Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Tuesday, April 26, 2016

Parking OKU yang sesuai





Parking OKU yang sesuai

Syabas pihak berkenaan yang menyediakan tempat letak kenderaan parking OKU ini di Bandar Perda. Bukan sahaja luas malah tersedia dengan ramp bersudut ratio 1/12 yang tepat.

Friday, December 18, 2015

Masjidil Haram, CSR, Welfare & OSH




Masjidil Haram, CSR, Welfare & OSH

Alhamdulillah saya diuji-Nya di Tanah Suci. Semalam di hari ketiga, setelah selesai umrah wajib, tawaf sunat dan ziarah tempat bersejarah di Mekah, kaki kanan saya bengkak sewaktu hendak menyempurnakan umrah sunat kali kedua.

Alhamdulillah saya berpeluang menggunakan wheelchair untuk bertawaf dan bersaei. Mulanya saya enggan, setelah dinasihati oleh mutawif, keluarga dan ahli rombongan yang lain, saya bersetuju menggunakan wheelchair.

Alhamdulillah saya berpeluang untuk merasakan sendiri bagaimana pengguna wheelchair boleh menyempurnakan ibadat umrah.

Alhamdulillah adanya kemudahan pengguna wheelchair bertawaf di paras ketiga dan menggunakan laluan khas semasa saei di paras kedua.

Alhamdulillah tersedia wheelchair percuma di hotel-hotel penginapan peserta umrah.

Alhamdulillah tersedia juga pertugas berbayar untuk mengendalikan wheelchair dari hotel ke Masjidil Haram, semasa tawaf dan semasa saei.

(Alhamdulillah dalam kes saya, Allah memudahkan umrah saya dengan izin-Nya, anak saya membantu saya menyempurnakan umrah sunat kedua saya).

Alhamdulillah pihak bertanggungjawab di Masjidil Haram ini menggunakan signboard wheelchair yang tepat dan betul.

Alhamdulillah, hari ini kaki saya telah pulih dan tidak perlu lagi menggunakan wheelchair. Terima kasih juga kepada mutawif, Tn Hj Mat Isa yang mengajak/meminta saya berdoa bersama-sama memohon-Nya memulihkan kaki saya dan memudahkan ibadat saya.  

Alhamdulillah, saya diberi-Nya peluang merasakan sendiri pengalaman ini dan in sya Allah akan digunakan saya sebagai bahan pembelajaran kursus saya kelak.

(Perpustakaan Awam UUM menggunakan papan tanda OKU yang betul dan tepat. Banyak agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta di Malaysia masih menggunakan papan tanda OKU yang silap. Rujuk link di sini).

Wednesday, November 19, 2014

Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.


Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.

Saya pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan Taiping (MPT) mengenai tong sampah di hadapan rumah orang tua saya di Kampung Pinang, yang tidak dikendalikan dengan baik oleh kontraktor dan juga gelagat penduduk tempatan yang membuat sampah sewenang-wenangnya.

Alhamdulillah, MPT telah mengambil tindakan sewajarnya. Saya membuat aduan secara bertulis dan banyak kali menelefon melalui kaunter aduan. Dalam proses tindakan, saya telah dimaklumkan (secara kiriman poskad) oleh MPT bahawa aduan saya telah diterima dan akan diambil tindakan. Itu sahaja makluman  (acknowledgement) yang saya terima dan tiada lagi makluman susulan selepas itu. Bagaimanapun kes tong sampah tersebut telah selesai kerana ibu saya memaklumkan kepada saya tindakan telah dibuat oleh pihak MPT kerana dia nampak pihak MPT datang ke tempat tong sampah tersebut.

Terima kasih kepada MPT. Sepatutnya MPT memaklumkan kepada saya (sebagai pengadu) bahawa tindakan telah diambil sama ada secara bertulis ataupun dengan telefon.

Hari ini saya mengendalikan bengkel di Pusat Internet 1 Malaysia di Utara Semenanjung dengan tajuk Welfare, Environment, Safety & Health at Public Computer Work Station.

Antara yang saya sentuh di dalam bengkel ini ialah pasarana khas/khusus untuk OKU berkerusi roda yang perlu ada unyuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di Pusat Internet 1 Malaysia dan Pusat Internet Desa ini.

Pada masa yang sama saya menggunakan presentation slides yangmenunjukkan kemudahan yang disediakan oleh MPT untuk OKU melawat Zoo Taiping. Terima kasih kepada Zoo Taiping atas kemudahan menyeberang jalan dengan terowong perjalan kaki ini.

Malangnya papan tanda menunjukkan kemudahan OKU itu adalah salah. Saya maklumkan kepada peserta bengkel hari ini, bahawa saya mula menegur MPT mengenai papan tanda ini semenjak tahun 2010 lagi melalui komentar di laman web MPT tetapi tidak mendapat sebarang respons. Kemudian saya menulis di dalam blog saya dan juga di dalam FB tetapi tiada juga respons.

Saya menelefon pula kaunter aduan MPT beberapa kali sepanjang tahun 2010 hingga tahun lepas memaklumkan perkara yang sama. Malah dalam satu aduan saya itu, pertugas di kaunter menanyakan saya balik adakah papan tanda itu salah dan di mana salahnya kerana dia rasa tak ada yang salah.

Jawapan saya kepadanya papan tanda tersebut tidak salah cuma silap!

Petang tadi saya terasa hendak tengok semula papan tanda ini. Terima kasih MPT dan alhamdulillah rupa-rupanya papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan tanpa pengetahuan saya!

Saya bukanlah minta dihargai kerana teguran yang saya buat semenjak tahun 2010 lagi ini. Kalaulah saya dimaklumkan bahawa papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan (saya tidak pasti bila diperbetulkan), tidaklah saya menyebut MPT sebagai organisasi yang tidak perihatin kepada golongan OKU kepada peserta bengkel hari ini.

Malah saya akan perbetulkan semula semua catatan-catatan dalam blog dan fb saya mengenai kesilapan yang dbuat oleh MPT dan ketidak keperihatinan mereka untuk memperbetulkannya walaupun sudah ditegur bertahun-tahun.

Mereka yang bertanggungjawab menerima aduan sama ada webmaster, pengendali web atau FB MPT serta di Kaunter Aduan bertanggungjawab untuk respons kepada pengadu. Sebaik sahaja menerima aduan, perlulah dimaklumkan penerimaan aduan (acknowldegement), kemudian dimaklumkan status dan akhir sekali makluman tindakan yang telah diambil atau tindakan yang tidak boleh diambil. Makluman boleh dibuat melalui surat, email ataupun telefon.

Harap pihak MPT membuat penambahbaikan dalam proses pemakluman ini.

Contohi Canon Malaysia dalam menangani pelanggan yang membuat aduan.

Link-link berikut adalah berkenaan catatan di atas.

Catatan blog pada  June 4, 2010 link ini

Catatan blog pada  July 11, 2011 link ini
Penghargaan kepada Canon Malaysia link ini


Tuesday, November 18, 2014

WESH in Mosque (Welfare, environment, safety & health in Mosque)









WESH in Mosque (Welfare, environment, safety & health in Mosque)
Tadi saya berhenti solat Asar di Taman Selasih Kulim. Masjid Taman Selasih ini memang terkenal dengan aktiviti imarahkan masjid. Walaupun begitu, semasa 2 tahun lebih saya bekerja di Kulim (Celestica), tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke masjid ini sedangkan Pasar Malamnya kerap saya kunjungi.

Saya tertarik dengan ram (pelantar) untuk laluan OKU berkerusi roda dari tempat wuduk hingga ke ruang solat. Satu usaha murni untuk kemudahan OKU beribadat. Lebih tambah-nilai lagi jika ruang parking bersebelahan tempat wuduk ini dikhaskan untuk golongan OKU. Mungkin bersebelahan parking penceramah/ustaz.
Bagaimanapun sebagai penambahbaikan (rooms for improvement), sudut ram itu terlalu besar. Sudut yang disyorkan adalah ratio 1:12 sahaja.
Ini adalah salah satu concern yang selalu sentuh jika diberi peluang sebagai penceramah berkaitan kemudahan terutama melibatkan golongan OKU, orang tua dan kanak-kanak.
Mereka yang ingin mendapatkan presentation paper saya bertajuk - SAFETY ASPECTS OF DISABLED IN THE WORKPLACE semasa di Injury, Illness and Return to Work Conference 2011, boleh pm saya.

Tuesday, June 25, 2013

IPT sudah, sektor pekerjaan pula mesti bersedia menerima OKU

IPT sudah, sektor pekerjaan pula mesti bersedia menerima OKU

Saya sedia maklum sebelum ini mengenai pelajar OKU di IPT. Tetapi hari ini pertama kali saya menyelia dua pelajar IPT  OKU yang mengambil peperiksaan. Seorang pelajar yang mengalami kecacatan pengelihatan dan seorang lagi rabun.

Pelajar yang mengalami kecacatan pengelihatan ini mengambil peperiksaan dengan dibekalkan soalan melalui rakaman suara dan menjawabnya menggunakan komputer bimbit khas (software khas). Manakala pelajar yang rabun dibekalkan kertas soalan yang bersaiz A3 dengan tulisan (typeface/font) yang dibesarkan.

IPT sudah menunaikan tanggungjawab mereka menerima pelajar OKU ini. Semoga selepas ini sektor pekerjaan pula memainkan peranan mereka dan bersedia menerima golongan OKU ini.


OKU = Orang Kelainan Upaya.

Tuesday, January 8, 2013

Papan Tanda Perlu Jelas

Papan Tanda Perlu Jelas
 
Amnya papan tanda di atas adalah jelas malah bercahaya lagi!
 
Papan Tanda bergambar (gambarajah) tanpa tulisan kadang-kadang boleh mengelirukan.
 
Adakah gambarajah sebelah kanan ini khas untuk kanak-kanak atau khas untuk OKU (kerdil). Biasanya tandas untuk kanak-kanak disekalikan dengan orang dewasa demi keselamatan.
 
 
*Gambar diambil di Penang Gurney Plaza

Wednesday, November 7, 2012

PLUS prihatin tetapi pengguna lebuhraya tidak!





PLUS prihatin tetapi pengguna lebuhraya tidak!

Bermula dari bulan September lepas, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan saya berulang-alik dari Taiping ke Litar F1 Sepang. Setiap kali itu juga termasuklah hari ini saya singgah di R&R Dengkil untuk ke bilik air dan seterusnya membasahkan tekak.

Saya ingin mengucapkan syabas terhadap keprihatinan PLUS apabila setiap kali menaiktarafkan R&R di sepanjang lebuhraya seperti di R&R Dengkil ini, kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut ditambahbaikan. Contohnya pejalan kaki dan kemudahan bilik air di R&R Dengkin ini (sama ada di hentian Sebelah Selatan atau Utara) telah ditambahbaikan untuk kemudahan dan keselesaan OKU.

Walaupun begitu saya masih tertunggu-tunggu bila lagi kemudahan OKU yang sama akan ditambahbaikan di hentian Rumah Tol Hutan Kampung dan juga Hentian sebelah Selatan Alor Pongsu yang sama-sekali tidak mesra OKU!

Tetapi menjadi kesalan kepada saya juga apabila melihatkan pengguna-pengguna lebuhraya seperti pemandu teksi dan pemilik Toyota Altis ini yang tidak langsung bertanggungjawab! Saya tidak pasti sama ada OKU dalam Toyota Altis tersebut tetapi saya pasti pemandu teksi ini bukan OKU!


Thursday, October 11, 2012

Stesen kereta api Kampar mesra OKU

Stesen kereta api Kampar mesra OKU
Sinar Harian 19 Mei 2012

KAMPAR – Stesen Kereta api Kampar, di sini bakal dinaikkan taraf dengan beberapa kemudahan mesra khusus untuk orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerja-kerja penyelenggaraan yang menelan kos RM2.1 juta itu akan dimulakan Jun ini dan dijangka siap dalam tempoh 10 bulan.

Menurutnya, stesen yang siap dibina pada Mac 2007 itu tidak mempunyai kemudahan mesra OKU menyebabkan permohonan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diterima bagi memberi keselesaan kalangan pengguna OKU.

“Sebelum ini, dasar dan keperluan bagi kemudahan OKU masih belum diguna pakai secara meluas di negara, bagaimanapun kementerian sedia mempertimbangkan sebarang permohonan untuk meningkatkan kemudahan di mana-mana stesen.

“Sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan projek ini, ia dapat memberi persepsi kepada masyarakat antarabangsa bahawa pencapaian kemudahan OKU yang disediakan negara ini setaraf dengan negara maju lain,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan Stesen Keretapi Kampar, semalam.

Selain pembinaan dua unit lif dan lobi lif di platform 1 dan 2, beberapa kemudahan lain iaitu tandas khas, lintas rata untuk OKU berkerusi roda, penyediaan dua unit parkir dan penambahan papan tanda dijangka dapat meningkatkan jumlah pengguna OKU di tren Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Cho ha berkata, bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh, hanya stesen di Ipoh sahaja dibangunkan dengan kemudahan OKU yang lengkap manakala di stesen Kampar, hanya kemudahan minimum disediakan.

Namun kata beliau, pembangunan projek seumpama itu akan memberi ruang lebih luas kepada OKU menikmati kemajuan negara.

Tuesday, October 9, 2012

Syabas Legoland!

Syabas Legoland!

Harap-harap tiada kesilapan signboard OKU seperti di USS Singapura (rujuk di sini).


Berita penuh

LEGOLAND MESRA OKU
Norshikin Mohd Salleh, Sinar Harian
8 Oktober 2012

JOHOR BAHRU - Taman tema Legoland Malaysia bukan sahaja sebagai lokasi riadah keluarga pertama seumpamanya di Asia, malah ia juga mesra orang kurang upaya (OKU) dengan ciri-ciri kemudahan bertaraf dunia.

Pengurus Veritas Arkitek Sdn Bhd cawangan Johor, Shah Jaffar berkata, kemudahan buat OKU antara yang dititikberat syarikat tersebut yang diberi amanah merekabentuk, menjadi perunding hiasan dalaman dan landskap bagi projek mega RM720 juta itu.

“Kemudahan untuk golongan yang kurang upaya di Legoland ini menjadi penanda aras buat projek pembangunan lain untuk mengaplikasikan kemudahan yang sama seperti yang dibangunkan di sini.

“Hampir dua hingga lima peratus daripada bajet reka bentuk ini difokuskan untuk kemudahan OKU seperti menyediakan laluan pejalan kaki, papan tanda braile, tac tiles, dan pelbagai kemudahan lain.

“Kami amat peka dengan keperluan OKU kerana salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan projek ini juga seorang OKU,” katanya kepada pemberita sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit, di sini, Khamis lalu.

Shah berkata, kejayaan menyediakan kemudahan ‘barrier free’ buat OKU di Legoland juga menjadi rujukan untuk pembangunan dua projek sekolah menengah pendidikan khas yang bakal dibangunkan syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah.

Projek sekolah yang bakal dibina sebelum hujung tahun ini kini di peringkat rekaan pelan dengan nilai pembangunan RM50 juta setiap satu.

“Kita anggarkan dapat memulakan projek sekolah khas ini dalam tempoh terdekat dengan perangkaan pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan di atas tanah tujuh ekar (2.8 hektar).

“Kebanyakan pemaju kurang menitikberatkan soal penyediaan kemudahan OKU kerana mengandaikan ia sesuatu perkara yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi, kerana kelengkapan prasarana bagi golongan itu 10 kali lebih mahal,” katanya.

Shah berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara itu, seramai 25 kanak-kanak kurang upaya dari Taman Sinar Harapan Johor Bahru akan dibawa ke Legoland pada 24 Oktober depan.

“Mereka akan cuba sendiri kemudahan OKU yang disediakan di Legoland sekali gus beri peluang untuk berseronok buat mereka,” katanya.


Saturday, September 8, 2012

Delight service dari Pejabat Daerah Larut Matang & Selama


Delight service dari Pejabat Daerah Larut Matang & Selama

Takrifan kualiti pada mulanya diterjemahkan sebagai “kehendak pelanggan” (customer need), kemudian berkembang kepada “kepuasan pelanggan” (customer satisfaction). Sejajar dengan peningkatan perkhidmatan yang berasaskan pelanggan (customer oriented), istilah kualiti kini lebih ditakrifkan sebagai “melebihi jangkaan pelanggan” (customer delight).

Antara contoh yang sering saya gunakan di dalam pengajaran saya ialah telefon bimbit. Bermula dengan kehendak pelanggan iaitu satu bentuk alat komunikasi yang bebas wayar, telefon bimbit dihasilkan dengan saiz bermula sebesar beg (Atur) dan kemudiannya masih lagi sebesar bekas air minuman. Telefon bimbit kemudiannya menepati kepuasan pelanggan apabila saiznya dikecilkan sebesar tapak tangan dan liputannya (coverage) meluas. Kini ciri-ciri (features) telefon bimbit melebihi jangkaan pelanggan dengan penggunaan seperti kamera, internet dan yang terbaru sebagai projektor LCD.


Dalam blog ini saya kerap menyentuh tentang kemudahan untuk OKU termasuklah papan tanda berkaitan OKU. Kini banyak bangunan telah menyediakan kemudahan untuk OKU bergerak keluar/masuk lebih mudah. Malah banyak pusat perniagaan membeli belah menyediakan kerusi roda untuk OKU.

Semalam saya ke Pejabat Daerah Larut Matang & Selama di Taping untuk menjelaskan cukai hasil tanah. Saya dapati selain dari terdapat pelantar (ramp) untuk OKU, pejabat daerah ini turut menyediakan kerusi roda untuk OKU.

Memang kebanyakan OKU ada memiliki kerusi roda di kediaman masing-masing. Tetapi bukan semua kenderaan yantg boleh membawa kerusi roda ini kecuali pick-up atau van. Malah tidak semua MPV yang boleh memuatkan kerusi roda ini. Dengan tersedianya kerusi roda ini di bangunan-bangunan awam sebegini akan memudahkan lagi OKU bergerak terutama jika OKU tersebut perlu menghadirkan diri untuk menyelesaikan urusan berkaitan.

Syabas Pejabat Daerah Larut Matang & Selama dengan delight service mereka.


lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

*Saya sudah beberapa kali menghantar email dan juga membuat teguran melalui telefon berkaitan papan tanda OKU yang salah di Zoo Taiping tapi nampaknya pihak pengurusan (MPT) masih lagi menggunakan papan tanda yang salah. Boleh rujuk posting di sini.


Update 16 Sept 2012

Susulan posting di atas, semalam seorang rakan bekas rakan sekerja semasa di Silverstone hampir 10 tahun lalu menghubungi saya. Menurut beliau yang juga sering mengikuti tulisan di blog-blog saya; Pejabat Daerah Taiping kini turut mengamalkan perkhidmatan ala “pandu lalu” (drive in service) untuk golongan berusia yang uzur. Beliau yang baru selesai berurusan menukar nama tanah milik bapanya memberitahu saya ada pegawai bertugas (di kaunter pertanyaan) yang akan menguruskan tandatangan atau cop jari terus dari kenderaan di tempat letak kereta atau di hadapan bangunan Pejabat Daerah jika melibatkan golongan berusia yang uzur tanpa perlu bersusah payah ke dalam bilik pejabat.

Syabas sekali lagi kepada Pejabat Daerah Taiping yang benar-benar mengamalkan perkhidmatan mesra pelanggan ini. Moga perkhidmatan awam lain akan meneladani amalan Pejabat Daerah Taiping ini.

Untuk makluman semua, hampir semua pihak bank juga kini mengamalkan prosedur yang sama jika melibatkan golongan berusia yang uzur atau golongan OKU. Pegawai bank yang bertugas bersedia untuk pergi ke kenderaan yang dinaiki oleh golongan yang uzur atau OKU ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, August 8, 2012

OKU - Otak Kurang Upaya!


Gambar diterima melalui email

OKU - Otak Kurang Upaya!

Pemandu (pemilik?) kereta-kereta mewah ini sememangnya OKU iaitu Otak Kurang Upaya walaupun bukannya OKU - Orang Kelainan Upaya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, July 11, 2011

Papan tanda OKU yang betul

Di USS, Singapore. Klik di sini untuk detail

Di Zoo Taiping. Klik di sini untuk detail

Di Zoo Taiping. Klik di sini untuk detail

Papan tanda OKU yang betul

OKU atau Orang Kelainan Upaya (bukan Orang Kurang Upaya) juga adalah insan biasa jika diberi peluang berupaya untuk menjalani kehidupan seperti orang yang normal.

Terdapat penyediaan pasarana untuk OKU ini tidak bersesuaian atau tidak mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 34A. Malah papan tanda untuk menunjukkan pasarana ini juga dibuat ala kadar sahaja. Sebagai contoh papan tanda di Zoo Taiping dan di Universal Studio Singapore seperti di atas.

Bagaimanapun papan tanda yang baru dipasang di Bangunan Perpustakaan UUM (gambar-gambar di bawah) adalah menepati logo yang sebenarnya. Syabas kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap papan tanda ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/



Tuesday, April 15, 2008

Laluan Khas Kuning Berkesan (Tactile Paving)









Laluan Khas Kuning Berkesan (Tactile Paving)

Ramai yang masih tidak tahu atau ambik peduli mengenai Laluan Khas Kuning Berkesan (tactile paving). Antara tujuannya adalah untuk menunjukkannya laluan selamat kepada orang buta.

Malangnya Laluan Khas Kuning Berkesan ini di atas kaki lima dan apron jalan yang sering disalahgunakan sebagai tempat letak motosikal dan peralatan menjaja.


Pihak berkuasa tempatan perlu mengadakan dan mempamerkan lebih banyak papan tanda mengenai kegunaan Laluan Khas Kuning Berkesan ini. Pada masa yang sama mengambil tindakan kepada ereka yang menyalahgunakannya.