SEKS boleh selamatkan nyawa?
(Diterima melalui email)
Antara kenangan manis bersama NRG-SHE ialah program hari keluarga di Pantai
Merdeka 2011. Semasa slot pertolongan cemas, anak-anak peserta telah diajar
memberikan bantuan kecemasan kepada ibu bapa masing-masing. Mungkinkah aktiviti
bermanfaat ini akan diteruskan oleh NRG-SHE pada masa akan datang?
Pada 20-21 November 2013, bersama rakan-rakan ERT, kami mengikuti
"First Aid and CPR Training" di Merbok. Ia dikendalikan oleh Tn Mad
Subhi Ahmad dari HUKM (madsubhi@ymail.com).
Dalam banyak program pertolongan cemas yang pernah saya hadiri, Tn Subhi adalah
antara pengajar yang hebat. Teori dan amali. Rutin harian kerjanya memberikan
pertolongan cemas. Banyak kes-kes kemalangan yang mendapat liputan di media
massa, beliau terlibat memberikan bantuan termasuk tragedi bas masuk gaung yang
korbankan 37 orang penumpang dan pemandu.
Pada hari pertama kelas, Tn Subhi membuat satu kenyataan kejutan. Katanya,
tujuan asas pertolongan cemas adalah SEKS? Ya, SEKS boleh menyelamatkan
nyawa... Kami penuntut kelas dewasa mula terbayang adegan 18SX. Seperti juga
protokol CPR iaitu DR ABC, SEKS adalah singkatan. Ia merujuk kepada:
S - Selamatkan nyawa
E - Elak bertambah teruk
K - Kelegaan & keselesaan mangsa
S - Segera membawa mangsa ke hospital
Muhamad Asri Mat Lazin
asristar@gmail.com
No comments:
Post a Comment