Wednesday, March 25, 2015

Safety Sharing – best practices construction site (inside building)







Safety Sharing – best practices construction site (inside building)

Seorang bekas pelajar Msc OSH UUM saya telah berkongsi “best practices” di tempat kerjanya di Shah Alam. Empat temporary design ini (i) Pedestrian, (ii) pipe/cable crossing barrier, (iii) staircase hand railing, (iv) urinal bowl, dan (v) Smoking Corner disediakan di dalam bangunan.


Portable toilet tersedia di luar bangunan.

Wednesday, March 4, 2015

Manfaatkan bilik air !








Manfaatkan bilik air

Antara pesanan yang sering saya ingatkan kepada pelajar dan peserta kursus yang saya kendalikan ialah "manfaatkan bilik air" sebagai tempat sumber maklumat.


Sunday, March 1, 2015

Saman dan ajarlah PBT !


Saman dan ajarlah PBT !

Saya pasti ramai pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal tertunggu-tunggu gesaan suara keramat sebegini. Apatah lagi datangnya dari media arus perdana yang kita tahu siapa di belakangnya.

Bagaimanapun harus diingatkan bukan kesemua jalan raya di bawah skop tanggungjawab PBT. Ada yang di bawah skop pihak berkuasa yang lain. Kini kebanyakan kawasan telah dtandakan sempadan siapakah (pihak manakah) yang brtanggung-jawab menyenggarakan sesuatu jalan tersebut.

Rakan superbike iaitu, Lando Zawawi DatokBandar KL-PJ dan rakan-rakannya telah “bertindak sendiri” memperbaiki jalan yang berlubang seketika dahulu. Ramai yang menyokong usaha beliau tapi ada juga yang mencemuh!
 
Untuk menyaman PBT atau pihak berkuasa lain yang terbabit selepas kemalangan adalah suatu tindakan reactive (passive). Memang ianya boleh dijadikan teladan dan sempadan di masa akan datang atau lebih tepat sebagai pengajaran.
 
Langkah yang terbaik ialah tindakan proactive yang perlu diambil sebelum berlakunya kemalangan. Kalau perlu saman pihak bertanggungjawab sebelum berlakunya kemalangan. Apa yang pasti ada unsur kecuaian yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab yang memungkinkan kemalangan kan berlaku.
 
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com