Friday, January 22, 2010

Selain dari alam pekerjaan anda!





Selain dari alam pekerjaan anda!

Setiap kali membuat perkenalan (introduction) atau rumusan subjek yang diajar, saya sering menanyakan kepada semua pelajar-pelajar saya ataupun peserta-peserta kursus/seminar yang saya kendalikan.

"Sejauh mana komitmen dan amalan mereka terhadap OSH ini? Adakah ianya berakhir di pintu pagar industri yang mereka bekerja?"

Kalau di dalam industri mereka amat menitik-beratkan OSH sebagai contoh bahaya kebakaran dengan penyediaan alat pemadam api mudah alih, lampu kecemasan kuasa bateri (battery operated emergency light) dan sebagainya, adakah mereka mengamalkannya di rumah masing-masing dengan menyediakan dua alatan penting ini?

Kalau di dalam industri mereka amat-menitikkan peralatan yang dipasang dalam keadaan teguh sebagai contoh tangki pengandung tekanan dengan memalamnya (bolted) setiap kaki tangki ini pada lantai, adakah mereka mengamalkannya di rumah masing-masing dengan memasang palam dinding pengikat kepada setiap peralatan bersaiz besar seperti tv umpamanya?

Adakah pengamal-pengamal OSH ini (pelajar program Msc MOSH dan peserta kursus/seminar) berkomitmen tinggi dan mempratikkan amalan-amalan ini kerana adanya OSHA 1994 (yang mengecualikan skop domestik)?

Tahukah anda bahawa semua peralatan bersaiz besar ini (contohnya tv) dilengkapi dengan Buku Panduan Pemilik (Owner's Manual)? Tahukah anda Buku Panduan ini bukan sahaja menerangkan panduan-panduan asas untuk mengendalikan peralatan serta menjawab beberapa persoalan yang biasa ditanya, Buku Panduan ini juga mengesyorkan beberapa aspek keselamatan kepada pemilik peralatan?

Masalahnya beberapa ramai di antara kita yang membaca Buku Panduan ini? Berapa ramai di antara kita yang menyimpan Buku Panduan ini?

Bukan untuk mebanggakan diri sendiri, set TV Toshiba 29" di dalam gambar di bawah dibeli oleh saya pada tahun 2003. Apa yang disyorkan oleh Buku Panduan turut diamalkan oleh saya. Malah Buku Panduannya masih tersimpan kemas bersama-sama hampir kesemua Buku-buku Panduan Peralatan Elektrik yang ada di dalam rumah saya.

Rasanya kalaulah ibubapa kepada kanak-kanak Yeo Cyndi, 3 tahun turut memasang palam dinding pengikat tv pada dinding di rumahnya itu, telatah kanak-kanak comel ini masih lagi boleh dilihat lagi hari ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Insya-Allah, esok saya akan ke kelas tabika orang rumah saya untuk memasang palam dinding pengikat kepada set tv dan komputer di sana.








No comments: