Langkah kecil tetapi besar impaknya
Antara langkah terpuji pihak PLUS (dengan penaja) ialah
mengadakan kempen berhenti rehat seketika sambil minum kopi di kawasan R&R
(terpilih) semasa musim-musim perayaan. Sedikit-sebanyak kempen sebegini mampu
mengurangkan kadar kemalangan yang membimbangkan semasa musim perayaan.
Semalam (27-Jun-2013), saya dijemput melawat dan diminta memberi
cadangan penambahbaikan OSH sebuah kilang membuat alatganti kenderaan di Shah Alam
berhampiran kilang Proton.
Seperti yang saya jangka, kilang Jepun dengan pekerja
melebihi 500 orang ini tiada masalah dari segi susunatur dan higen/kebersihan mesin-mesinnya.
Amalan 5S yang diamalkan banyak menyumbang kepada keberkesanan amalan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan kilang ini.
Untuk posting kali ini saya tidak berhasrat untuk mengulas
cadangan-cadangan penambahbaikan OSH yang telah saya sampaikan kepada pihak
pengurusan kilang ini. Saya hanya ingin menyentuh amalan pihak pengurusan
kilang ini yang menyediakan minuman panas (kopi panas) secara percuma kepada
pekerja-pekerja yang telah tamat syif bekerja/ Sebuah balang air (tea urn) disediakan
berhampiran Pondok Pengawal di mana pekerja-pekerja yang hendak pulang boleh
mengambil minuman ini secara percuma.
Ini adalah salah satu kempen yang boleh membantu
mengurangkan kadar kemalangan di mana sedikit-sebanyak minuman panas sebegini
mampu menyegarkan pekerja semasa dalam perjalanan pulang dengan kenderaan
masing-masing setelah penat pekerja.
Langkah tampak kecil tetapi besar impaknya.
Semoga amalan sebegini boleh (patut) dicontohi oleh
organisasi-organisasi lain.
http://oshthejourney.blogspot.com/
3 comments:
Assalamualaikum Encik Lukman.
Saya tertarik betul artikel ini memandangkan saya begitu berminat dengan pandangan-pandangan mengenai kopi. Banyak orang kata kopi memudaratkan kesihatan namun pada saya kopi mempunyai khasiatnya ttersendiri namun mestilah diminum pada kadar hadnya.
Sebab itu, Starbucks dikenali sebagai pembuat kopi utama dunia yang berkualiti dan banyak akademia (setakat pemerhatian) suka meminum kopi.
Ada pandangan juga mengatakan kopi merupakan minuman yang digemari rasulullah.
Pada pandangan Encik, adakah 'kopi' itu sendiri mempunyai bahan yang boleh tahan mengantuk yang mampu mengurangkan risiko kemalangan?
Assalam sdr MMI
Terima kasih atas pandangan sdr. Bagaimanapun posting kali ini bukan berkaitan dengan kopi tetapi kempen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dengan menyegarkan tubuh badan melalui minuman.
Tidak semestinya kopi, boleh juga teh, milo dan sebagainya.
Owh begitu, Encik Lukman, berikut adalah respon & tambahan kepada tulisan encik Lukman.
http://jebelkoh.blogspot.com/2013/07/kopi-2-cerita_3.html
Post a Comment