Bukan kecualikan tapi ketatkan lagi lesen perniagaan dengan ciri keselamatan dan kesihatan
Tidak dinafikan ramai peniaga terutama “peniaga segera” yang berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang mengecualikan lesen perniagaan Bazar Ramadhan di tahun ini. Khabarnya akan melibatkan 5,000 peniaga dan akan memberi kesan pengurangan pendapatan 15 Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM800,000.00.
Secara peribadi, saya lebih suka menyambut Ramadhan dari menyambut Syawal. Bagaimanapun sebagai pengamal OSH kedatangan Ramadhan membimbangkan saya terhadap“perniagaan segera” Bazar Ramadhan ini.
Setiap tahun saya membuat beberapa posting mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan Bazar Ramadhan. Boleh rujuk di sini dan di sini.
Saranan ikhlas saya, Kerajaan Negeri Perak sepatutnya bukan mengecualikan bayaran (mungkin boleh mengenakan dengan bayaran minimum sebagai bayaran komitmen) tetapi mengetatkan lagi pengeluaran lesen ini terutama kepada mereka yang pertama kali atau tidak pernah berniaga sebelum ini.
Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga-peniaga ini ialah;
Dari segi keselamatan;
1. Tiang khemah hendaklah dikukuhkan dengan menanam cerucuk (bolted) pada pelapik tiang.
2. Pastikan tiada paku atau penyambung tiang yang tertonjol keluar dan membahayakan
3. Penggunaan peralatan elektrik (lampu dan kipas) mestilah menggunakan dawai elektrik mempunyai penebat khusus (heavy duty insulator) dan juga kotak suis kalis air.
3. Penggunaan peralatan memasak (dapur, kuali dan periuk) hendak disusun-atur bukan ditepi laluan pejalan pelanggan
Dari segi kesihatan;
1. Semua peniaga dan pembantu jualan yang terlibat (bukan pemegang lesen sahaja) mesti mendapatkan suntikan Typhim VI (typhoid)
2. Kebersihan diri seperti rambut, tangan dan kuku
3. Etika pakaian seperti penutup rambut dan apron
4. Penetapan tempoh masa penyediaan makanan bermasak – tidak boleh terlalu awal
5. Makanan terhidang bertutup dan mempunyai penyepit atau penyeduk khusus.
6. Tong sampah untuk sisa mestilah bertutup
Di atas hanyalah sebahagian saranan. Ada banyak lagi seperti yang telah dipraktikkan oleh kebanyakan PBT.
Jika ada peniaga yang enggan atau engkar syarat-syarat ini, tindakan yang berat perlu diambil oleh PBT.
Saya berharap di tahun ini dan tahun-tahun mendatang, tidak akan akan berulang lagi peristiwa 2 orang peniaga maut, seorang parah dan 18 orang lagi termasuk pelanggan cedera di tapak Bazar Ramadhan Stadium Jasin pada 14 Ogos 2010. Berita lanjut di sini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Thursday, July 21, 2011
Bukan kecualikan tapi ketatkan lagi lesen perniagaan dengan ciri keselamatan dan kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment