Saturday, June 8, 2013

Laluan Khas Motosikal Selamat?


Laluan Khas Motosikal Selamat?

Sehari selepas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye meminta jawatankuasa di bawah Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan lorong khas motosikal supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna (rujuk teks penuh di bawah), Ketua Polis Daerah Subang Jaya (rujuk keratan akhbar di atas) memaklumkan lorong khas motosikal di KESAS adalah selamat berdasarkan hanya 2 rekod samun pada tahun 2011 dan tiada rekod sepanjang 2012.

Saya tidak pasti adakah 2 laporan akhbar ini berkait antara satu sama lain. Apa yang saya pasti Pengerusi NIOSH mengharapkan lorong khas motosikal diperbaiki supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna. Saya juga pasti istilah selamat yang digunakannya meliputi hazard dan risiko keselamatan dari segi safety dan security (criminal).

Aktiviti berasaskan pasif (re-active) seperti statistik dan rekod masih relevant untuk panduan perancangan dan pembaikan/penambahbaikan. Bagaimanapun aktiviti berasaskan aktif (pro-active) iaitu tindakan yang diambil sebelum berlakunya insiden/kemalangan adalah langkah terbaik dalam usaha pencegahan.

Sebagai salah seorang pengamal OSH dan juga pengguna tegar laluan khas motosikal ini, saya dan pasti mereka yang lain mengharapkan semua laluan khas motosikal diperbaiki agar lebih selesa dan selamat.


Kerajaan digesa baiki lorong motosikal
Harian Metro 3-Jun-2013

Kuala Lumpur: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye meminta jawatankuasa di bawah Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan lorong khas motosikal supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna.

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kira-kira 70 peratus daripada 6,000 kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini setiap tahun. Lee yang menghubungi BERNAMA berkata, kurangnya penyelenggaraan di lorong motosikal menyebabkan penunggang motosikal enggan menggunakan laluan khas berkenaan dan memilih untuk menggunakan lebuh raya sekaligus meningkatkan risiko kemalangan. “Berdasarkan maklumat yang saya kumpul daripada penunggang motosikal yang saya temui mereka memaklumkan bahawa lorong khas motosikal kurang diselenggara dan tidak begitu selamat. “Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan mempunyai selekoh berbahaya, berlubang, berlopak dan banjir ketika hujan. “Selain itu terowong (di laluan motosikal) sangat gelap dan penunggang serta pembonceng turut diganggu penjenayah pada waktu tertentu,” katanya. Lee berkata, laluan khas penunggang motosikal adalah salah satu pendekatan bagi mengurangkan kejadian kemalangan di kalangan pengguna motosikal.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf baru-baru ini mengumumkan bahawa kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti kebimbangan mengenai tahap keselamatan lorong khas motosikal. - BERNAMA

No comments: