Socso Accident Prevention Seminar 2013
Hari dan esok saya akan berada di Hotel Sunway Putra, KL
menghadiri Accident Prevention Seminar 2013. Ini adalah acara tahunan Socso
dengan para pembentangnya dari luar negara dan juga dalam negara.
Mereka yang tidak berpeluang menghadiri seminar ini rasanya
berpeluang untuk muat-turun bahan pembentangan dari laman web Socso tidak lama
lagi seperti di tahun-tahun sebelum ini.
Ada lima perkara yang saya ingin sentuh di dalam posting ini.
Pertama berkaitan logo seminar tahun ini. Logo adalah
jongkang-jongkit yang diduduki oleh Safety dan Health pada setiap bahagian pada
paras yang sama.
Memang menjadi persoalan yang manakah menjadi keutamaan.
Sama ada Safety (keselamatan) atau Health (kesihatan). Sebagai contoh, karier
saya bermula di Jabatan ESH di Silverstone Taiping dan kemudiannya Jabatan EHS
di Celestica Kulim dan seterusnya di Jabatan SHE di Tasek Cement . Mungkin ada yang mengganggap hanyalah sekadar
nama dan tidak menjadi persoalan yang besar sama ada yang mana dahulu perlu
didahulukan.
Saya pernah terbaca mengenai kepercayaan di barat, seseorang
itu perlu sihat sebelum selamat. Mungkin disebabkan itu juga di barat,
perkataan kesihatan diletakkan sebelum keselamatan.
Mungkin logo ini memberi maksud kesihatan adalah sama
kepentingannya dengan keselamatan. Di mana pula letaknya keutamaan persekitaran
(environment)? Apa yang pasti ISO 14000 masih menjadi keutamaan jika
dibandingkan dengan OHSAS 18000 atau MS 1722.
Kedua, dalam seminar kali ini (hari ini) saya mendengar
(dengan penjelasan) beberapa katakunci yang mungkin baru pada saya. Kalau dalam
COSH bulan lepas pengamal OSH diperdengarkan katakunci Perception Hazard, dalam
seminar hari ini kami diperdengarkan dengan katakunci seperti salah satunya
ialah Sleep Apnoea (pembentang dari Miros) iaitu masalah tidur yang tidak
berkualiti yang boleh mempengaruhi tumpuan semasa bekerja atau memandu.
Manakala MKJR pula memperkenalkan katakunci Vehicle Crash
iaitu mengantikan Vehicle Accident (MVA?) untuk menunjukkan bahawa crash
berupaya untuk dielakkan (dicegah) berbanding accident yang ramai menganggapnya
sebagai takdir (act of God?).
Katakunci-katakunci yang lain boleh dirujuk dalam bahan
pembentangan jika telah dimuat-naik dalam laman web Socso.
Ketiga, pengharapan budaya self-regulation dalam mengantikan
kebergantungan kepada legislation/enforcement. Ir. Mohtar Deputy DG DOSH membayangkan satu senario di mana SHO
tidak perlu lagi berdaftar/memerbarui
kompetensi mereka dengan DOSH malah tidak perlu membuktikan telah mengumpul
CEP untuk pembaharuan SHO. Begitu juga dengan majilkan tidak perlu mendaftarkan
kilang dan jentera yang mereka gunakan. Adakah kemungkinan senario sebegini
akan ujud jika semua orang mengambil berat terdapat OSH?
Keempat, seorang peserta telah mengemukakan cadangan kepada
pembentang ketiga, Dato Dr Mohamed Azman (Deputy CEO Socso) agar premium
caruman kepada Socso dikurangkan kepada organisasi yang aktif dalam program
accident prevention dan kempen healthy life style serta yang berjaya
mengelakkan/mengurangkan kemalangan, seperti yang telah dipraktikkan di Jerman
(pembentang pertama, Dr Walter Eschendoff).
Bagaimana Dato Dr. Mohamed Azman (yang kemudiannya disokong
oleh Datuk K. Selvarajah, CEO Socso) berpendapat Malaysia umumnya (Socso
khususnya) belum belum bersedia mencontohi Jerman dalam langkah mengamalkan
Risk Based Premium ini kerana dikuatiri akan timbul gejala under-reporting di
mana banyak kes-kes yang tidak akan dilaporkan oleh majikan.
(Semasa saya bekerja di kilang tayar di Taiping 10 tahun
dahulu, Jabatan ESH telah memperkenalkan program Zero Accident Competition
dengan syarat pertandingan jabatan mana yang tiada kemalangan dalam mana-mana
suku tahunan akan mendapat hadiah untuk seiap seorang pekerja di jabatan
tersebut. Hasilnya amat membanggakan iaitu kadar kemalangan 20 kes sebulan
berjaya dikurangankan hingga 10 kes sebulan.
Sebenarnya kempen ini tidak berjaya sepenuhnya kerana ada jabatan yang
sanggup untuk tidak melaporkan kemalangan semata-mata untuk memenangi hadiah
walaupun nilai hadiah itu hanya barangan cenderahati yang berharga sekitar RM
10.00 satu.)
Kelima dan tidak berkaitan dengan OSH! Pihak hotel telah
mengaturkan beberapa persiapan awal untuk keselesaan peserta yang melebihi 500
orang. Di antaranya ialah kudapan untuk rehat pagi dan petang disediakan kalau
tidak silap saya di lima tempat berlainan. Meja makanan dan minuman diipisahkan
dan peserta boleh berbaris di kedua-dua belah sisi meja hidangan untuk
mengambil makanan. Begitu juga semasa makan tengahari, pihak hotel serta-merta
mengsyorkan peserta mengambil makanan buffet di bahagian lain sementelah lokasi
utama terlalu ramai yang beratur. Sekurang-kurangnya peserta tidak perlu lama
berbaris untuk mengambil makanan dan minuman.
Insya-Allah kalau berkesempatan saya akan sambung lagi.
http://oshthejourney.blogspot.com
No comments:
Post a Comment