Tuesday, April 1, 2008

Dua Nama Besar Radin dalam Keselamatan Jalan Raya




Dua Nama Besar Radin dalam Keselamatan Jalan Raya

Prof. Dr. Radin Umar Radin Sohaidi, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sudah pasti tidak perlu diperkenalkan lagi. Usaha beliau dan juga institutnya mula diperakui semua. Secara kebetulan banyak perkara-perkara berkaitan usaha institut yang dimaklumkan kepada saya melalui ”mailing list” seorang rakan OSH di Pulau Pinang.

Seorang lagi Radin yang aktif dalam soal-soal keselamatan jalan raya ini adalah Tuan ASP Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna, bekas Ketua Polis Trafik Daerah dan Ketenteraman Awam Daerah Larut Matang & Selama sekitar pertengahan 90an hingga 2005. Kemudiannya berpindah ke Baling dan mulai tahun lepas beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, yang juga merupakan satu lagi gelanggang tetap untuk acara tahunan Cub Prix.

Antara usaha Tuan ASP Hj. Radin Samsudin semasa di Taiping ialah mengumpulkan penunggang-penunggang motosikal dan juga pemilik-pemilik kereta dari pelbagai persatuan untuk bergabung dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti-aktiviti bercorak kemasyarakatan bukan sahaja terhad kepada sukan bermotor.

Saya difahamkan juga semasa di Baling, beliau mengadakan beberapa siri aktiviti jelajah hutan bersama-sama kenderaan 4x4 dan motosikal lasak. Beberapa kali beliau mengajak tetapi disebabkan saya baru menjawat jawatan pengurus kilang di Ipoh ketika itu, hajat tersebut tidak dapat ditunaikan.

Saya tidak pasti sama ada kedua-dua Radin ini adakah bersaudara. Semoga usaha-usaha kedua-dua Radin ini dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/




Caption Photo.
Gambar atas, Prof. Dr. Radin Umar Radin Sohaidi.
Gambar bawah, Tuan ASP Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna sedang membuat perlepasan 48-hour Scooter Ride Non-stop Merdeka Night Trans Peninsular, yang diketuai oleh saya semasa menyambut Kemerdekaan di Taiping Tahun 2002.

No comments: