Signboard U-Turn; jangan mengelirukan pengguna jalan raya
Kemalangan di laluan yang membuat U-Turn kerap berlaku apabila pengguna yang membuat U-Turn ini melakukannya dengan mengejut terutama tidak memberi isyarat untuk belok ke kanan dan sebagainya.
Pemilihan laluan yang dibenarkan membuat U-Turn ini juga perlulah mengambil kira kesibukan lalulintas. Laluan U-Turn di kepala simpang sudah tentu tidak sesuai dan merbahayakan.
Begitu juga laluan U-Turn yang tiada Ghost Island. Ada juga laluan U-Turn ini menggunakan Bilah Getah di atas permukaan berbilang puteh ini.
Penggunaan signboard juga ada yang mengelirukan.
Bagaimanapun lakaran rajah akhir pada posting ini tidak merujuk kepada mana-mana standard atau panduan lalulintas yang sedia ada (jika ada). Lakaran ini hanya berdasarkan pengamatan saya di beberapa laluan di dalam Malaysia dan juga beberapa buah negara jiran di Asia.
Mungkin ada pengamal OSH yang mahir dan berpengetahuan dalam teknikal berkaitan laluan U-Turn ini boleh berkongsi maklumat di sini.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:
Alhamdulillah papan tanda ini telah diperbetulkan.
Link - http://oshthejourney.blogspot.com/2013/07/ada-penambahbaikan-pembetulan.html
Post a Comment