Sunday, July 17, 2011

Festival Video OSH Pulau Pinang


Video Terbaik dimenangi oleh PBA Pulau Pinang (Penerbit Hjh Mariam Abd Kadir)

Pengarah Terbaik dimenangi oleh Ir Jamil Mohd Noor, PBA Pulau Pinang

Mesej Terbaik dimenangi oleh TNB Gelugor

Festival Video OSH Pulau Pinang

Pada 12 Julai 2011 bertempat di Dewan Milenium Kepala Batas telah diadakan Festival Video OSH Pulau Pinang anjuran DOSH Pulau Pinang sempena Minggu OSH Kebangsaan 2011.

Sebanyak 19 buah organisasi di Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan di Malaysia ini. Walaupun tidak mempunyai kepakaran sebagai penerbit filem, rata-rata video yang ditandingkan mencapai matlamat pertandingan iaitu untuk menghasilkan video yang bertemakan OSH di tempat kerja.

Video terbaik dimenangi oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang di samping Pengarah Terbaik dan juga Sound Effect Terbaik. Manakala Mesej Terbaik dimenangi oleh TNB Gelugor. Pelakon Terbaik dimenangi oleh watak utama dalam Video Western Digital.

Pada hari yang sama turut diadakan penyampaian hadiah kepada Pemenang Banner OSH Terbaik yang dimenangi oleh Osram Opto Semiconductor.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga syabas kepada penganjur iaitu DOSH Pulau Pinang. Festival video sebegini merupakan satu kelainan jika dibandingkan sebelum ini Minggu OSH Kebangsaan lebih menumpukan kepada seminar dan pameran. Di samping mengorak langkah membanggakan ini, DOSH Pulau Pinang juga turut melancarkan video OSH mereka sendiri.

En. Mohamad Anuar bin Embi, Pengarah DOSH Pulau Pinang dalam ucapan perasmian memaklumkan kesemua video OSH yang dipertandingkan akan diedarkan kepada semua industri di Pulau Pinang supaya boleh dikongsi oleh semua pekerja. Beliau turut meminta agar video ini dimanfaatkan tayangannya di dalam bas kilang. Untuk sementara waktu sebelum video siap dicetak, En. Mohamad Anuar juga mempelawa sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya secara muat turun dari kaunter pejabat DOSH di Kompleks Sempilai, Prai.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota. Untuk memuat turunkan kesemua 19 video OSH dan juga 1 video OSH DOSH Pulau Pinang memerlukan thumb drive atau external hard disk yang masih mempunyai ruang kapasiti 4GB.

Banner OSH Terbaik dimenangi oleh Osram Opto Semiconductor
















No comments: