Safety, Health & Welfare at AEON Seremban 2
Kalau sebelum ini saya menyatakan penghargaan kepada AEON
(AEON Sri Manjung) kerana keprihatinan mereka terhadap Safety dan Security,
kali ini saya ingin menyatakan penghargaan kepada AEON (AEON Seremban 2) kerana
keprihatinan mereka terhadap Safety, Health dan Welfare, selaras dengan
objektif OSHA 1994 serta FMA 1967.
Dari segi Safety (FMA 1967) – sektor perkilangan sedia
maklum keperluan mendaftarkan Lift Penumpang tetapi sektor lain seperti sektor
perkhidmatan sama ada tidak tahu ataupun mengambil mudah dengan peraturan FMA
1967 ini. Kalaupun pihak DOSH (di negeri terbabit) mendaftarkan Certified
Machineries ini di sektor perkhidmatan yang terbabit, pemiliknya tidak begitu mengambil berat terhadap pembaharuan
pendaftaran, perlabelan dan penyenggaraan.
Tidak seperti di AEON Seremban 2 ini, semua Lift
Penumpang yang ada lengkap dengan label pendaftaran (PMA), salinan sijil
perakuan yang sah tempohnya dan label nombor-nombor telefon untuk dihubungi
jika perlu ketika kecemasan.
Dari segi Health – semua pekerja di Food Court memakai
penutup kepala dan ada di antara mereka yang memakai penutup mulut walaupun bertugas
di kaunter pembayaran. Perundangan yang dikuatkuasa oleh Pihak Beruasa Tempatan
memestikan semua pengendali makanan (food handler) mematuhi peraturan-peraturan
kebersihan. Ramai pengusaha makanan mengambil mudah dengan menganggap
pengendali makanan ini hanyalah terdiri dari tukang masak sahaja sedangkan semua
pekerja di premis menyediakan makanan adalah dianggap pengendali makanan.
Dari segi Welfare – petak khas untuk parking kenderaan
OKU. OKU yang membawa kenderaan hanya perlu menelefon pertugas yang akan
membantu mengalehkan penghalang/penghadang petak parking ini.
Papan tanda lain yang berkaitan ialah Bahaya Tersandung
dan Drug-Free Area.
Syabas AEON Seremban 2 khususnya dan pihak pengurusan
AEON amnya dengan tahap standard Safety, Health dan Welfare mereka.
No comments:
Post a Comment