah air ini, khemah-khemah Bazar Ramadhan sedang pesat didirikan. Ianya seolah-olah membiak pantas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Petang tadi kebetulan saya ada di Bertam, saya ternampak deretan khemah berhampiran rumah kedai di Bertam Perdana. Kesemuannya ada 80 khemah, menurut pekerja yang sedang membuat pendawaian sistem lampu dan soket kuasa.

Adakah pendawaian sistem lampu dan soket kuasa yang terdedah kepada luaran ini selamat digunakan ketika hari hujan? Selamat tiang-tiang khemah yang tidak ditanam pelapiknya jika dilanda angin kuat atau ribut? Jika diteliti pada tapak pelapiknya memang tersedia lubang untuk ditanam jerucuk (bolted). Kesemua penyambung tiangnya pula masih menggunakan paku atau dawai yang mencerucuk keluar yang boleh membahayakan pelanggan malah peniaga sendiri.

Selamatkah khemah bazar Ramadhan kali ini? Selamatkah peniaga dan pelanggan yang berada di khemah-khemah Bazar Ramadhan ini?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/











Sunday, July 24, 2011

Thursday, July 21, 2011

Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan


Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan

Ada 2 perkara yang amat saya kesali kalau makan di gerai. Pertama peniaganya meletakkan Tisu Tandas di atas meja makan sama ada dalam bekas khas ataupun segulung tanpa bekas. Kedua ialah peniaganya menggunakan satu tuala kecil (kain buruk?) untuk semua jenis kerja bermula dengan mengelap meja yang bersisa makanan kemudiannya tuala yang sama digunakan mengelap pinggan atau mangkuk (mengeringkan) dan seterusnya ada yang menggunakannya untuk mengelap peluh!

Perbuatan ini bukan sahaja tidak higen malah menjijikkan.

Hari ini akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) mengenakan kompaun RM 500.00 terhadap peniaga yang menggunakan Tisu Tandas ini untuk pelanggan mengelap tangan dan mulut akan dianggap melanggar peraturan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan.

Saya berharap langkah ini dicontohi dan dituruti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

Ingat, Tisu Tandas tempatnya di dalam tandas dan bukan di atas meja makan atau kaunter pembayaran.

Seterusnya PBT juga perlu memastikan penggunaan Tuala Kecil yang khusus untuk kerja-kerja mengelap meja, mengelap (mengeringkan) pinggan mangkuk dan kegunaan peribadi (mengelap peluh dan sebagainya).

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Hazad dan Risiko Pasar Malam (juga Bazar Ramadhan)



Hazad dan Risiko Pasar Malam (juga Bazar Ramadhan)

Rujuk posting sebelum ini
di sini dan di sini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Bukan kecualikan tapi ketatkan lagi lesen perniagaan dengan ciri keselamatan dan kesihatan


Bukan kecualikan tapi ketatkan lagi lesen perniagaan dengan ciri keselamatan dan kesihatan

Tidak dinafikan ramai peniaga terutama “peniaga segera” yang berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang mengecualikan lesen perniagaan Bazar Ramadhan di tahun ini. Khabarnya akan melibatkan 5,000 peniaga dan akan memberi kesan pengurangan pendapatan 15 Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM800,000.00.

Secara peribadi, saya lebih suka menyambut Ramadhan dari menyambut Syawal. Bagaimanapun sebagai pengamal OSH kedatangan Ramadhan membimbangkan saya terhadap“perniagaan segera” Bazar Ramadhan ini.

Setiap tahun saya membuat beberapa posting mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan Bazar Ramadhan. Boleh rujuk di sini dan di sini.

Saranan ikhlas saya, Kerajaan Negeri Perak sepatutnya bukan mengecualikan bayaran (mungkin boleh mengenakan dengan bayaran minimum sebagai bayaran komitmen) tetapi mengetatkan lagi pengeluaran lesen ini terutama kepada mereka yang pertama kali atau tidak pernah berniaga sebelum ini.

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga-peniaga ini ialah;

Dari segi keselamatan;

1. Tiang khemah hendaklah dikukuhkan dengan menanam cerucuk (bolted) pada pelapik tiang.
2. Pastikan tiada paku atau penyambung tiang yang tertonjol keluar dan membahayakan
3. Penggunaan peralatan elektrik (lampu dan kipas) mestilah menggunakan dawai elektrik mempunyai penebat khusus (heavy duty insulator) dan juga kotak suis kalis air.
3. Penggunaan peralatan memasak (dapur, kuali dan periuk) hendak disusun-atur bukan ditepi laluan pejalan pelanggan

Dari segi kesihatan;

1. Semua peniaga dan pembantu jualan yang terlibat (bukan pemegang lesen sahaja) mesti mendapatkan suntikan Typhim VI (typhoid)
2. Kebersihan diri seperti rambut, tangan dan kuku
3. Etika pakaian seperti penutup rambut dan apron
4. Penetapan tempoh masa penyediaan makanan bermasak – tidak boleh terlalu awal
5. Makanan terhidang bertutup dan mempunyai penyepit atau penyeduk khusus.
6. Tong sampah untuk sisa mestilah bertutup

Di atas hanyalah sebahagian saranan. Ada banyak lagi seperti yang telah dipraktikkan oleh kebanyakan PBT.

Jika ada peniaga yang enggan atau engkar syarat-syarat ini, tindakan yang berat perlu diambil oleh PBT.

Saya berharap di tahun ini dan tahun-tahun mendatang, tidak akan akan berulang lagi peristiwa 2 orang peniaga maut, seorang parah dan 18 orang lagi termasuk pelanggan cedera di tapak Bazar Ramadhan Stadium Jasin pada 14 Ogos 2010. Berita lanjut di sini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, July 20, 2011

Doa - hierarchy of control


Doa - hierarchy of control
Kepada kebanyakan pengamal OSH, Hierarchies of Control sama ada 6 hierarchies umum (Elimination, Substitution, Isolation, Engineering Control, Admin Control & PPE), atau 3 hierarchies khusus (Engineering Control, Admin Control & PPE) ataupun 4 hierarchies "modern approach" (Avoid, Reduce, Accept & Transfer), adalah satu amalan harian mereka semasa menjalankan tugas.

Sebenarnya di samping pelbagai hierarchies ini, terdapat satu lagi hierarchy sama ada didahulukan atau diakhirkan selepas hierarchy lain diamalkan. Hierarchy tersebut adalah DOA.

Saya tertarik dengan DOA KESELAMATAN yang kerap dibaca di majlis-majlis anjuran atau dikendalikan oleh PERKESESO (SOCSO) kebelakangan ini. Saya siarkan doa tersebut untuk kebaikan bersama. Saya berharap pihak PERKESO tiada halangan untuk doa ini dikongsi oleh orang ramai sama ada menggunakan teks asal ataupun dibuat pindaan untuk kesesuaian majlis.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Untuk mendapatkan salinan doa ini dalam format word, sila email kepada: lukmanw@gmail.com


Sunday, July 17, 2011

Cadangan penambahbaikan untuk Pihak Bertanggungjawab Dewan Milenium Kepala Batas


Cadangan penambahbaikan untuk Pihak Bertanggungjawab Dewan Milenium Kepala Batas

Semasa menghadiri Festival Video OSH Pulau Pinang anjuran DOSH Pulau Pinang sempena Minggu OSH Kebangsaan 2011 di Dewan Milenium Kepala Batas, sebagai pengamal OSH saya terpanggil untuk mencadangkan dua penambahbaikan berikut.

Pertama – anak tangga untuk naik ke pentas terlalu pendek kelebarannya. Kalau tak salah tekaan saya kelebarannya hanya sekitar 7 inci dan ini boleh membahayakan terutama mereka yang bertapak kaki besar.

Jika mengikut UBBL 1984 (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam). Bhg. VI 106. Dimensi Tangga, (1)- Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter (10 in) dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.

Kedua – taklimat keselamatan oleh pegawai bertugas Dewan Milenium Kepala Batas. Sewajarnya taklimat keselamatan diadakan seawal acara. Kemungkinan taklimat keselamatan lewat diadakan semasa festival ini iaitu hanya selepas slot pertama video ditayangkan (setiap slot terdapat 5 video) kerana menunggu ketibaan tetamu kehormat. Sepatutnya dicontohi sebagaimana Seminar Pencegahan Kemalangan Socso yang diadakan di PWTC pada bulan Mei 2011 dahulu. Pegawai Bertugas PWTC mengadakan 2 kali taklimat keselamatan di mana taklimat pertama semasa seminar bermula awal pagi. Manakala taklimat kedua diadakan sekali lagi semasa Menteri Sumber Manusia hadir untuk merasmikan majlis pada sebelah tengah hari.

Syor saya ialah adakan hanya sekali taklimat keselamatan kepada semua penghujung pada seawal pagi majlis bermula. Manakala jika ada tetamu kehormat, pegawai bertugas hanya mengadakan taklimat khusus kepada tetamu kehormat ini sebelum beliau (tetamu kehormat ini) memasuki dewan.

Jika perlu juga diadakan taklimat kepada tetamu kehormat ini di hadapan penghujung, taklimat awal pagi atau awal majlis mesti diadakan dan taklimat kedua diadakan dengan dinyatakan bukan sahaja untuk tetamu kehormat tetapi juga kepada manfaat kepada penghujung lain yang baru sampai atau baru sahaja memasuki dewan.

Taklimat kedua sebegini (untuk manfaat penghujung yang baru sampai) disyorkan juga diadakan selepas waktu rehat makan tengah hari.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Festival Video OSH Pulau Pinang


Video Terbaik dimenangi oleh PBA Pulau Pinang (Penerbit Hjh Mariam Abd Kadir)

Pengarah Terbaik dimenangi oleh Ir Jamil Mohd Noor, PBA Pulau Pinang

Mesej Terbaik dimenangi oleh TNB Gelugor

Festival Video OSH Pulau Pinang

Pada 12 Julai 2011 bertempat di Dewan Milenium Kepala Batas telah diadakan Festival Video OSH Pulau Pinang anjuran DOSH Pulau Pinang sempena Minggu OSH Kebangsaan 2011.

Sebanyak 19 buah organisasi di Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan di Malaysia ini. Walaupun tidak mempunyai kepakaran sebagai penerbit filem, rata-rata video yang ditandingkan mencapai matlamat pertandingan iaitu untuk menghasilkan video yang bertemakan OSH di tempat kerja.

Video terbaik dimenangi oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang di samping Pengarah Terbaik dan juga Sound Effect Terbaik. Manakala Mesej Terbaik dimenangi oleh TNB Gelugor. Pelakon Terbaik dimenangi oleh watak utama dalam Video Western Digital.

Pada hari yang sama turut diadakan penyampaian hadiah kepada Pemenang Banner OSH Terbaik yang dimenangi oleh Osram Opto Semiconductor.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga syabas kepada penganjur iaitu DOSH Pulau Pinang. Festival video sebegini merupakan satu kelainan jika dibandingkan sebelum ini Minggu OSH Kebangsaan lebih menumpukan kepada seminar dan pameran. Di samping mengorak langkah membanggakan ini, DOSH Pulau Pinang juga turut melancarkan video OSH mereka sendiri.

En. Mohamad Anuar bin Embi, Pengarah DOSH Pulau Pinang dalam ucapan perasmian memaklumkan kesemua video OSH yang dipertandingkan akan diedarkan kepada semua industri di Pulau Pinang supaya boleh dikongsi oleh semua pekerja. Beliau turut meminta agar video ini dimanfaatkan tayangannya di dalam bas kilang. Untuk sementara waktu sebelum video siap dicetak, En. Mohamad Anuar juga mempelawa sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya secara muat turun dari kaunter pejabat DOSH di Kompleks Sempilai, Prai.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota. Untuk memuat turunkan kesemua 19 video OSH dan juga 1 video OSH DOSH Pulau Pinang memerlukan thumb drive atau external hard disk yang masih mempunyai ruang kapasiti 4GB.

Banner OSH Terbaik dimenangi oleh Osram Opto Semiconductor