Sunday, July 17, 2011

Cadangan penambahbaikan untuk Pihak Bertanggungjawab Dewan Milenium Kepala Batas


Cadangan penambahbaikan untuk Pihak Bertanggungjawab Dewan Milenium Kepala Batas

Semasa menghadiri Festival Video OSH Pulau Pinang anjuran DOSH Pulau Pinang sempena Minggu OSH Kebangsaan 2011 di Dewan Milenium Kepala Batas, sebagai pengamal OSH saya terpanggil untuk mencadangkan dua penambahbaikan berikut.

Pertama – anak tangga untuk naik ke pentas terlalu pendek kelebarannya. Kalau tak salah tekaan saya kelebarannya hanya sekitar 7 inci dan ini boleh membahayakan terutama mereka yang bertapak kaki besar.

Jika mengikut UBBL 1984 (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam). Bhg. VI 106. Dimensi Tangga, (1)- Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter (10 in) dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.

Kedua – taklimat keselamatan oleh pegawai bertugas Dewan Milenium Kepala Batas. Sewajarnya taklimat keselamatan diadakan seawal acara. Kemungkinan taklimat keselamatan lewat diadakan semasa festival ini iaitu hanya selepas slot pertama video ditayangkan (setiap slot terdapat 5 video) kerana menunggu ketibaan tetamu kehormat. Sepatutnya dicontohi sebagaimana Seminar Pencegahan Kemalangan Socso yang diadakan di PWTC pada bulan Mei 2011 dahulu. Pegawai Bertugas PWTC mengadakan 2 kali taklimat keselamatan di mana taklimat pertama semasa seminar bermula awal pagi. Manakala taklimat kedua diadakan sekali lagi semasa Menteri Sumber Manusia hadir untuk merasmikan majlis pada sebelah tengah hari.

Syor saya ialah adakan hanya sekali taklimat keselamatan kepada semua penghujung pada seawal pagi majlis bermula. Manakala jika ada tetamu kehormat, pegawai bertugas hanya mengadakan taklimat khusus kepada tetamu kehormat ini sebelum beliau (tetamu kehormat ini) memasuki dewan.

Jika perlu juga diadakan taklimat kepada tetamu kehormat ini di hadapan penghujung, taklimat awal pagi atau awal majlis mesti diadakan dan taklimat kedua diadakan dengan dinyatakan bukan sahaja untuk tetamu kehormat tetapi juga kepada manfaat kepada penghujung lain yang baru sampai atau baru sahaja memasuki dewan.

Taklimat kedua sebegini (untuk manfaat penghujung yang baru sampai) disyorkan juga diadakan selepas waktu rehat makan tengah hari.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: