Tuesday, December 17, 2013

Winter Boat with Snow Chain


Winter Boat with Snow Chain

(Menarik dan manfaat untuk dikongsi semua dari FB Ali Russia)

Sharing experience Anak Malaysia: Russia LNG Plant in Winter Season.

The Regulation & Requirement for Construction Dress Code in Winter season, Major accidents that occurred during the winter months is slipping and sliding, it caused a fracture, serious injuries also fatal where till the stage of LTA, for the purpose of avoiding slipping on the hard snow surface or ice, all personnel (employer & employees) is compulsory to use "Winter Boat with Snow Chain" all time during working hours.






Tuesday, November 26, 2013

Suntikan Vitamin C Tidak Pernah Didaftarkan oleh KKM


Di luar sana ada salun2, klinik2 kecantikan, klinik2 perubatan, orang perseorangan yang menjual dan menjalankan perkhidmatan suntikan Vitamin C - KETAHUILAH BAHAWA PRODUK SUNTIKAN VITAMIN C TIDAK BERDAFTAR DENGAN KKM! Sanggupkah anda memperjudikan nyawa anda dengan menggunakan ubat yang tidak berdaftar?

Tidur kurang 6 jam boleh membawa maut



TIDUR Kurang 6 Jam Boleh Membawa maut
(Kajian dapati semakin ramai tak cukup rehat malam)

Kajian terbaru menunjukan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untul kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seseorang daripada setiap lima orang,berasa letih luar biasa dan seseorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glosgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimana, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting,"katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

"Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama 'bom jangka' kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu,"kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun ysng kursng tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. K ajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi mengikatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pentas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

"Kajian yang berterusan menunjukkan semakin pendek tidur semakin tinggi risiko mengalami obesiti. Orang ramai mengambil ringan soal tidur, jadi ia tidak mungkin membantu menghilangkan berat badan, tetapi sebenarnya ia meningkatkan selera makan,"kata pengerusi Forum Obesiti Kebangsaan,Dr David Haslam.

Isu Bekalan Ayam Di Utara Semenanjung Dicemari Virus Berbahaya


Kempen Kitar Semula UEM



Friday, November 22, 2013

SEKS boleh selamatkan nyawa?



SEKS boleh selamatkan nyawa?
(Diterima melalui email)

Antara kenangan manis bersama NRG-SHE ialah program hari keluarga di Pantai Merdeka 2011. Semasa slot pertolongan cemas, anak-anak peserta telah diajar memberikan bantuan kecemasan kepada ibu bapa masing-masing. Mungkinkah aktiviti bermanfaat ini akan diteruskan oleh NRG-SHE pada masa akan datang?

Pada 20-21 November 2013, bersama rakan-rakan ERT, kami mengikuti "First Aid and CPR Training" di Merbok. Ia dikendalikan oleh Tn Mad Subhi Ahmad dari HUKM (madsubhi@ymail.com). Dalam banyak program pertolongan cemas yang pernah saya hadiri, Tn Subhi adalah antara pengajar yang hebat. Teori dan amali. Rutin harian kerjanya memberikan pertolongan cemas. Banyak kes-kes kemalangan yang mendapat liputan di media massa, beliau terlibat memberikan bantuan termasuk tragedi bas masuk gaung yang korbankan 37 orang penumpang dan pemandu.

Pada hari pertama kelas, Tn Subhi membuat satu kenyataan kejutan. Katanya, tujuan asas pertolongan cemas adalah SEKS? Ya, SEKS boleh menyelamatkan nyawa... Kami penuntut kelas dewasa mula terbayang adegan 18SX. Seperti juga protokol CPR iaitu DR ABC, SEKS adalah singkatan. Ia merujuk kepada:

S - Selamatkan nyawa
E - Elak bertambah teruk
K - Kelegaan & keselesaan mangsa
S - Segera membawa mangsa ke hospital

Muhamad Asri Mat Lazin
asristar@gmail.com

Wednesday, November 6, 2013

Avoid to go to hospital

The best health supplement ads ever. Avoid to go to hospital is the best solution

Tuesday, October 22, 2013

MASM 2013 peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2013.



MASM 2013 peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2013



Pertandingan Memancing, 300 peserta pertama akan mendapar t-shirt

Untuk kanak-kanak, ada pertandingan mewarna, umur 7-9 & 10 - 12 tahun. Pensel warna disediakan.

Kepada orang ramai, 700 orang pertama yang hadir akan menerima t-shirt MASM. 


JAS PERAK juga menganjurkan MASM 2013 peringkat Negeri PERAk pada 26 Oktober 2013 di RTC GOPENG. 

Saturday, October 19, 2013

Sambuitan Minggu Alam Sekitar Malaysia, 26 Okt 2013



Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM), DOE HQ dan negeri menganjurkan program masing-masing. JAS Negeri Kedah menjemput anda dan orang ramai untuk hadiri sambutan MASM pada 26 Oktober 2013.

Di Mana Ada Pekerjaan, Di Situ Ada Peluang Bagi Pengamal OSH



Di Mana Ada Pekerjaan, Di Situ Ada Peluang Bagi Pengamal OSH

Dalam email balasan terhadap posting saya sebelum ini yang bertajuk; “Kerjaya SHO Dalam Perfilemen”. Sdr. Muhamad Asri Mat Lazin, asristar@gmail.com ada menyebut;

“Dulu orang kata, di mana ada air di situ ada ikan. Dalam versi baharu, di mana ada pekerjaan, di situ ada peluang bagi pengamal OSH.”

Saya amat bersetuju dengan bidalan versi baru ini. Kalau dirujuk Jadual 1, OSHA, semua pekerjaan adalah tertakluk di bawah skop OSHA, kecuali mereka yang bekerja di atas kapal dan angkatan tentera. Bagaimanapun dalam Order OSH 1996 hanya menetapkan 10 kategori industri pekerjaan yang mesti mengajikan SHO.

Saya difahamkan, pihak NIOSH dengan kerjasama SOCSO dan disokong oleh FAM, akan membuat pengembaraan video berkaitan keselamatan di padang bola. NIOSH juga difahamkan akan menjalankan HIRARC dahulu sebelum pengembaraan video ini bermula.

Amnya setiap pasukan bolasepak dari peringkat negara, negeri hingga kelab kini telahpun mempunyai beberapa personnel berkaitan kesihatan pemain seperti Doktor Perubatan, Physicians, Therapist, dan sebagainya. Begitu juga dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap gelanggang bolasepak yang mengajikan beberapa personnel yang berkaitan Security, Emergency dan sebagainya.

Sudah sampainya masanya bukan sahaja sukan yang dimainkan secara berkumpulan (seperti bolasepak) atau sukan individu (seperti olahraga) mempunyai SHO yang mampu menasihati mereka dalam aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Sebagai contoh, media beberapa kali melaporkan ada pelajar yang tercedera dan juga terbunuh akibat ditimpa palang tiang gol mudah aleh. Mengapa kejadian sebegini boleh berlaku? Sekiranya palang tiang gol tersebut dibeli dari pengeluar tiang gol (bukan custom made), pengeluar akan menyertakan sekali panduan penggunaan (instruction manual) yang di antara lain yang memestikan palang tiang gol itu dibaringkan jika tidak digunakan atau telah selesai digunakan.

Walaupun tanggungjawab membaca atau memahami panduan penggunaan ini terletak kepada majikan (memastikan tempat kerja dan sistem kerja yang selamat, OSHA Section 15), dengan adanya SHO, kemungkinan besar beliu mampu menasihati majikan serta pemain-pemain juga.

Selain dari itu banyak lagi hazad dan risiko yang mampu dinasihati oleh seorang SHO. Value added jika SHO yang dilantik itu mempunyai pengalaman mewakili mana-mana sukan di peringkat negeri atau kebangsaan. Sebagai contoh, saya mengenali seorang bekas Pendaki Gunung / Tembok yang kerapkali mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan beraraf dunia kini menjadi seorang penasihat keselamatan dan juga juga jurulatih kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam-kerja di tempat tinggi ini.

Bagaimanapun ini bukanlah bidang saya yang merupakan seorang “kaki bangku” ini. Lainlah kalau skop kerja di stadium yang berkaitan emergency seperti perancangan menghadapi bencana, rusuhan, pergaduhan dan sebagainya.

Adakah ada bidalan baru selepas ini iaitu “kaki OSH”?

http://oshthejourney.blogspot.com/

Friday, October 18, 2013

OSH di Kindergarten / Pra-Sekolah


Pengenalan apa itu HAZAD? Eden Hazard Chelsea kami kenai!

15 minit pertama, situasi terkawal!

Ada yang super aktif

Pelbagai Alat Bantuan Mengajar

Khusyuk jika dapat menarik minat mereka

Selepas 30 minit, situasi sudah tidak terkawal

Sesi bergambar. Ada yang masih di dalam bilik air!

Pakcik boleh ambik gambar kami tak? Nanti kami suruh mak kami beli gambar ini!

OSH di Kindergarten / Pra-Sekolah

Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, bukan untuk dibanggakan, saya pernah dan biasa mengendalikan kursus-kursus OSH untuk semua peringkat umur dewasa dengan pelbagai bangsa dan jawatan professional. Mungkin sudah agak lama dalam bidang OSH ini, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mengendalikan kursus-kursus OSH ini. Tetapi mengendalikan safety talk 45 minutes untuk audien terdiri pra sekolah atau kanak-kanak tabika ini bagaikan dua jam lamanya masa beredar!

Rujuk posting saya sebelum ini. Terima kasihlah kepada John Kimble (lakonan Arnold Schwarzenegger) seorang dektetif polis yang menyamar sebagai guru tabika dalam filem Kindergarten Cop (1990). Walaupun sekadar filem tetapi banyak yang boleh diteladani ketika menangani telatah anak kecil ini.

Hari ini sekali lagi untuk sekian kalinya saya dijemput untuk memberi safety talk 45 minutes kepada 60 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Larut Matang dan Selama yang menyertai aktiviti tahunan Kem Jati Diri 2 Hari 1 Malam di Pusat Aktiviti Perpaduan, Ekspo, Kamunting.

Sama seperti di tahun-tahun sebelum ini, 15 minit terawal, kanak-kanak ini mampu menumpukan perhatian dengan sokongan alat bantu-mengajar seperti LCD (video clip) dan sebagainya. Selepas 30 minit kanak-kanak ini mula hilang tumpuan, masing-masing ingin bercakap walaupun tidak ditanya!

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini dengan topik yang umum meliputi bahaya kebakaran, bahaya dalam rumah dan bahaya di jalan raya, topik kali ini lebih khusus kepada bahaya di jalan raya. Saya terpaksa mengantikan bahaya kepada perkataan hazard untuk memudahkan kanak-kanak ini lebih memahami topik keselamatan ini. Malah sengaja saya tanya siapa tahu apa itu “hazard” dan jawapannya seperti diduga ada beberapa orang kanak-kanak yang menjawab; Eden Hazard, Chelsea!

Ada sesiapa yang ingin mengambilaleh atau membantu tugasan saya ini? Kini mungkin saya memerlukan beberapa pengamal OSH untuk bersama-sama saya dalam tugasan safety talk ini kerana selain OSH in Kindergarten, saya sudah mula terlibat dengan OSH in Sekolah Pondok dan juga OSH in Mosque yang lebih menumpukan di peringkat awal ini kepada Pengerusi, Iman dan Siak di   masjid-masjid dan surau-surau. Seperti yang dikatakan oleh seorang rakan, ada peluang saya nanti menjadi Ustad OSH Youtube! Apa salahnya, Ustad itu pun bermaksud Guru!

http://oshthejourney,blogspot.com


Tuesday, October 15, 2013

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) kepada arwah Radin



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) kepada arwah Radin

Prof. Dr. Radin Umar Radin Sohaidi, mantan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan alan Raya Malaysia (MIROS) dan mantan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi dan jawatan terakhir Vice Canselor UPM telah meninggal dunia pagi 14 Oktober 2013.

Saya pernah menulis mengenai arwah dan pnegelibatan serta jasanya dalam keselamatan jalan raya di Malaysia di dalam blog ini. Rujuk di sini.

Secara kebetulan seorang lagi kenalan rapat saya iaitu Tuan ASP Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna, mantan Ketua Polis Trafik Daerah dan Ketenteraman Awam Daerah Larut Matang & Selama sekitar pertengahan 90an hingga 2005. Kemudiannya berpindah ke Baling dan mulai tahun 2007 beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang. Arwah Radin Samsudin telah meninggal dunia pada tahun lepas. Arwah juga banyak terlibat dalam perkembangan sukan bermotor di mana-mana sahaja beliau bertugas dengan penerapan keselamatan serta pengelibatan orang awam terutama golongan muda.

Semoga roh kedua-dua insan ini dicucuri rahmat-Nya.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, October 5, 2013

Don't be "Tension“




 Don't be "Tension“

The moment you are in tension,
You will lose your attention,
Then you are in total confusion,
And you'll feel irritation,
This may spoil your personal relation,
Ultimately, you won't get cooperation,
And get things into complication,
Then your BP may raise caution,
And you may have to take medication,
Why not try understanding the situation,
And try to think about the solution,
Many problems will be solved by discussion,
Which will work out better in your profession;
Don't think it's my free suggestion,
It is only for your prevention,
If you understand my intention,
You'll never come again into tension!!!


Source: Public display board

Kerjaya SHO dalam industri perfileman



Kerjaya SHO dalam industri perfileman

“Filem sama ada berbentuk aksi atau fiksyen genre lain terdedah dan berisiko kepada kemalangan. Dalam Youtube banyak videoclip yang menunjukkan kemalangan yang berlaku di set pengembaraan.”

Minggu lepas saya berurusan dengan dua syarikat production house – satu urusan Safety Advisor (SHO?) dan satu lagi urusan OSH.

Atas rekomendasi pihak berkuasa dan juga kenalan, saya telah dijemput oleh sebuah syarikat production antarabangsa yang mempunyai cawangannya di Malaysia di Lembah Kelang untuk berbincang mengenai sebuah pengembaraan filem dokumentari akan diadakan di Malaysia.

Mulanya saya menyangkakan dokumentari ini berkaitan dengan OSH, sebab itu dari awal lagi melalui perbualan telefon saya bertanyakan skop bidang industri yang hendak difilemkan. Kalau Oil & Gas, saya mencadangkan agar diberikan peluang itu kepada orang lain yang lebih berkelayakan kerana pengalaman saya dalam bidang Oil & Gas ini amat-amat sedikit.

Rupa-rupanya syarikat production antarabangsa telah memilih Malaysia untuk pengembaraan dokumentari mengenai seorang tentera British di era 50/60 an yang berkhidmat di India. Beberapa lokasi dan premis yang bercirikan kolonia di Malaysia (Pulau Pinang, Cameron dan Fraser) telah dipilih sebagai set pengembaraan.

Mengapa Malaysia dipilih sedangkan latarbelakang dokumentari ini adalah di India? Saya dimaklumkan syarikat insuran antarabangsa (kepada syarikat production antarabangsa ini) telah menasihati agar dielakkan membuat pengembaraan di India atas alasan risiko yang tinggi. Dengan sebab itu syarikat production house ini memlih Malaysia sebagai alternatif.

Mengapa pula saya terlibat? Salah satu syarat tambahan yang dikenakan oleh syarikat insuran antarabangsa ini ialah syarikat production house antarabangsa ini perlu melantik Safety Advisor sepanjang masa pengembaraan dengan skop kerja lebih kepada Emergency Response serta hal-hal berkaitan OSH.

Ini perkara baru kepada saya (dalam perfileman) walaupun selama ini saya terlibat hampir 20 tahun dalam penyediaan perancangan Emergency Response untuk penganjuran kejuaraan Malaysian Cubprix, acara motorsport antarabangsa (London-Sydney Marathon, Vintage Car Rally 2000), Japan Enduro 2002 dan banyak lagi.

Ini juga bermakna peluang pekerjaan sebagai Safety Advisor (SHO?) akan lebih terbuka di Malaysia ini jika syarikat-syarikat production di Malaysia turut prihatin dan committed terhadap OSH ataupun syarikat insuran tempatan mengenakan syarat yang sama seperti yang dikenakan oleh syarikat insuran antarabangsa terhadap syarikat productin house antarabangsa ini.

Saya berharap agar selepas ini syarikat production house tempatan seperti milik Scop Production (Datuk Yusof Haslam), Metrowealth (David Teo), KRU dan  yang lain-lain turut melantik Safety Advisor bersama-sama krew yang lain semasa pengembaraan filem. Malah saya yakin ramai lagi pengamal-pengamal OSH di luar sana yang berupaya menjadi SHO ataupun Safety Advisor kepada syarikat production house tempatan ini.

Bagaimanapun pengamal-pengamal OSH yang berminat untuk menceburi bidang OSH dalam industri perfileman ini disarankan mendalami atau sekurang-kurangnya mempunyai asas-asas pengetahuan dalam perfileman. Secara kebetulan saya pernah terlibat dalam industri perfileman ini sebagai pelakon tambahan dalam beberapa buah filem dan drama pada penghujung 90an. Saya pernah berlakon di bawah arahan Datuk Yussof Haslam, A.R. Badul, Rahman Adam dan arwah Roslee Jalil. Malah semasa dalam industri perkilangan dahulu juga saya terbabit dalam pembikinan video korporat syarikat serta video OSH. Tambahan dari itu saya pernah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Ketua Juri pertandingan video-video OSH yang dihasilkan oleh beberapa industri perkilangan di Pulau Pinang anjuran JKKP Pulau Pinang pada tahun 2011.

Urusan yang kedua ialah Video OSH. Organisasi yang saya bekerja sekarang ini telah mementerai perjanjian dengan sebuah syarikat production house tempatan (yang sebelum ini aktif menerbitkan video OSH Socso) untuk menerbitkan sebuah video dokumentari OSH dalam masa yang terdekat ini. Tugas saya kali ini bukanlah sebagai Safety Advisor kepada syarikat ini tetapi lebih kepada menentukan halatuju dokumentari ini.

Bagaimanapun saya masih belum berpeluang bertanyakan kepada syarikat production house tempatan ini (milik seorang pelakon yang terkenal juga) sama ada syarikat mereka turut melantik Safety Advisor semasa melakukan pengembaraan. Maksud saya bukan semasa pengembaraan video OSH tetapi di setiap sesi pengembaraan untuk genre film lain yang mereka lakukan. Sebagai syarikat yang kerap terbabit dengan Socso dalam menerbitkan video OSH, seeloknyalah syarikat ini telah melantik seorang Safety Advisor.

Adakah di Malaysia selepas ini, syarikat production house (selain dari 10 kategori indusri dalam Perintah OSHA) akan mempunyai SHO yang berjawatan tetap? Adakah selepas ini di bahagian terakhir setiap filem atau drama akan tertera nama SHO (dengan nombor compentency) sebaris dengan nama-nama krew lain yang terlibat dalam pengembaraan?

Seperti dan selaras dengan nada Ir. Mohtar Deputy  DG DOSH dalam Seminar Pencegahan Kemalangan Socso dua minggu lepas, keperluan dalam OSH ini (termasuk SHO) sepatutnya lebih kepada peraturan kendiri dan bukannya semata-mata kepada perundangan.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, October 2, 2013

Kempen yang berkesan perlu perancangan teliti



Kempen yang berkesan perlu perancangan teliti

Dalam OSHA Seksyen 15 (tanggungjawab majikan) dengan jelas menyatakan tanggungjawab terhadap pekerja  ialah memberi (i) pengetahuan, (ii) arahan, (iii) latihan dan (iv) penyeliaan. Dalam Seksyen 17 pula, tanggungjawab ini meliputi kepada mereka (orang lain) selain dari pekerja seperti pelanggan, pelawat dan lain-lain.

Tidak dinafikan KEMPEN merupakan salah-satu cara terbaik dan berkesan dalam kategori “pengetahuan” untuk disampaikan kepada semua orang. Bagaimanapun sebelum mengadakan KEMPEN, perlu ada perancangan teliti (need analysis) sebagai contoh sasaran peserta, bahan/material kempen, waktu (hari dan masa), lokasi dan sebagainya supaya KEMPEN ini dapat dijalankan dan dijayakan serta mencapai objektif dan sasaran awal.

Laporan berikut boleh dijadikan teladan dan sempadan sebelum kita merancang, mengadakan dan menjayakan sesuatu KEMPEN itu.

http://oshthejourney.blogspot.com/

RM38,000 Rugi Akibat Kempen 'Bodoh'

Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan “bodoh” dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupid habit for stupid people (Merokok, satu tabiat bodoh untuk orang bodoh)'.

Bahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.

Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.

Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris.

Laporan itu mendapati, terjemahan berkenaan – “Ke arah eliminasi transmisi vertikal” – sukar difahami dalam bahasa Melayu.

Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut.

Frasa yang dimaksudkan itu sepatutnya merujuk kepada jangkitan oleh ibu kepada anak.


Kementerian berkenaan dalam jawapannya menyebut, satu pasukan redaksi dilantik untuk memeriksa kesemua bahan kempennya dan akan turut mendapatkan nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuesday, September 24, 2013

Cenderahati @ Doorgift Socso Accident Prevention Seminar 2013



Cenderahati @ Doorgift Socso Accident Prevention Seminar 2013

Setiap kali seminar anjuran Socso, cenderahati @ doorgiftnya memang “lumayan” dan ditunggu-tunggu. Untuk seminar kali ini pihak Socso memberikan satu beg kain yang mengandungi Smart Safety Hammer dan Stress Ball di samping tiga VCD kempen keselamatan terbitan Socso sendiri. Seperti biasa Socso menyediakan Programme Book yang eksklusif yang lengkap dan padat berkenaan aturcara, biodata pembentang dan abstrak pembentangan.

Bagaimanapun dengan penyertaan peserta terdiri dari pelbagai latar-belakang dan bukan kesemuanya pengamal OSH, ada di antara mereka yang tidak tahu fungsi cenderahati ini terutama Stress Ball. Manakala kegunaan dan kepentingan Smart Safety Hammer ada diperjelaskan sedikit oleh pembentang pertama sesi petang hari pertama iaitu; Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Director General, Road Safety Dept.

Saya tertunggu-tunggu juga sama ada urusetia atau moderator akan “membicarakan” sedikit kegunaan Stress Ball ini tetapi sehingga seminar tamat tidak kedengaran pula. Tapi mungkin juga saya terlepas dengar!

Beberapa orang peserta perempuan di hadapan meja saya tertanya sesama sendiri apakah kegunaan “bola lembut” ini. Saya ingin menerangkan tetapi pada masa yang sama saya tidak mahu suara saya menganggu tumpuan peserta lain.

Bercakap mengenai gangguan sebegini, masih “ramai” peserta malah seorang-dua urusetia yang berbual-bual di barisan belakang dewan. Malah ada di antara mereka ini yang tidak segan-silu menjawab panggilan telefon dengan nada yang tinggi, setinggi deringan bunyi telefon bimbit mereka yang tidak “disenyapkan”. Mereka itu tidak merasa malu apabila ada peserta lain yang rasa terganggu tumpuan mereka menoleh atau menjeling ke arah mereka ini.

Adakah di masa-masa akan datang urusetia boleh atau perlu mengupah security dari Nepal untuk “mempersilakan” mereka yang “menganggu” tumpuan peserta oarng lain ini beredar dari dewan?

http://oshthejourney.blogspot.com

Monday, September 23, 2013

Socso Accident Prevention Seminar 2013

Socso Accident Prevention Seminar 2013

Hari dan esok saya akan berada di Hotel Sunway Putra, KL menghadiri Accident Prevention Seminar 2013. Ini adalah acara tahunan Socso dengan para pembentangnya dari luar negara dan juga dalam negara.

Mereka yang tidak berpeluang menghadiri seminar ini rasanya berpeluang untuk muat-turun bahan pembentangan dari laman web Socso tidak lama lagi seperti di tahun-tahun sebelum ini.

Ada lima perkara yang saya ingin sentuh di dalam posting ini.

Pertama berkaitan logo seminar tahun ini. Logo adalah jongkang-jongkit yang diduduki oleh Safety dan Health pada setiap bahagian pada paras yang sama.

Memang menjadi persoalan yang manakah menjadi keutamaan. Sama ada Safety (keselamatan) atau Health (kesihatan). Sebagai contoh, karier saya bermula di Jabatan ESH di Silverstone Taiping dan kemudiannya Jabatan EHS di Celestica Kulim dan seterusnya di Jabatan SHE di Tasek Cement .  Mungkin ada yang mengganggap hanyalah sekadar nama dan tidak menjadi persoalan yang besar sama ada yang mana dahulu perlu didahulukan.

Saya pernah terbaca mengenai kepercayaan di barat, seseorang itu perlu sihat sebelum selamat. Mungkin disebabkan itu juga di barat, perkataan kesihatan diletakkan sebelum keselamatan.

Mungkin logo ini memberi maksud kesihatan adalah sama kepentingannya dengan keselamatan. Di mana pula letaknya keutamaan persekitaran (environment)? Apa yang pasti ISO 14000 masih menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan OHSAS 18000 atau MS 1722.

Kedua, dalam seminar kali ini (hari ini) saya mendengar (dengan penjelasan) beberapa katakunci yang mungkin baru pada saya. Kalau dalam COSH bulan lepas pengamal OSH diperdengarkan katakunci Perception Hazard, dalam seminar hari ini kami diperdengarkan dengan katakunci seperti salah satunya ialah Sleep Apnoea (pembentang dari Miros) iaitu masalah tidur yang tidak berkualiti yang boleh mempengaruhi tumpuan semasa bekerja atau memandu.

Manakala MKJR pula memperkenalkan katakunci Vehicle Crash iaitu mengantikan Vehicle Accident (MVA?) untuk menunjukkan bahawa crash berupaya untuk dielakkan (dicegah) berbanding accident yang ramai menganggapnya sebagai takdir (act of God?).

Katakunci-katakunci yang lain boleh dirujuk dalam bahan pembentangan jika telah dimuat-naik dalam laman web Socso.

Ketiga, pengharapan budaya self-regulation dalam mengantikan kebergantungan kepada legislation/enforcement. Ir. Mohtar Deputy  DG DOSH membayangkan satu senario di mana SHO tidak perlu lagi berdaftar/memerbarui  kompetensi mereka dengan DOSH malah tidak perlu membuktikan telah mengumpul CEP untuk pembaharuan SHO. Begitu juga dengan majilkan tidak perlu mendaftarkan kilang dan jentera yang mereka gunakan. Adakah kemungkinan senario sebegini akan ujud jika semua orang mengambil berat terdapat OSH?

Keempat, seorang peserta telah mengemukakan cadangan kepada pembentang ketiga, Dato Dr Mohamed Azman (Deputy CEO Socso) agar premium caruman kepada Socso dikurangkan kepada organisasi yang aktif dalam program accident prevention dan kempen healthy life style serta yang berjaya mengelakkan/mengurangkan kemalangan, seperti yang telah dipraktikkan di Jerman (pembentang pertama, Dr Walter Eschendoff).

Bagaimana Dato Dr. Mohamed Azman (yang kemudiannya disokong oleh Datuk K. Selvarajah, CEO Socso) berpendapat Malaysia umumnya (Socso khususnya) belum belum bersedia mencontohi Jerman dalam langkah mengamalkan Risk Based Premium ini kerana dikuatiri akan timbul gejala under-reporting di mana banyak kes-kes yang tidak akan dilaporkan oleh majikan.

(Semasa saya bekerja di kilang tayar di Taiping 10 tahun dahulu, Jabatan ESH telah memperkenalkan program Zero Accident Competition dengan syarat pertandingan jabatan mana yang tiada kemalangan dalam mana-mana suku tahunan akan mendapat hadiah untuk seiap seorang pekerja di jabatan tersebut. Hasilnya amat membanggakan iaitu kadar kemalangan 20 kes sebulan berjaya dikurangankan hingga 10 kes sebulan.  Sebenarnya kempen ini tidak berjaya sepenuhnya kerana ada jabatan yang sanggup untuk tidak melaporkan kemalangan semata-mata untuk memenangi hadiah walaupun nilai hadiah itu hanya barangan cenderahati yang berharga sekitar RM 10.00 satu.)

Kelima dan tidak berkaitan dengan OSH! Pihak hotel telah mengaturkan beberapa persiapan awal untuk keselesaan peserta yang melebihi 500 orang. Di antaranya ialah kudapan untuk rehat pagi dan petang disediakan kalau tidak silap saya di lima tempat berlainan. Meja makanan dan minuman diipisahkan dan peserta boleh berbaris di kedua-dua belah sisi meja hidangan untuk mengambil makanan. Begitu juga semasa makan tengahari, pihak hotel serta-merta mengsyorkan peserta mengambil makanan buffet di bahagian lain sementelah lokasi utama terlalu ramai yang beratur. Sekurang-kurangnya peserta tidak perlu lama berbaris untuk mengambil makanan dan minuman.

Insya-Allah kalau berkesempatan saya akan sambung lagi.

http://oshthejourney.blogspot.com


Friday, September 20, 2013

Bas vs Motosikal



Bas vs Motosikal

Walaupun saya memilih dan gemar serta kerap menunggang motosikal, saya amat bersetuju dengan pendapat (kajian) seperti tertera di dalam gambar di atas.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Monday, September 16, 2013

Penghadang Jalan memisahkan penjalan kaki dan pengguna jalan raya


Penghadang Jalan memisahkan penjalan kaki dan pengguna jalan raya

Gambar di atas saya ambil petang tadi, lokasi di Seberang Prai, tepi Hotel Sunway.

Bagi saya pembinaan Penghadang Jalan tersebut adalah langkah terbaik sebagai serampang dua mata :-

(i) Sebagai langkah pencegahan kemalangan yang berupaya memisahkan atau menjarakkan penjalan kaki dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya, dan,

(ii) Sebagai langkah pencegahan jenayah terutamanya ragut oleh penunggang motosikal (atau menggunakan kenderaan lain) di mana penjalan kaki yang membawa beg tangan tidak boleh atau sukar untuk dihampiri dan diragut.

Syabas kepada pihak berkuasa berkenaan yang telah memasang Penghadang Jalan ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Update 17 Sept 2013

Saya yakin gambar di bawah struktur yang dibina lebih kepada penghiasan Bandar Warisan di Taping. Boleh juga berfungsi sebagai peralatan mencegah kemalangan jalan raya dan mencegah jenayah (ragut) tetapi kalau dipasang palang tengah melintang (horizontal) sudah tentu lebih berfungsi.



Berulang lagi - mati dihempap tv!

Berulang lagi - mati dihempap tv! Posting sebelum ini di sini.

Monday, September 9, 2013

Great idea?

For all OSH professionals/practitioner, your thoughts...

Saturday, September 7, 2013

Anda sedang diperhatikan

Anda sedang diperhatikan

Siapa yang memerhatikan penunggang motosikal? Dan apakah tujuan untuk diperhatikan?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

See and be seen – melihat dan dilihat



See and be seen – melihat dan dilihat

Saya difahamkan beberapa organisasi multi nasional di Malaysia telah menguatkuasakan kenderaan syarikat yang dipandu di waktu siang mesti dipasang lampu siang (day lights). Ini selaras dengan peraturan keselamatan yang dibuat oleh syarikat induk mereka di luar negara.

Pengguna motosikal umpamanya telah lama mengamalkan amalan memasang lampu di waktu siang. Pada pertengahan 80an, sewaktu saya mula menunggang motosikal berkuasa besar yang diimport tidak mempunyai suis lampu. Acapkali ditegur oleh pengguna jalan raya lain yang menyangkakan saya terlupa menutup lampu!

See and be seen – melihat dan dilihat, adalah salah satu elemen keselamatan. Pemandu yang memandu kenderaan bukan sahaja berkemampuan melihat kenderaan lain (pengguna jalan raya yang lain) di hadapan dan di sekeliling kenderaan yang mereka pandu tetapi kenderaan mereka juga hendaklah boleh dilihat oleh pengguna kenderaan yang lain.

Kerap kali kenderaan yang dipandu pada waktu malam atau lewat petang terutama di kawasan bandar dipandu oleh pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Mungkin pemandu ini lupa atau leka kerana mereka mula memandu pada hari masih cerah ataupun mereka memandu di kawasan di mana pencahayaannya terang.

Bagaimanapun kenderaan tanpa pemasangan lampu sebegini terutama lampu belakang amatlah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beberapa hari lepas semasa saya menunggang motosikal dalam hujan lebat sekitar jam 7.00 malam dari Prai ke Taiping, saya terserempak dengan beberapa buah kenderaan yang tidak menyalakan lampu. Saya pasti pemandu kenderaan ini mempunyai pengelihatan (mata) yang bagus sehingga tidak memerlukan lampu hadapan kereta untuk melihat kenderaan di hadapan tetapi pemandu ini mesti ingat tanpa lampu belakang, kenderaan mereka hampir tidak dapat dilihat oleh pemandu dan pengguna jalan raya lain di belakang mereka.

Pada masa yang sama terdapat juga kenderaan lama yang cermin lampu kenderaan mereka sudah pudar dimakan usia. Pemilik kenderaan sebegini bertanggungjawab memastikan cermin lampu mereka yang dimakan usia ini tidak mengurangkan kecerahan cahaya lampu kenderaan mereka.

Atau sudah sampai masanya adanya satu peraturan yang memestikan cermin lampu sesuatu kenderaan tersebut ditukar mengikut tempoh usia hayatnya?

http://oshthejourney.blogspot.com

Posting yang sama di sini.