Naik taraf laluan motosikal
Terima kasih Datuk! Harap-harap selepas ini jengok le pula laluan
motosikal selain di Lebuhraya Persekutuan.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
RM10 juta untuk naik taraf laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan
Berita Harian 20 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya
(JKR) memerlukan peruntukan kira-kira RM10 juta untuk menaik taraf 16 kilometer
laluan motosikal seliaan JKR di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof
berkata, peruntukan itu untuk melaksanakan beberapa projek termasuk membesar
dan membaik pulih laluan, menerangkan kawasan laluan gelap dengan lampu dan
menyediakan pam air di laluan yang mudah berlaku banjir kilat.
"Akibat kedaifan dan kurangnya
penyelenggaraan lorong motosikal ini, maka ramai pengguna motosikal telah
beralih menggunakan jalan utama yang mempunyai kadar trafik dan risiko
kemalangan yang tinggi.
"Justeru langkah membaik pulih ini
bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna motosikal di lebuh raya
ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong motosikal di
Lebuhraya Persekutuan, di sini.
Lebuhraya Persekutuan yang dibina pada
1977 membabitkan laluan sepanjang 45 kilometer menghubungkan Kuala Lumpur dan
Pelabuhan Klang menjadi nadi ekonomi dan laluan tulang belakang kepada negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ia juga dikenali sebagai lebuh raya
pertama di Malaysia yang mempunyai lorong motosikal di negara ini.
Fadillah berkata, sehingga kini JKR
menerima peruntukan kira-kira RM1 juta setahun untuk kerja penyelenggaraan
laluan berkenaan.
"Bagaimanapun untuk melaksanakan
lebih banyak projek penambahbaikan, kami memerlukan peruntukan lebih daripada
itu," katanya.
Awal tahun ini, JKP membelanjakan RM0.9
juta untuk membaik pulih cerun yang runtuh dan menyelenggara rumah pam terowong
di kedua-dua arah berhampiran kilang Motorola di Sungai Way.
Keseluruhan panjang lorong motosikal di
Lebuhraya Persekutuan FT02 (KL-Bandar Klang-KL) ialah sepanjang 56.8 kilometer
yang membabitkan penyelenggaraan di bawah seliaan empat pihak iaitu Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur sepanjang 4.8 kilometer, JKR (16km), Lebuhraya Sprint
(4km) dan Lebuhraya Utara-Selatan (32km). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment