Thursday, July 4, 2013

Chemical exposure control – avoid direct contact (isolation method)





Chemical exposure control – avoid direct contact (isolation method)

Setiap kali mencuci kereta di Stesen Minyak Caltex Sunway Prai, setelah asyik melalui mesin basuhan automatik itu, saya akan asyik memerhatikan pula pekerja Nepal di sini mempraktikkan amalan hiraki kawalan risiko di peringkat kaedah lebih awal. Kaedah Isolation (penjarakkan) atau pengawalan di path (perantaraan) antara source (sumber) dan receiver (penerima) telah diamalkan di sini bersesuaian kekerapan dedahan yang kerap sepanjang masa kerja.

Pekerja Nepal ini  mengilat permukaan tayar dengan cecair pengilat. Ketika kebanyak pekerja menggunakan bahan pengilat ini secara bersentuhan terus dengan anggota badan (jari dan tapak tangan). Kalau adapun kawalan risiko dipilih ialah dari hiraki terakhir iaitu penggunaan PPE (sarung tangan).

Tetapi di Stesen Minyak Caltex Sunway Prai ini, pekerjanya menggunakan pengilat sponge yang bermengang (handle) yang diperbuat dari kayu.

Sama ada pengamal OSH ataupun yang sedia maklum mengenai hiraki pengawalan risiko ini, kaedah penggunaan PPE adalah kaedah terakhir setelah kaedah-kaedah lain seperti (i) Elimination, (ii) Substitution, (iii) Isolation, (iv) Engineering Control dan (v) Administration Control tidak boleh atau tidak sesuai diamalkan.

Ini adalah kajian kes atau contoh sebenar yang sering saya gunakan dalam kelas pembelajaran saya.





No comments: