IPT sudah, sektor pekerjaan pula mesti bersedia menerima
OKU
Saya sedia maklum sebelum ini mengenai pelajar OKU di
IPT. Tetapi hari ini pertama kali saya menyelia dua pelajar IPT OKU yang mengambil peperiksaan. Seorang
pelajar yang mengalami kecacatan pengelihatan dan seorang lagi rabun.
Pelajar yang mengalami kecacatan pengelihatan ini
mengambil peperiksaan dengan dibekalkan soalan melalui rakaman suara dan
menjawabnya menggunakan komputer bimbit khas (software khas). Manakala pelajar yang rabun
dibekalkan kertas soalan yang bersaiz A3 dengan tulisan (typeface/font) yang
dibesarkan.
IPT sudah menunaikan tanggungjawab mereka menerima
pelajar OKU ini. Semoga selepas ini sektor pekerjaan pula memainkan peranan
mereka dan bersedia menerima golongan OKU ini.
No comments:
Post a Comment