5S SEIKETSU – LABELLING TYRE PRESSURE
SEIKETSU atau SERAGAM terjemahannya dan penerangannya ialah memelihara
taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap
masa
Kalau dalam Peraturan OSHA 1994, terdapat CPL
(Classification,Packaging & Labelling) yang di antaranya menerangkan peraturan
melabelkan semua barangan untuk tujuan identifikasi dan juga keterangan
keselamatan.
Dalam 5S tiada pengkhususan dalam labelling tetapi ianya
masih menjadi keutamaan. Syoran labelling ini boleh dirujuk dalam SEIKETSU
(Seragam) dan juga SEITON (Susun).
Antara labelling yang saya amalkan semenjak dari pertengahan
80an ialah menandakan sukatan tekanan angin yang betul kepada semua tayar
kenderaan yang saya miliki terutama motosikal*. Amalan ini saya warisi dari
tabiat ayah saya yang diamalkannya semasa berkhidmat sebagai tentera. Malah
ketika pertengahan 80an itu saya tidak pernah mengetahui mengenai 5S ini dan
Peraturan CPL (malah OSHA) sendiri belum ujud.
Penjagaan sukatan angin yang betul pada tayar kenderaan akan
memanjangkan lagi usia hayat tayar itu sendiri.
1 comment:
Khamis lepas (20 Jun 2013), ketika jam hampir 11 malam saya menerima panggilan telefon daripada abang ipar saya di KL meminta saya menengokkan kereta kakaknya (Mercedes) yang bermasalah di Simpang Taiping (beliau dalam perjalanan dari KL ke Penang) bersama anak remajanya.
Rupa-rupanya dinding tayar belakang sebelah kanan telah terkoyak akibat anak remajanya ini telah mengepam angin sebanyak 300 psi!
Selain dari over pressure, saya juga mengesyaki dinding tayar terkoyak ini kerana tayar tersebut adalah tayar lama iaitu buatan Mac 2010 (Code 1410). Manakala 3 tayar lagi walaupun dibeli pada tarikh yang sama menunjukkan ianya dibuat pada tahun 2012.
Post a Comment