Pengenalan
apa itu HAZAD? Eden Hazard Chelsea kami kenai!
15 minit
pertama, situasi terkawal!
Ada yang
super aktif
Pelbagai Alat
Bantuan Mengajar
Khusyuk jika
dapat menarik minat mereka
Selepas 30
minit, situasi sudah tidak terkawal
Sesi
bergambar. Ada yang masih di dalam bilik air!
Pakcik boleh
ambik gambar kami tak? Nanti kami suruh mak kami beli gambar ini!
Seperti yang
pernah saya tuliskan sebelum ini, bukan untuk dibanggakan, saya pernah dan
biasa mengendalikan kursus-kursus OSH untuk semua peringkat umur dewasa dengan
pelbagai bangsa dan jawatan professional. Mungkin sudah agak lama dalam bidang
OSH ini, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mengendalikan kursus-kursus
OSH ini. Tetapi mengendalikan safety talk 45 minutes untuk audien terdiri pra
sekolah atau kanak-kanak tabika ini bagaikan dua jam lamanya masa beredar!
Rujuk posting saya sebelum ini. Terima kasihlah kepada John Kimble (lakonan Arnold
Schwarzenegger) seorang dektetif polis yang menyamar sebagai guru tabika dalam
filem Kindergarten Cop (1990). Walaupun sekadar filem tetapi banyak yang boleh
diteladani ketika menangani telatah anak kecil ini.
Hari ini
sekali lagi untuk sekian kalinya saya dijemput untuk memberi safety talk 45
minutes kepada 60 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Larut Matang dan Selama
yang menyertai aktiviti tahunan Kem Jati Diri 2 Hari 1 Malam di Pusat Aktiviti
Perpaduan, Ekspo, Kamunting.
Sama seperti
di tahun-tahun sebelum ini, 15 minit terawal, kanak-kanak ini mampu menumpukan
perhatian dengan sokongan alat bantu-mengajar seperti LCD (video clip) dan
sebagainya. Selepas 30 minit kanak-kanak ini mula hilang tumpuan, masing-masing
ingin bercakap walaupun tidak ditanya!
Tidak seperti
tahun-tahun sebelum ini dengan topik yang umum meliputi bahaya kebakaran,
bahaya dalam rumah dan bahaya di jalan raya, topik kali ini lebih khusus kepada
bahaya di jalan raya. Saya terpaksa mengantikan bahaya kepada perkataan hazard
untuk memudahkan kanak-kanak ini lebih memahami topik keselamatan ini. Malah
sengaja saya tanya siapa tahu apa itu “hazard” dan jawapannya seperti diduga
ada beberapa orang kanak-kanak yang menjawab; Eden Hazard, Chelsea!
Ada sesiapa
yang ingin mengambilaleh atau membantu tugasan saya ini? Kini mungkin saya
memerlukan beberapa pengamal OSH untuk bersama-sama saya dalam tugasan safety
talk ini kerana selain OSH in Kindergarten, saya sudah mula terlibat dengan OSH
in Sekolah Pondok dan juga OSH in Mosque yang lebih menumpukan di peringkat
awal ini kepada Pengerusi, Iman dan Siak di masjid-masjid dan surau-surau. Seperti
yang dikatakan oleh seorang rakan, ada peluang saya nanti menjadi Ustad OSH
Youtube! Apa salahnya, Ustad itu pun bermaksud Guru!
http://oshthejourney,blogspot.com
2 comments:
teruja baca artikel yg satu ini..meanarik bunyi nya bila dgr OSH di kindergarten. hrp dpt berpeluang mndapat tugasan seperti ini bila bekerjaya kelak..
terima kasih atas tunjuk ajar tuan Lukman mngajar kami di KISMEC baru2 ini. semoga Tuan diberi keberkatan umur dan dimurahkan rezeki. tidak lupa juga semoga terus mendpt sokongan org rumah dan galakan drpd anak.
puji juga cara dokumentasi blog tuan yg agak menarik. sy byk d FB, krg review blog dan tiada blogg sendiri..
semoga berjumpa lagi-
S Azam
Kismec SHO Course
Assalam Sdr Azam
Manafaat ilmu yg dipelajari.
Post a Comment