Sunday, July 5, 2009

KURSUS PENGURUSAN TRAFIK SEWAKTU PEMBINAAN





KURSUS PENGURUSAN TRAFIK SEWAKTU PEMBINAAN

Baru-baru ini saya menduduki Kursus Pengurusan Trafik Sewaktu Pembinaan (kumpulan ketiga) di Hotel Sunway Prai. Mulanya mendaftar untuk kumpulan pertama dan kedua tetapi saya terikat dengan beberapa komitmen lain. Mujur atas permintaan ramai, kursus ini diadakan lagi untuk kumpulan ketiga. Saya menghadiri kursus ini dengan pembiayaan sendiri. Malah ramai pesertanya termasuk seorang pensyarah UiTM turut menghadirinya dengan pembiayaan sendiri. Semasa kumpulan kedua ramai peserta-pesertanya terdiri dari SHO sekitar Pulau Pinang dan Kedah (NRG). Manakala kumpulan kedua dan ketiga pula peserta-pesertanya terdiri dari TMO sendiri (Traffic Manegement Officer) dan mereka yang terlibat secara langsung dengan pembinaan sama ada jalan raya ataupun bangunan. Di samping itu ramai juga bekas-bekas pelajar MOSH termasuk yang masih bergelar pelajar turut menduduki kursus ini.

Banyak pengetahuan yang saya dapat melalui kursus ini. Sekurang-kurangnya saya lebih memahami maksud dan tujuan papan-papan tanda yang diletakkan secara khusus sama ada di lebuh raya ataupun di jalan persekutuan, negeri dan sebagainya.

Papan-papan tanda dan pelbagai peralatan serta isyarat penunjuk yang ada di sepanjang laluan itu dipasang secara khusus mengikut Zon A, Amaran Awal (Advance Warning), Zon B, Peralehan (Transition), Zon C, Penampan (Buffer), Zon D, Kawasan Kerja (Work Area) dan Zon E, Penamat (Terminate).

Di dalam kursus, kami diajar menyediakan Traffic Management Plan (TMP) yang bertujuan me-minimize-kan risiko kepada pekerja binaan serta pengguna jalan raya yang lain semasa menggunakan laluan yang terbabit dalam perbinaan.

Selain berkursus teori, kami membuat praktikal di Simpang Ampat, Seberang Prai pada hari ketiga diikuti persembahan berkumpulan (group presentation) dan menduduki ujian di hari keempat serta tugasan individu yang diberi tempoh 30 hari untuk disiapkan.

Semasa menyertai kursus ini juga saya menyedari bahawa saya telah mengambil beberapa perkiraan TMP semasa menutup jalan raya untuk acara perlumbaan motosikal (serta kereta) di setiap acara motorsports jalanan yang telah saya anjurkan dan kelolakan sebelum ini. Dengan pengetahuan TMP lebih lengkap, terperinci dan bersistematik yang telah dipelajari, saya yakin saya boleh mempraktikkannya untuk acara-acara motorsports jalanan akan datang.

Saya juga ingin mengesyorkan kepada pengamal-pengamal OSH di luar sana agar mengambil peluang menduduki kursus ini terutama mereka yang terbabit dalam kerja-kerja luar bangunan. Yakinkan majikan anda untuk menghantar dan membiayai anda mengikuti kursus ini. Jika tiada budget, anda dudukilah kursus ini dengan pembiayaan sendiri. Sebelum itu dapatkan Kad Hijau CIDB (CIDB Green Card) yang membolehkan anda mendapat potongan harga yuran kursus sebanyak 50 %.

Terima kasih saya juga kepada sdr. Yusri Mohd Yussof (
aladdinosama@gmail.com) yang bersusah-payah berkempen mendapatkan peserta dan juga membolehkan kursus ini diadakan untuk dua kumpulan tambahan di Pulau Pinang.

Selamat berkursus kepada mereka yang belum lagi menduduki kursus ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

KURSUS PENGURUSAN TRAFIK SEWAKTU PEMBINAAN – 16 Mata CCD

Pengenalan

Semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan di jalanraya/ lebuhraya, pengguna-pengguna termasuklah pemandu, pejalan kaki dan pekerja binaan akan berhadapan dengan situasi trafik yang berisiko. Oleh sebab itu, pengurusan trafik yang berkesan adalah penting sewaktu pembinaan tersebut berlangsung. Pengurusan trafik yang efektif bukan sahaja akan menurunkan kadar kemalangan jalanraya dan mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, malah akan meningkatkan produktiviti dalam proses pembinaan.

Sasaran Peserta

Terbuka untuk semua khasnya ’Traffic Management Officer’

Maklumat disampaikan melalui kursus:

1. Perancangan dan rekabentuk Pelan Pengurusan Trafik (TMP) harus mematuhi keperluan kejuruteraan dan Garis Panduan Negara (ATJ/REAM) yang mengambil kira ciri-ciri trafik tempatan dan kekangan tapak pembinaan.
2. TMP yang direkabentuk dan digunapakai tidak boleh menyebabkan kemalangan dan kesesakan lalulintas. Bilangan lorong dan tahap perkhimatan (LOS) harus dikekalkan sepanjang pembinaan.
3. TMP mesti direkabentuk oleh pegawai teknikal yang berpengalaman dalam rekabentuk jalanraya dan kerja-kerja pembinaan. TMP ini perlulah diaudit oleh Juruaudit yang telah diakreditasi dan diluluskan oleh JKR sebelum kerja-kerja pembinaan fizikal sebenar di tapak.
4. TMP mesti memaparkan pelbagai tahap pembinaan dengan mengambilkira halangan utama dan petukaran laluan jalanraya. Pemberitahuan awal harus diberikan kepada semua pengguna jalanraya sekiranya terdapat halangan trafik, penutupan jalan, penutupan lorong dan laluan alternatif.
5. Sebelum kerja-kerja pembinaan di tapak, butir-butir Traffic Management Team, Emergency Response Plan, Emergency Response Team harus diperincikan.
6. Syarat yang mencukupi harus dinyatakan dalam BQ bagi tujuan pemasangan dan penggantian semua alatan pengawalan trafik.
7. TMP dan Laporan Keselamatan Pengurusan Trafik (TMSR) harus diaudit oleh . Juruaudit yang dipersetujui oleh JKR sebelum kerja-kerja pembinaan. TMSR tersebut mesti mematuhi format seperti yang diluluskan oleh JKR.

Kandungan Kursus

Hari Pertama
‘An overview of Traffic Management during Construction – The JKR Way’ (Oleh Pegawai JKR)
Bab 1 – Kepentingan Pengurusan Trafik di Kawasan Kerja
Bab 2 – Keperluan Pengurusan Trafik di Kawasan Zon Kerja
Bab 3 – Strategi Paling Efektif Perlaksanaan Pengurusan Trafik di Zon Kerja

Hari Kedua
Bab 4 – Merancang Pelan Pengurusan Trafik
Bab 5 – Merekabentuk Pelan Pengurusan Trafik
Bab 6 – Pelan Pengurusan Trafik

Hari Ketiga
Lawatan ke Tapak
Pembentangan Projek Kumpulan

Hari Keempat
Bab 7 – Pemasangan dan Pemindahan Peralatan Kawalan Trafik
Bab 8 – Penyelenggaraan Zon Kawalan Trafik
Bab 9 – Laporan dan Pemeriksaan
Menduduki Ujian

Pembayaran

RM 400 bagi pemegang Kad Hijau sah / RM 800 tanpa Kad Hijau
Temasuk bahan kursus, ujian, dan makan minum.

Tempat, Tarikh & Masa

Kuala Lumpur; 17-20 Mac 2009 (Selasa-Jumaat),8am-5pm
Kuala Lumpur; 12-15 Mei 2009 (Selasa-Jumaat), 8am- 5pm
Terengganu; 20-23 Julai 2009 (Isnin-Khamis), 8am- 5pm
Perak; 18-21 Ogos 2009 (Selasa-Jumaat), 8am- 5pm
Johor Bahru; 26-29 Okt 2009 (Isnin-Khamis), 8am-5pm
Kuching, Sarawak; 17-20 Nov 2009 (Selasa-Jumaat), 8am-5pm
K. Kinabalu, Sabah; 8-11 Dis 2009 (Selasa-Jumaat), 8am-5pm

PERTANYAAN UMUM & PERMOHONAN KURSUS

Cik Zuraida Omar
03-26170285
zuraida@cidb.gov.my;

En. Chuang Kuang Hong
03-26170357/017-7319899
chuang@cidb.gov.my

Fax: 03-40430801

6 comments:

Liz Kayuyung said...

sya berminat nak ikuti kursus ni la...

Anonymous said...

apakah jarak bagi setiap kon yang diletakkan sebagai baricade

lukmanw@gmail.com said...

1. Seeloknya nagilah nama, elakkan guna anonymous.

2. Boleh rujuk dalam dalam JKR/J(Rb) 0001/80, Manual On Traffic Control Devices - Traffic Signs. Boleh download dari internet

MAHARUDIN MANAP said...

Sir,bole ajr saya tentang tmp

MAHARUDIN MANAP said...

Sir,bole ajr saya tentang tmp

Abu Chek said...

mcm mne sy ingin mengikuti kursus ini