Saturday, October 27, 2012

Pelan Tindakan Kecemasan – MAS (atau MAB) tidak bersedia?


Pelan Tindakan Kecemasan – MAS (atau MAB) tidak bersedia?

Saya mengikuti Buletin Utama TV3 sebentar tadi yang melaporkan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Cho Ha, meminta MAS (MAB?) bersedia dengan Pelan Tindakan Kecemasan di masa hadapan ekoran terjadinya kegagalan lampu landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tidak berfungsi semenjak petang Klhamis 25 Oktober 2012.

Laporan berita juga memaklumkan punca yang dikenalpasti ialah kegagalan pendawaian lama dan bantuan sokongan dari Lapangan Terbang Subang lewat akibat cuaca buruk.

Saya berharap MAB sudah bersedia dengan Pelan Tindakan Kecemasan dan apa yang dimaksudkan oleh Menteri ialah penambahbaikan kepada pelan sedia ada tersebut (seperti laporan Bernama di bawah). Jika seperti yang dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 seolah-olah pelan tersebut belum wujud lagi!

Saya pernah terkandas seharian pada 1 Ogos 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini. Penerbangan ke KLIA yang dijadualkan seawal pagi ditangguhkan beberapa kali sehingga ke lewat petang. Boleh rujuk posting di sini.

Pada 23 November 2009 pula di Ruang Berlepas Pintu B07 Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, saya terpaksa campur-tangan membantu seorang pelancong luar negara yang tiba-tiba jatuh separa-pengsan sedangkan kakitangan MAS (MAB?) yang ada di sekitar situ seolah-olah tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Rujuk posting di sini.

Kini setelah tiga tahun, Menteri pula terpaksa mengingatkan!

Pelan Tindakan Kecemasan – MAS (atau MAB) tidak bersedia?

lukmanw@gmail.com


Minister orders probe into KK airport runway blackout

October 27, 2012

PUTRAJAYA, Oct 27 — Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha has called for an investigation into the runway blackout at Kota Kinabalu International Airport (KKIA) on Thursday that forced the cancellation of flights and left many passengers stranded.

Kong (picture) said no one would be spared in the probe and warned of stern action against the “careless party”, whether they were individuals, the local authorities or the airport operator.

“If there are elements of sabotage in the outcome of the investigation, then a police report will be made and the case will then be handled by the police,” he said in a statement here today.

Kong said he was extremely upset with the whole situation that had caused a lot of uneasiness and anger among passengers who had planned their long weekend to celebrate Aidiladha with their families and loved ones.

The minister also urged the airport operator to ensure that the Emergency Response Plan (ERP) was in place to avert any repeat occurrence.

KKIA was closed on Thursday night after the runway lights malfunctioned, forcing several incoming and outgoing flights to be cancelled or rescheduled and leaving many passengers stranded. — Bernama

Kejadian nyaris hampir jika tidak diedahkan akan menjadi kemalangan





Kejadian nyaris hampir jika tidak diedahkan akan menjadi kemalangan


Frank Bird (1980), seorang pakar insuran dalam kajiannya berjumlah 1,700,00 kemalangan yang menerbitkan kadar kemalangan yang terkenal dengan Segitiga Kemalangan Bird yang mendapati setiap 600 kemalangan nyaris hampir boleh mengakibatkan 30 kemalangan kepada kerosakan harta, 10 kemalangan kecederaan ringan dan satu kemalangan serius (fatal).

Gambar di atas yang saya ambil minggu lepas adalah di lokasi Klinik Kesihatan Taiping di Tupai. Penyediaan tv di beberapa ruang menunggu pesakit adalah amat dialu-alukan. Sekurang-kurangnya mapu menghilangkang rasa bosan menunggu dan berupaya mengurangkan ketegangan (stress) penghujung.

Bagaimanapun hampir kesemua tv di Pusat Kesihatan Taiping ini dipasang di antara laluan penjalan kaki dan ketinggiannya hampir mencecah kepala manusia. Malah saya sendiri terpaksa berjalan menunduk ketika melalui di antara ruang penjalan kaki ini.

Saya tidak pasti sama ada pernah berlaku kemalangan penghujung atau pekerja sendiri terhantuk tv ini. Harap pihak pengurusan Pusat Kesihatan Taiping mengambil tindakan mengubah ketinggian pemasangan tv ini atau mengubahnya dari lokasi antara ruang penjalan kaki.

http://oshthejourney.blogspot.com

Wednesday, October 24, 2012

Ingat-mengingati

Ingat-mengingati

Email dari Penolong Pendaftar Kanan di jabatan saya yang diterima sebentar tadi. Peranan Penolong Pendaftar Kanan seumpama Pengurus Pentadbiran dan Pejabat.

Email ini meningatkan saya kepada mantan CEO saya di Tasek Cement dahulu, Mr. Tan Keng Meng di mana setiap petang sebelum hari Cuti Perayaan, beliau sering mengingatkan semua pekerja mengenai perkara yang sama serta menasihati agar sentiasa waspada di atas jalan raya semasa bercuti atau balik kampong. Rujuk posting saya sebelum ini di sini.

Terima kasih Dr. Shukor.

lukmanw@gmail.com

Assalamualaikum and Good Day,

Selamat Menyambut Eidul Adha 1433H

School of Business Management would like to wish all the staff a safe and peaceful holiday of Edul Adha 1433. To keep this holiday restful and safe, before you leave, please make sure that:

• all electrical devices are switched off and unplug;
• all doors and windows to the rooms are locked; and
• all valuable items are removed from offices/rooms. However, if this is not possible, please keep your valuables out of sight or lock them away in secure locations..

Should you have any query please contact 04-9283333 for assistance.

Thank you

Dr. Abdul Shukor Shamsudin
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan
Tel: 04-9287106

Tuesday, October 23, 2012

Bengkel Bergerak PLUS

Adakah perkhidmatan turut ditawarkan kepada motosikal yang bermasalah?

Keseriusan terhadap sukan permotoran perlu seimbang dengan keutamaan keselamatan

Keseriusan terhadap sukan permotoran perlu seimbang dengan keutamaan keselamatan


Radio seawal pagi hari ini melaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan memberi perhatian lebih serius terhadap sukan permotoran berikutan kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin Abdullah yang masing-masing meraih kecemerlangan dalam kejohanan GP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang Ahad lepas.


Saya pasti berita ini disambut baik oleh semua peminat sukan permotoran terutamanya pelumba dan juga penganjur.


Bagaimanapun KBS perlu memainkan peranan penting untuk memastikan sukan permotoran terutama yang dianjurkan oleh penganjur tempatan supaya mementingkan aspek-aspek keselamatan semasa menganjurkan sukan permotoran ini. Bukanlah bermakna penganjur luar terkecuali dari saranan ini. Biasanya kalau penganjur luar seperti acara F1 yang dikawaselia oleh FIA dan MotoGP yang dikawaselia oleh FIM serta dibantu oleh badan pemotoran Malaysia iaitu AAM, aspek-aspek keselamatan ini memang menjadi agenda utama. Penganjur-penganjur tempatan yang bernaung di bawah AAM juga tidak terkecuali dengan syarat-syarat peraturan keselamatan sebegini.


Terdapat sebilangan kecil penganjur tempatan malah juga penganjur luar yang terlepas pandang aspek-aspek keselamatan yang bukan sahaja meliputi keselamatan peserta dan pegawai perlumbaan tetapi juga termasuk penonton yang hadir.


AAM sebagai badan permotoran Malaysia boleh dirujuk untuk aspek-aspek keselamatan semasa acara dilangsungkan. Manakala NIOSH juga boleh dirujuk untuk mengenalpasti hazard-hazard dan risiko (HIRARC) secara bersistematik sebelum, semasa dan selepas acara dilangsungkan.


Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini telah berlaku berulang kembali seperti semasa acara pecut (drag race) sempena Himpunan Belia di Putrajaya baru-baru ini.


Kebetulan sehari sebelum bermulanya MotoGP di Sepang minggu lepas, saya berpeluang berhubung dengan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan. Kepada beliau saya menyarankan apa yang ditulis dalam posting ini. Manakala hari ini saya berpeluang berhubung dengan bekas pelajar saya yang kini bertugas sebagai pegawai penyelidik di Parlimen. Sama juga saranan saya kepada beliau, jika berkesempatan agar mengetengahkan isu keselamatan dalam sukan permotoran ini di peringkat Parlimen.


lukmanw@gmail.com



KBS BERI PERHATIAN SERIUS TERHADAP SUKAN PERMOTORAN

MStar Selasa Oktober 23, 2012

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan akan memberi perhatian lebih serius terhadap sukan permotoran berikutan kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin Abdullah yang masing-masing meraih kecemerlangan dalam kejohanan GP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang Ahad.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan bercakap mengenai kejayaan itu di peringkat yang lebih tinggi agar sukan permotoran diberi perhatian yang lebih serius.

"Kejayaan dan kehebatan Zulfahmi mencipta sejarah saya kira bukan sahaja anak Malaysia yang pertama berada di mana-mana podium bagi perlumbaan GP Motor Sport di peringkat antarabangsa, tetapi ia merupakan anak Asia Tenggara yang pertama mampu berbuat demikian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata, kejayaan itu telah memberi satu tahap keyakinan baru kepada anak-panak muda, di mana dahulu kita amat gerun dengan keupayaan pelumba dari Sepanyol, Jerman kerana mereka adalah negara yang mempunyai tradisi sukan permotoran.

Ahmad juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 21 negara kerana sekali lagi memberi keyakinan yang negara mempunyai pelapis yang baik dengan memenangi Piala Surat Khabar Vietnam semalam.

"Di peringkat Senior dulu kita kalah dengan Vietnam. Kejayaan ini menunjukkan keadaan yang lebih baik dan ia menunjukkan Malaysia merupakan gergasi bola sepak yang mesti dihormati sekurang-kurangnya di peringkat Asia Tenggara," katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang mengungguli kejohanan badminton terbuka Denmark kali ini. - BERNAMA

Monday, October 22, 2012

OSH Observer di M’sian MotoGP 19-21 Oct 2012




OSH Observer di M’sian MotoGP 19-21 Oct 2012

Sebelum ini, semenjak dari pertengahan tahun 80an lagi, saya akan hadir di acara-acara motorsport sebagai Race Official. Malah kehadiran di Sepang International Circuit SIC ini padas 19-21 Oct 2012 lalu disalah-anggap ramai kenalan saya sebagai “kembalinya” saya ke alam motorsport setelah “berhibernasi” seketika.

Saya disapa oleh Dr. Abdul Malek (AAM Motorsport Manager), En. Rosland Kamruddin (COC Support Race MotoGP), Ms Pauline (Executive TMWR) dan ramai lagi dengan anggapan saya bertugas sebagai Race Official di MotoGP kali ini.

Agak terkejutr mereka apabila dimaklumkan kehadiran saya bukan atas tugas seorang Race Official tetapi sebaliknya sebagai seorang OSH Observer!
Secara amnya SIC sebagai penyedia lokasi MotoGP dan Dorna sebagai promoter acara MotoGP telah meletakkan satu standard yang tinggi dalam motorsport berdasarkan peraturan ketetapan dari badan induk FIM dengan OSH juga adalah emelen-elemen yang dmestikan.

Bagaimanapun masih terdapat ruang-ruang untuk penambahbaikan (room for improvement) terutama kehadiran saya sebagai OSH Obeserver lebih kepada penumpuan keselamatan dan kesihatan pengunjung litar ini.

Saya hanya akan berkongsi ruang-ruang untuk penambahbaikan ini di dalam blog OTJ ini setelah memaklumkannya kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan SIC. Apapun kebanyakan ruang-ruang untuk penambahbaikan itu telah kerap saya sentuh di dalam posting-posting saya sebelum ini berdasarkan kunjungan saya di beberapa acara luar (outdoor) sama ada motorsport atau bukan motorsport.

lukmanw@gmail.com

*Terima kasih kepada pihak NIOSH Bangi yang mengaturkan kunjungan saya ini.

Syabas Extreme Park Bagan Lalang





Syabas Extreme Park Bagan Lalang

Biasanya di sepanjang perjalanan kami, kalau berkesempatan saya dan anak lelaki saya seorang itu akan singgah tempat-tempat rekreasi terutama yang melibatkan sukan bermotor.

Semasa berlangsungnya MotoGp di Sepang minggu lepas, kami mencuba go-kart di Etreme Park Bagan Lalang berhampiran Gold Coast Resort dan Hotel Sri Malaysia di Bagan Lalang. Sebelum ini kami biasa mencuba go-kart di beberapa trek go-kart termasuklah yang didakwa “international circuit”!

Selain go-karrt Extreme Park ini juga menyediakan pelbagai sukan extreme lain seperti ATV,Offroad Bike, Pinball dan Memanah.

Mulanya agak sangsi saya terhadap pengendali trek go-kart yang terdiri dari pekerja kaunter dan juga marshal di beberapa post di selekoh di dalam trek. Kesemuanya adalah pekerja Bangladesh!

Kesangsian saya adalah silap! Sebelum dibenarkan memulakan pemanduan, seorang pekerja Bangladesh memberi taklimat keselamatan. Marshal berbangsa Bangladesh ini juga sentiasa bersedia memberikan bantuan jika diperlukan.

Selain dari kami mencuba go-kart single seater, terdapat juga mereka yang mencuba go-kart dual-seater sambil membawa anak kecil.

Kami tidak berpeluang mencuba acara sukan extreme lain tetapi kelihatan ramai kakitangan extreme park ini yang lengkap dengan uniform di setiap lokasi acara.

Syabas Extreme Park Bagan Lalang

lukmanw@gmail.com



Monday, October 15, 2012

Seorang lagi kanak-kanak maut dihempap tv


Seorang lagi kanak-kanak maut dihempap tv

Awal Januari 2010 akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Yeo Cyndi, meninggal dunia selepas lebih 14 jam koma akibat dihempap sebuah televisyen di rumahnya di Bandar Putra Kulai Johor. Hari ini seorang lagi kanak-kanak, Halif Hariz Khairil Anuar, dua tahun meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ampang, selepas leher dan kepalanya cedera teruk akibat dihempap tv 29 inci seberat kira-kira 40 kilogram.

Kenapa ibubapa Halif tidak mematuhi arahan pemasangan seperti yang dinyatakan dalam buku panduan (manual) tv tersebut? Rujuk buku panduan di sini.

Rujuk di sini untuk posting lanjut.

lukmanw@gmail.com

Thursday, October 11, 2012

Stesen kereta api Kampar mesra OKU

Stesen kereta api Kampar mesra OKU
Sinar Harian 19 Mei 2012

KAMPAR – Stesen Kereta api Kampar, di sini bakal dinaikkan taraf dengan beberapa kemudahan mesra khusus untuk orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerja-kerja penyelenggaraan yang menelan kos RM2.1 juta itu akan dimulakan Jun ini dan dijangka siap dalam tempoh 10 bulan.

Menurutnya, stesen yang siap dibina pada Mac 2007 itu tidak mempunyai kemudahan mesra OKU menyebabkan permohonan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diterima bagi memberi keselesaan kalangan pengguna OKU.

“Sebelum ini, dasar dan keperluan bagi kemudahan OKU masih belum diguna pakai secara meluas di negara, bagaimanapun kementerian sedia mempertimbangkan sebarang permohonan untuk meningkatkan kemudahan di mana-mana stesen.

“Sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan projek ini, ia dapat memberi persepsi kepada masyarakat antarabangsa bahawa pencapaian kemudahan OKU yang disediakan negara ini setaraf dengan negara maju lain,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan Stesen Keretapi Kampar, semalam.

Selain pembinaan dua unit lif dan lobi lif di platform 1 dan 2, beberapa kemudahan lain iaitu tandas khas, lintas rata untuk OKU berkerusi roda, penyediaan dua unit parkir dan penambahan papan tanda dijangka dapat meningkatkan jumlah pengguna OKU di tren Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Cho ha berkata, bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh, hanya stesen di Ipoh sahaja dibangunkan dengan kemudahan OKU yang lengkap manakala di stesen Kampar, hanya kemudahan minimum disediakan.

Namun kata beliau, pembangunan projek seumpama itu akan memberi ruang lebih luas kepada OKU menikmati kemajuan negara.

Jumpstart - cara yang betul dan selamat

Jumpstart - cara yang betul dan selamat

Posting berkaitan di sini.

http://oshthejourney.blogspot.com

Tuesday, October 9, 2012

Syabas Legoland!

Syabas Legoland!

Harap-harap tiada kesilapan signboard OKU seperti di USS Singapura (rujuk di sini).


Berita penuh

LEGOLAND MESRA OKU
Norshikin Mohd Salleh, Sinar Harian
8 Oktober 2012

JOHOR BAHRU - Taman tema Legoland Malaysia bukan sahaja sebagai lokasi riadah keluarga pertama seumpamanya di Asia, malah ia juga mesra orang kurang upaya (OKU) dengan ciri-ciri kemudahan bertaraf dunia.

Pengurus Veritas Arkitek Sdn Bhd cawangan Johor, Shah Jaffar berkata, kemudahan buat OKU antara yang dititikberat syarikat tersebut yang diberi amanah merekabentuk, menjadi perunding hiasan dalaman dan landskap bagi projek mega RM720 juta itu.

“Kemudahan untuk golongan yang kurang upaya di Legoland ini menjadi penanda aras buat projek pembangunan lain untuk mengaplikasikan kemudahan yang sama seperti yang dibangunkan di sini.

“Hampir dua hingga lima peratus daripada bajet reka bentuk ini difokuskan untuk kemudahan OKU seperti menyediakan laluan pejalan kaki, papan tanda braile, tac tiles, dan pelbagai kemudahan lain.

“Kami amat peka dengan keperluan OKU kerana salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan projek ini juga seorang OKU,” katanya kepada pemberita sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit, di sini, Khamis lalu.

Shah berkata, kejayaan menyediakan kemudahan ‘barrier free’ buat OKU di Legoland juga menjadi rujukan untuk pembangunan dua projek sekolah menengah pendidikan khas yang bakal dibangunkan syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah.

Projek sekolah yang bakal dibina sebelum hujung tahun ini kini di peringkat rekaan pelan dengan nilai pembangunan RM50 juta setiap satu.

“Kita anggarkan dapat memulakan projek sekolah khas ini dalam tempoh terdekat dengan perangkaan pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan di atas tanah tujuh ekar (2.8 hektar).

“Kebanyakan pemaju kurang menitikberatkan soal penyediaan kemudahan OKU kerana mengandaikan ia sesuatu perkara yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi, kerana kelengkapan prasarana bagi golongan itu 10 kali lebih mahal,” katanya.

Shah berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara itu, seramai 25 kanak-kanak kurang upaya dari Taman Sinar Harapan Johor Bahru akan dibawa ke Legoland pada 24 Oktober depan.

“Mereka akan cuba sendiri kemudahan OKU yang disediakan di Legoland sekali gus beri peluang untuk berseronok buat mereka,” katanya.


Seminar Pencegahan Kemalangan Perkeso 2012


Seminar Pencegahan Kemalangan Perkeso 2012

Selain dari berperanan membayar pampasan (compensation), Perkeso atau Socso juga berperanan dalam pemulihan (rehabilation) dan pencegahan (prevention). Bagaimanapun kini Perkeso sudah mengubah pendekatan asal mereka dari (i) pampasan, (ii) pemulihan dan (iii) pencegahan kepada pendekatan, (i) pencegahan, (ii) pemulihan dan (iii) pampasan.

Ada yang menyangka dengan pendekatan baru ini, Perkeso akan mengurangkan bayaran pampasan kepada pencarum yang layak. Sebenarnya tiada pengurangan pampasan, malah kini jumlah nilai pampasan semakin meningkat saban tahun. Sebaliknya dengan memberi keutamaan kepada pendekatan pencegahan, secara langsung dan tidak langsung akan mengurangkan kemalangan.

Usaha giat oleh kerajaan melalui perundangan berkaitan OSH dapat mengurangkan kadar kemalangan industri tetapi kemalangan berulang-alik ke tempat tempat kerja (commuting accident) semakin meningkat setiap ini. Ini amat membimbangkan Perkeso yang bertanggungjawab membayar pampasan kepada pencarum yang terlibat dalam kemalangan beruolang-alik ke tempat kerja ini.

Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha pencegahan telah dilakukan dan berterusan oleh Perkeso. Antara yang terbaru ialah Seminar Pencegahan Kemalangan Perkeso 2012 pada 2 dan 3 Oktober 2012.

Bahan-bahan seminar boleh dimuat-turun di sini.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Monday, October 8, 2012

Papan tanda (signboard) jangan mengelirukan

Papan tanda (signboard) jangan mengelirukan

Pintu ini perlu ditarik atau ditolak? Gambar pada pintu Stesen Minyak Petronas R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah) sebelah Selatan.

lukmanw@gmail.com

Keperluan Review and Revise (Mengkaji dan Menyemak)

Keperluan Review and Revise (Mengkaji dan Menyemak)
Banyak kali katakunci Review and Revise (R&R) ini disebut sama ada di dalam OSHA 1994 Akta 514 ataupun dalam OSH MS (OHSAS18000 dan MS1722).

Dalam Seksyen 16, Polisi OSH, satu di antara lima kata kuncinya adalah “seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula” yang antara lain dimaksudkan ialah mengkaji dan menyemak semula polisi OSH ini.

Review adalah kemestian dan revise adalah menjadi keperluan jika terdapat perubahan (any change).

Biasanya perubahan merujuk kepada dua tahap iaitu tahap pertama jika sampai tempoh matang (due date) yang biasanya menjadi amalan organisasi menetapkannya untuk tempoh setahun. Manakala perubahan yang kedua merujuk kepada apa-apa perubahan berkaitan (i) manusia, (ii) proses, (ii) jentera, (iv) bahan dan (v) perundangan.

Jika dibuat review tetapi tiada revise, perlu ditunjukkan review tersebut telah dibuat dengan penukaran nombor review dan juga tarikh review.

Jika revise dibuat berdasarkan mana-mana dari lima perubahan (seperti di atas), maka perubahan tersebut disyorkan untuk dinyatakan di dalam sejarah revise (revision history) berdasarkan sebab-sebab mengapa perubahan dilakukan.

Walaupun tiada apa-apa perubahan tetapi telah sampai tempoh matangnya, review mesti dibuat.

Review dan revise di atas adalah berkaitan perundangan dan sistem pengurusan. Apa pula kaitannya dengan kehidupan harian? Jika saya tidak bertangguh dengan memilih kriteria important (penting) dari kriteria urgent (segera), sudah pasti saya tidak bermasalah dengan bateri kereta Pesona saya minggu ini. (Keutamaan kriteria important dan urgent ini akan saya sentuh dalam posting lain kelak).

Jika menggunakan analogi matematik, accident (kemalangan) adalah sub kepada incident (kejadian). Di mana nearmiss (nyaris hampir) termasuk di dalam kategori incident. Incident dan accident biasanya tidak terjadi begitu sahaja. Incident dan accident ini akan menunjukkan tanda-tanda awal (termasuk nearmiss) sebelum berlakunya incident dan accident.

Sebagai contoh jika seseorang hendak demam, akan bermula dengan tanda-tanda (simptom-simptom) awal seperti batuk, kering tekak dan sebagainya. Sebelum bateri kereta habis hayatnya, akan ada tanda-tanda awal seperti engine kereta sukar untuk dihidupkan, sistem lampu dan radio kadang-kadang terganggu dan sebagainya. Bateri kereta juga mempunyai hayatnya sendiri. Biasanya untuk bateri kereta sel kering, hayatnya sekitar 24 bulan sahaja, itupun bergantung kepada kekerapan menggunakan sistem nyalaan lampu jika kerap bergerak di waktu malam.

Ini bermakna bateri kereta berdasarkan panduan (syoran) pembuat, ia perlu diganti setiap 24 bulan ataupun jika sudah tanda-tanda awal kemerosotan (wear and tear) hayat bateri ini. Dua minggu lepas saya sudah membayangkan kepada isteri saya, kedua-dua bateri kereta Pesona dan Myvi akan saya tukar minggu ini.

Kedua-dua hayat bateri kereta tersebut sudahpun mencecah 24 bulan, manakala bateri kereta Pesona (yang saya kerap menggunakan untuk berperjalanan awal pagi dan malam) sudahpun menunjukkan tanda-tanda awal kemerosotan hayatnya.

Tetapi niat saya bertangguh disebabkan terikat dengan jadual perjalanan beberapa tugasan yang padat. Minggu lepas selepas menghadiri Dialog Pengamal OSH dengan Pengarah DOSH/DOE dan SOCSO di Infineon Kulim, kereta Pesona saya sukar dihidupkan. Setelah mencubanya tiga kali, kereta Pesona tersebut berjaya dihidupkan. Jika lebih tiga kali tidak dapat dihidupkan, saya akan menggunakan jumpcable dan bantuan dari bateri kereta lain untuk menghidupkannya. Perlu diingatkan jika mencubanya banyak kali boleh merosakan sistem penghidup – ignition starter.

Saya selamat sampai ke Taiping tanpa sebarang masalah. Tetapi keessokannya semasa cuba menghidupkan di awal pagi untuk pergi ke satu tugasan di Prai, kereta Pesona saya langsung tidak boleh dihidupkan. Saya menggunakan Myvi untuk ke Prai dengan hasrat untuk menukar terus bateri kereta Pesona apabila pulang dari Prai petangnya.

Sebelah petangnya saya menghidupkan kereta Pesona menggunakan jumpcable yang disambung ke bateri kereta Myvi. Inilah kali pertama saya menggunakan jumpcable yang sentiasa ada dalam kedua-dua kereta saya untuk digunakan kepada kereta sendiri walaupun sebenarnya sebelum ini saya telah kerap menggunakan untuk membantu pemilik-pemilik kereta lain terutama pelajar-pelajar saya termasuklah bulan lepas di tempat letak kereta Niosh Prai. Setelah membiarkannya engine kereta dihidupkan selama 10 minit, saya terus ke kedai bateri Kamunting untuk menukar bateri baru.

Ramai di antara kita sentiasa membawa dan biasa menggunakan jumpcable ini tetapi ada yang tidak tahu cara yang selamat menggunakannya. Biasanya menjadi amalan kabel positif (warna merah) di terminal bateri yang elok disambungkan ke terminal bateri yang lemah. Begitu juga dengan kabel negatif negatif (warna hitam) di terminal bateri yang elok disambungkan ke terminal bateri yang lemah. Kemudian kereta berbateri elok dihidupkan dahulu dan diikuti dengan kereta yantg berbateri lemah. Memang dengan cara ini kereta yang mengunakan bateri yang lemah boleh dihidupkan. Malah cara inilah yang saya amalkan dahulu beberapa kali.

Bagaimanapun untuk langkah keselamatan mengelakkan lebihan arus voltan, kabel negatif (warna hitam) hanya disambung di terminal bateri yang elok dan penghujung kabel ini satu lagi dilekatkan (clip) pada mana-mana bahagian besi (metal) tanpa cat di kereta untuk membumikannya (earthing).

Kesimpulannya – jika bateri kereta anda sudah sampai hayatnya, segeralah menukarkannya. Jika sudah sampai hayatnya dan mula ada tanda-tanda kemerosotannya, janganlah bertangguh lagi segeralah menukarkannya dengan bateri baru.

Ini adalah lesson learned yang saya belajar dari kesilapan (kerana bertangguh!) dan mujurlah ianya berlaku (bateri terus mati) di rumah saya. Disebabkan itu juga hari ini juga saya terus menukar bateri kereta Myvi saya yang telah menjangkau 25 bulan hayatnya.

Pastikan juga jika anda menggunakan jumpcable, anda menggunakannya dengan cara yang selamat!


Posting berkaitan di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

Thursday, October 4, 2012

Senarai perundangan OSH yang perlu ada

Senarai perundangan OSH yang perlu ada

Antara soalan yang sering ditanya kepada saya ialah di manakah boleh mendapatkan atau membeli buku-buku perundangan berkaitan OSH. Memang banyak kedai buku turut menjual buku-buku perundangan berkaitan OSH tetapi tidak menyeluruh seperti di pejabat NIOSH Bangi dan juga cawangan-cawangannya yang lain seperti di Prai dan sebagainya.

Kunjungan terbaru saya di NIOSH Prai baru-baru ini membolehkan saya membeli buku perundangan Akta Kilang dan Jentera 1967 Akta 139 dan Peraturan-peraturannya. Sebelum ini saya hanya memiliki buku perundangan Factories and Machinery 1967 Act 139 dalam Bahasa Inggeris. Dengan adanya buku dalam Bahasa Malaysia ini memudahkan saya jika perlu membuat terjemahan.

Berikut adalah senarai-senarai buku perundangan OSH yang boleh didapati atau dibeli di Niosh.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com