Kempen & Perkhidmatan
Mesra Pelanggan di Bangunan JKKP Putrajaya
Isnin lepas saya
ada urusan di Pejabat JKKP Putrajaya Tingkat 4 dan Tingkat 3. Sudah lama saya tidak
mengunjungi pejabat ini. Saya tertarik dengan dua poster di luar lift dan juga
di dalam lift berkaitan kempen galakan menggunakan tangga seperti gambar-gambar
di atas. Saya tidak berpeluang untuk meninjau keadaan tangga. Saya berharap
(dan yakin) keadaan tangga adalah bersesuaian (selamat, bersih dan segaianya) untuk
digunakan seperti posting saya sebelum ini.
Ruang lobi Tingkat
4, JKKP juga dilengkapi dengan set sofa yang selesa, tv dan beberapa naskah
suratkhabar serta air minuman. Syabas kepada pihak pengurusan JKKP yang
berkonsep mesra pelanggan ini.
Bagaimanapun ruang
lobi Tingkat 3, JKKP (mungkin kerana ruang terhad), kemudahannya juga terhad
hanya disediakan beberapa kerusi dan terdapat juga surat khabar tetapi tanpa tv
dan air minuman sedangkan di Tingkat 3 ini yang menjadi tumpuan SHO untuk
berurusan dengan Green Book mereka.
Saya teringat
kepada Puan Hajjah Hajar, JKKP Perak. Perkhidmatannya di kaunter pertanyaan
begitu cemerlang. Mantan staf JKKP ini mahir dengan segala prosedur dan borang.
Paling mengkagumkan saya ialah dia dapat mengecam suara saya dalam telefon. Mulanya
saya ingatkan dia hanya mengecam suara saya sahaja di telefon, rupa-rupanya dia
juga mengecam hampir kebanyakan suara SHO yang sering berurusan dengan pejabat
JKKP Perak.
No comments:
Post a Comment