Sunday, July 31, 2011

Ada kesedaran OSH di Pasar Ramadhan di Kamunting




Ada kesedaran OSH di Pasar Ramadhan di Kamunting

Rasa bangga apabila melihatkan khemah-khemah Pasar Ramadhan tahun ini di Kamunting (tapak letak kereta Medan Kamunting) dipasangkan lengkap dengan jerucuk ditanam (bolted) dan penggunaan bolt dan nut yang sesuai (tidak menjulur keluar).

Lebih membanggakan saya lagi apabila mengetahui khemah-khemah ini dipasang oleh syarikat Pak Harun (aruah) yang telah saya kenali sekian lamanya. Sekarang ini perniagaan aruah dikendalikan oleh kedua-dua anak lelakinya. Semasa saya bekerja di Silverstone Kamunting dahulu (1990-2004), sering juga saya berurusan dengan syarikat Pak Harun ini untuk penyewaan khemah bagi aktivit-aktiviti syarikat.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Media melaporkan ribut kencang di PD pada 30 Jul 2011 Sabtu.

Dilaporkan juga beberapa batang pokok telah tumbang dan ribut turut menerbangkan khemah di upacara Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Pusat Latihan Tentera Darat (Pusasda) di PD.

Bersediakah khemah-khemah Pasar Ramadhan menghadapi suasana begini - ribut atau angin kencang?.

Moga-moga peristiwa 2 orang peniaga maut, seorang parah dan 18 orang lagi termasuk pelanggan cedera di tapak Bazar Ramadhan Stadium Jasin pada 14 Ogos 2010.