Friday, June 21, 2013

Keselesaan & keselamatan di AEON Manjung























Keselesaan & keselamatan di AEON Manjung

Petang semalam selepas berurusan dengan tugasan di Pelabuhan Lumut, saya singgah sebentar di AEON Manjung. Walaupun tidak semeriah dan sesibuk dengan AEON Ipoh, saya dapat merasakan keselesaan dan keselamatan pelanggan di AEON Manjung ini.

Biarlah gambar-gambar di atas menceritakannya sendiri.

Saya ingin menyentuh dua perkara iaitu win-win situation yang diamalkan di AEON Manjung ini. Pertamanya saya dapati banyak kerusi dan bangku disediakan untuk  pelanggan. Rupa-rupanya kerusi dan bangku ini adalah peralatan yang dipamerkan oleh pengedar atau syarikat perabut sendiri. Ini jelas kelihatan poster bergambar lengkap dengan harga yang turut dipamerkan.

Di AEON Manjung ini juga disediakan sebuah perpustakaan yang pada mulanya saya sangka milik AEON sendiri. Rupa-rupanya perpustakaan ini adalah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Perpustakaan ini lengkap dengan bacaan umum seperti suratkhabar, bacaan lain malah turut disediakan kemudahan internet. Rujuk link di sini.

AEON juga telah menetapkan standardnya tersendiri di tempat letak kereta berbumbung, ruang yang luas dan disediakan juga tyre stopper bar.

Syabas kepada pihak pengurusan AEON. Cuma untuk ruang penambahbaikan (room for improvement), gambar pengungsian bangunan (emergency exit route) terlalu kecil hanya bersaiz A4 . Sepatutnya maklumat berguna ini dipaparkan dalam saiz A3 iaitu sebesar gambar maklumat (information) dan diletakkan seawal yang mungkin di pintu masuk.

http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Assalam

Saya berada di Seremban 2 atas tugasan kerja. Saya singgah di AEON S2 dan dapati standard tempat letak kenderaan / parking AEON ini sama di AEON Ipoh, Station 18, Perda dan Manjung.

Syabas AEON.