OSH di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Ramadan
Media masa bersilihganti melaporkan isu Pasar Malam Jonker
Road di Melaka yang dikatakan punca kesesakan lalulintas dan terbaru ada ahli
poltik mencadangkan (cadangbalas?) agak Pasar Ramadan juga tidak diadakan tahun
ini atas alasan yang sama iaitu akan timbulnya kesesakan lalulintas.
Posting kali ini bukanlah untuk mengulas permasalahan
kesesakan lalulintas akibat dari Pasar Malam Jonker Road ataupun Pasar Ramadan.
Posting kali ini adalah ulangan (dan ulangan) ingatan kepada peniaga-peniaga
Pasar Malam (dan Pasar Pagi) serta Pasar Ramadan agar mengutamakan keselamatan
dan kesihatan di tempat mereka meniaga.
Masih dalam ingatan saya, peristiwa yang menimpa
para pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadhan Jasin , 13 Ogos 2010, Jumaat, jam
5.45 petang. Ribut melanda sekitar 5 - 7 saat. Semua khemah terbang
setinggi hampir 40 kaki, dan dibawa sejauh 500meter. 3 maut, manakala 37
dilapor cedera, dihempap kemah, terkena minyak panas dan dilayangi peralatan
menjual.
Akhbar juga pernah melaporkan kanak-kanak melecur anggota
badan akibat terkenal minyak masak panas dari kuali yang digunakan penjaja
pasar malam.
Gimik-gimik peniaga juga kadang-kadang boleh merbahayakan
seperti memasak menggunakan api besar, memasak menggunakan kawah atau periuk
besar, menggunakan kipas elektrik untuk mengalakkan pembakaran dan sebagainya.
Ini tidak termasuk isu kesihatan yang melibatkan makanan
tercemar, basi dan sebagainya.
Sudah sampai masa pihak berkuasa tempatan menguatkuasa
peraturan keselamatan dan kesihatan yang sedia dan menambahbaikan jika perlu. Antara
yang perlu dikuatkankuasakan ialah-
Kemah Kekal dan peralatan elektrik
1. Pelapik tiang kemah perlu ditanam (bolted) ke permukaan
jalan/tanah.
Besi penyambung tiang hendaklah terdiri dari bolt and nut
serta tidak tertonjol keluar.
2. Kemah perlu diikat antara kemah lain atau diikat kepada
struktur kekal (seperti tiang/bangunan)
3. Penyambungan wayar elektrik dan punca bekalan (plug) tidak
terdedah kepada air hujan
4. Penggunaan kipas angin siling (jika ada) perlu dipasang
kabel keselamatan (safety cable) di samping penyangkut kepada rangka/alang
kemah.
5. Jika ada wayar elektrik di atas lantai hendaklah
berlapik.
Kemah Mudah Aleh / Payung
1. Tiang-tiang Kemah Mudah Aleh dan Payung hendaklah diikat
kepada struktur kekal 9seperti tiang/bangunan).
2. Kaki-kaki tiang-tiang kemah Mudah Aleh dan Payung tidak
dibenarkan menjulur keluar kea rah laluan pejalan kaki.
3. Jika perlu gunakan kaki tiang dengan pemberat air seperti
dalam gambar rajah, rujuk gambar di atas.
Peralatan Memasak
1. Memasak tidak dibenarkan di tapak niaga. Jika dibenarkan,
peralatan dapur hendaklah diletak di bahagian belakang meja jajaan.
2. Dilarang
meletakkan peralatan dapur berhampiran laluan pejalan kaki.
3. Tabung gas masak dijarakkan dari dapur.
4. Tabung gas bukan
tempat letak kuali/periuk atau cerek.
5. Dimestikan mempunyai alat pemadam api mudah aleh.
Cadangan penambahbaikan di atas hanyalah sebahagian asas,
ada banyak lagi yang boleh dilaksanakan demi keselamatan penghujung dan juga
peniaga sendiri.
Manakala perkara yang berkaitan kesihatan, peniaga biasanya
dimaklumkan semasa memohon lesen perniagaan sementara atau semasa berkursus
pengendalian makanan.
*Untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan masalah parking, persatuan penjaja boeh menggunakan khidmat berbayar pasukan Rela dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan persatuan peniaga uptown di Selangor dan Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment