Friday, July 5, 2013

Lorong Motosikal di Susur Keluar Lebuhraya PLUS Tol Taiping Utara (Kamunting)




Lorong Motosikal di Susur Keluar Lebuhraya PLUS Tol Taiping Utara (Kamunting)

Hari ini untuk sekian kalinya saya menunggang (dari Sintok ke Kamunting) melalui Lorong Motosikal di Susur Keluar Lebuhraya PLUS Tol Taiping Utara (Kamunting). Sebagai seorang yang cuba mematuhi perundangan sedia ada, saya tidak menggunakan laluan kereta (laluan tepi) untuk melalui tol ini. Pada masa yang sama saya pasti  penghadang plastik (plastic barrier) yang ada pada laluan tepi tol ini adalah bertujuan menghalang penunggang motosikal daripada melaluinya.

Alhamdulillah, jika dibandingkan di awal-awal tahun dahulu, Lorong Motosikal ini seolah-olah tidak disenggara, permukaannya berpasir dengan ranting-ranting kayu bergelimpangan. Sekarang ini saya yakin penyenggaraannya berkala dan hampir tiada pasir dan ranting kayu lagi.

Cuma masih banyak bonggol yang tiba-tiba melintang laluan. Bukan bonggol pengurang kelajuan (speed breaker) tapi lebih pada tampalan akibat kerja pembinaan (pemasangan paip) atau sebagainya.

Awal tahun ini juga sudah dua kali saya membuat aduan (lisan) kepada pertugas di kaunter rumah tol ini. Isu pasir dan ranting sudah boleh dianggap selesai tapi  permukaan jalan perlu dipertimbangkan juga.

Setakat ini saya dan pasti penunggang motosikal lain amat berpuas hati dengan Laluan Motosikal Tol Hutan Kampung (menghala ke Utara) dan Tol Jitra (menghala ke Selatan) dengan kelebaran dan kekemasan permukaan laluannya. Mungkin dua Laluan Motosikal ini boleh dijadikan penanda aras oleh pihak yang bertanggungjawab untuk laluan-laluan motosikal yang lain.

http://oshthejourney.blogspot.com

Update 9 Jul 2013 11.15pm

Penanda aras di atas hanyalah berdasarkan kekerapan saya berulang-alik Taiping-Sintok. sebenarnya banyak lagi lorong motosikal yang boleh dijadikan penanda-aras. sebagai contoh laluan motosikal Tol Sungai Besi (menghala ke Selatan) yang saya lalui pagi tadi juga mempunyai kelebaran dan keselesaan.

No comments: