Masuk pejabat baru - apa yang perlu dibuat?
Di mana-mana pejabat baru yang saya masuk, saya akan bermula dengan mencari kotak terutama dari Double A atau Indah Kiat. Selain dari housekeeping, saya memerlukan kotak-kotak ini untuk membuat pemisah barangan dalam laci (storage divider). Walaupun pemisah barangan ini boleh dibeli, saya lebih suka membuatnya sendiri, boleh juga recycle (reused) kotak-kotak itu.
Antara perkara awal saya buat sebaik sahaja memasuki pejabat baru saya dua minggu lepas ialah mengikat semua wayar-wayar atau kabel (loose wyres) yang berselirat di atas lantai dengan menggunakan "Twist Tie". Biasanya saya gunakan saja "Twist Tie" yang didapati semasa membeli barangan elektrik tetapi untuk kerja-kerja sebegini saya membelinya di kedai peralatan logam (hardware). Saya pastikan tiada wayar/kabel berselirat di atas lantai. Sekurang-kurangnya ini akan memudahkan Makcik Pencuci itu menyapu permukaan lantai tersebut.
Di samping itu juga saya melabelkan semua punca-punca kuasa (plug-plug) yang ada. Bukan sahaja di setiap pejabat yang duduki, saya juga melabelkan semua punca-punca kuasa ini di rumah saya dan juga di tabika isteri saya.
Nampak selamat bekerja di pejabat tetapi hakikatnya banyak hazad (hazard) yang menanti jika keselamatan dan housekeeping pejabat tidak dititikberatkan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment