Thursday, June 6, 2013

Keperluan Susur Tangga (Hand Railing) pada Anak Tangga

Keperluan Susur Tangga (Hand Railing) pada Anak Tangga

Antara topik keselamatan sama ada di tempat kerja atau di kediaman (rumah) yang sering saya sentuh di dalam kelas pembelajaran atau di mana-mana saya berkesempatan ialah “keselamatan tangga”. Perundangan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984) perlu digunapakai untuk keselamatan tangga ini. Walaupun UBBL 1984 ini dipertanggungjawab kepada arkitek yang merekabentuk bangunan, pemilik atau penghuni bangunan juga perlu mengetahui keperluan yang sedia ada.

Sebagai contoh dalam Bhg. VI, 107 Susur Tangan yang jelas menyatakan tangga yang mempunyai 4 atau lebih anak tangga memerlukan sekurang-kurangnya satu anak tangga. Manakala anak tangga yang lebarnya lebih dari 2225 milimeter (87.5 in) perlu disediakan susur tangan tengah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraturan berkaitan tangga ini boleh dirujuk di bahagian bawah posting ini.

Saya merasa amat bangga apabila Masjid Kampung Ekspo (gambar di atas) yang berhampiran dengan rumah saya ini telah memasang susur tangga di awal tahun 2013 ini. Rasa tenang di hati apabila melihat mereka yang datang mengimarahkan masjid ini menaiki anak tangga ini sambil memegang susur tangga. Bulan sahaja golongan tua atau yang kurang berdaya menggunakan susur tangga ini malah dimanfaatkan oleh semua penghujung Masjid Kampung Ekspo ini. 


 Saya berpeluang berbincang dan meminta pandangan mengenai Susur Tangga ini daripada dua Pengarah DOSH Negeri iaitu Kedah dan Perlis pada Selasa lepas semasa makan tengahari di Cherengin Resort & Spa, Janda Baik. Kebetulan saya dijemput untuk membentangkan satu kajian di kursus retreat pegawai kanan DOSH Malaysia itu.

Sebenarnya pada tahun 2008 semasa saya dijemput membentangkan kertaskerja bertajuk OSH in Mosque untuk satu seminar Imam-imam dan Bilal-bilal Negara Asean anjuran UUM dan JAKIM, perkara yang sama turut saya sentuh.

Bulan lepas semasa mengendalikan bengkel di Kolej Jururawat Pulau Pinang, saya turut menyentuh keselamatan tangga ini. Anak tangga dari paras bawah ke tingkat satu lengkap dengan susur tangga. Malah anak tangga di antara larian tangga yang hanya mempunyai 4 anak tangga turut dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk gambar di atas.

Bulan lepas semasa mengendalikan bengkel di Kolej Jururawat Pulau Pinang, saya turut menyentuh keselamatan tangga ini. Anak tangga dari paras bawah ke tingkat satu lengkap dengan susur tangga. Malah anak tangga di antara larian tangga yang hanya mempunyai 4 anak tangga turut dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk gambar di atas.

Bagaimanapun sebagai peluang untuk penambahbaikan (room for improvement), anak tangga dari tingkat satu ke Dewan Ceramah tidak dilengkapi dengan susur tangga. Rujuk gambar di atas. Mungkin ketiadaan susur tangga di sini tidak menjadi masalah kepada pelatih-pelatih Kolej Jururawat Pulau Pinang ini yang berusia awal 20an tetapi agak bermasalah kepada tenaga pengajar malahkepada saya juga yang berusia hampir 50an ini.

Bagaimana dengan anak tangga di tempat kerja anda atau di kediaman anda?



UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984
BHG. VI - KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN (UNDANG-UNDANG KECIL 81 - 132)

106.  DIMENSI TANGGA
1)            Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter  (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter  (10 in) dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
(2)          Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut Undang-undang Kecil 168.
(3)          Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu

107.  SUSUR TANGAN
1)            Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangga.
(2)          Tangga yang lebarnya lebih daripada 2225 milimeter (87.5 in) hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi setiap 2225 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak yang hampir-hampir sama.
(3)          Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tangga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter (43 in) atau lebih.
(4)          Semua susur tangan hendaklah mengunjur tidak lebih daripada 100 milimeter (4 in) daripada permukaan dinding kemas dan hendaklah ditempatkan tidak kurang daripada 825 milimeter (32.5) dan tidak lebih daripada 900 milimeter (35,5 in) diukur daripada anjur jejak tangga dengan syarat bahawa susur tangan bagi pelantar hendaklah tidak kurang daripada 900 milimeter daripada paras pelantar itu.

108.  LARIAN TANGGA MAKSIMUM
(1)          Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 1.80 meter  (6.0’) lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih daripada 4.25 meter (14.0’) dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.
(2)          Tiada mana-mana bahagian dalam sesuatu larian mana-mana tangga boleh mempunyai kurang daripada dua tetingkat.

109.  ANAK TANGGA TIRUS
(1)          Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian VII dan VIII Undang-Undang Kecil ini tangga keliling boleh dibenarkan sebagai tangga kedua dalam bangunan di mana tingkat paling atas sekali adalah tidak lebih daripada 12.2 meter (40.0’) tinggi.
(2)          Tangga pilin boleh dibenarkan jika ia digunakan sebagai jalan keluar yang dikehendaki.

110.  TIADA HALANGAN PADA TANGGA
(1)          Maka hendaklah tidak ada apa-apa halangan pada sesuatu tangga di antara yang paling tinggi sekali dengan tempat keluar di tingkat bawah.
(2)          Maka hendaklah tidak ada apa-apa unjuran, selain daripada susur tangan pada tangga-tangga, dalam sesuatu koridor, laluan atau tangga pada paras yang rendah daripada 2 meter di atas lantai sesuatu tangga.

111.  PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN TANGGA
Semua tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan sempurna mengikut kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan.

112.  KEPUNGAN TANGGA DALAM KEDAI
Bagi sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai akses terus daripada jalan hendaklah dikepung dengan dinding daripada bahan tak boleh terbakar.

113.  PENGGUNAAN TANGGA KAYU
(1)          Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat tingginya:
(a)          bangunan kediaman berasingan;
(b)          bangunan kediaman berkembar;
(c)          rumah teres;
(d)          di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan
(e)          bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan.
(2)          Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.

No comments: