Tuesday, September 24, 2013

Cenderahati @ Doorgift Socso Accident Prevention Seminar 2013



Cenderahati @ Doorgift Socso Accident Prevention Seminar 2013

Setiap kali seminar anjuran Socso, cenderahati @ doorgiftnya memang “lumayan” dan ditunggu-tunggu. Untuk seminar kali ini pihak Socso memberikan satu beg kain yang mengandungi Smart Safety Hammer dan Stress Ball di samping tiga VCD kempen keselamatan terbitan Socso sendiri. Seperti biasa Socso menyediakan Programme Book yang eksklusif yang lengkap dan padat berkenaan aturcara, biodata pembentang dan abstrak pembentangan.

Bagaimanapun dengan penyertaan peserta terdiri dari pelbagai latar-belakang dan bukan kesemuanya pengamal OSH, ada di antara mereka yang tidak tahu fungsi cenderahati ini terutama Stress Ball. Manakala kegunaan dan kepentingan Smart Safety Hammer ada diperjelaskan sedikit oleh pembentang pertama sesi petang hari pertama iaitu; Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Director General, Road Safety Dept.

Saya tertunggu-tunggu juga sama ada urusetia atau moderator akan “membicarakan” sedikit kegunaan Stress Ball ini tetapi sehingga seminar tamat tidak kedengaran pula. Tapi mungkin juga saya terlepas dengar!

Beberapa orang peserta perempuan di hadapan meja saya tertanya sesama sendiri apakah kegunaan “bola lembut” ini. Saya ingin menerangkan tetapi pada masa yang sama saya tidak mahu suara saya menganggu tumpuan peserta lain.

Bercakap mengenai gangguan sebegini, masih “ramai” peserta malah seorang-dua urusetia yang berbual-bual di barisan belakang dewan. Malah ada di antara mereka ini yang tidak segan-silu menjawab panggilan telefon dengan nada yang tinggi, setinggi deringan bunyi telefon bimbit mereka yang tidak “disenyapkan”. Mereka itu tidak merasa malu apabila ada peserta lain yang rasa terganggu tumpuan mereka menoleh atau menjeling ke arah mereka ini.

Adakah di masa-masa akan datang urusetia boleh atau perlu mengupah security dari Nepal untuk “mempersilakan” mereka yang “menganggu” tumpuan peserta oarng lain ini beredar dari dewan?

http://oshthejourney.blogspot.com

No comments: