Sunday, January 10, 2010

Pandangan dan Nasihat





Pandangan dan Nasihat

Biasanya saya diminta untuk memberi pandangan dan nasihat mengenai OSH dan Motorsport. Pandangan dan nasihat untuk kedua-dua perkara itu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Sekiranya saya was-was, saya akan minta mereka yang meminta nasihat tersebut untuk merujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Ataupun saya meminta masa untuk saya merujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman.

Terbaru ramai yang menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sistem Mandian Kecemasan dan Membasuh Mata Kecemasan (Emergency Shower and Eye Wash). Walaupun saya sudah membuat dua posting berkaitan hal ini (rujuk di sini), masih ramai yang ingin tahu lebih lanjut berkaitan dengan;

1. Mengapa pengedar/penjual alatan ini tidak memaklumkan hal-hal yang perlu diketahui oleh pengguna?
2. Apakah tekanan air yang bersesuaian?
3. Apakah ketinggian floor concrete slab yang bersesuaian? Mengapa perlu floor concrete slab ini?
4. Mengapa perlu pedal pengendali kaki (foot pedal)?
5. Perlu tirai (curtain)?

Ini adalah jawapan saya;

1. Sebelum membeli, pastikan semua maklumat-maklumat yang perlu (dari 2 - 5) boleh didapati dari pengedar/penjual. Elakkan membeli dari penjual barangan logam (hardware trading).
2. Tentukan kegunaannya sebelum menetapkan tekanan air. Jangan lupa sistem penapis yang bersesuaian.
3. Rekabentuk yang bersesuaian ialah berlopak tetapi jika sukar untuk dibuat, guna ketinggian floor concrete slab ini sekitar 3 - 5 inci sahaja. Ketinggian yang lebih (seperti rajah di atas) akan menyukarkan pengguna.
4. Sekiranya tapak tangan yang terlecur, agak sukar untuk mengaktifkan Mandian Kecemasan dan Membasuh Mata Kecemasan dengan menggunakan tangan.
5. Penggunaan tirai lebih berbentuk kesopanan untuk orang Asia (Muslim terutamanya). Pada masa yang sama juga penggunaan tirai boleh mengelakkan ruang di luar kawasan mandian ini basah.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

Kadang-kadang saya juga diminta nasihat dan pandangan berkaitan perlancongan / tempat-tempat menarik.

No comments: