Crowd Management – Sogo ambil
langkah terbaik!
Walaupun isteri saya telah
memaklumkan lebih awal kepada saya dalam dua hari ini (6 – 7 Julai 2013) ada “sale”
di Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL, saya tidak begitu ambil endah
maklumannya itu.
Malam tadi sekitar 9.00 pm
saya bersama isteri dan anak mengunjungi Sogo dengan tujuan menjamu selera di
Food Courtnya. Rasanya inilah kali pertama saya ‘terperangkap” dengan pusuan
orang ramai yang membeli-belah di dalam Sogo ini.
Setiap kaunter pembayaran
terbaris puluhan pelanggan menunggu giliran untuk membayar. Setiap pelusuk Sogo
terasak dengan pelanggan pelbagai usia membelek dan mengambil pilihan hati. Di
setiap penjuru pula tersila-simpuh puluhan pelanggan yang keletihan lesu. Di
Food Court pula hampir tiada kerusi kosong.
Apapun saya pasti pihak
pengurusan Sogo telah meramalkan situasi sebegini lebih awal dengan melihat
beberapa tindakan untuk menanganinya.
Dari luar bangunan lagi, laluan masuk
dan keluar ke bangunan Sogo ini telah diasingkan. Kelibat pengawal keselamatan
dan anggota Rela juga melicinkan lagi pergerakan keluar-masuk pelanggan.
Terdapat kemah dan kerusi yang saya disediakan rasa khusus untuk promosi Kad Sogo tetapi kemudahan ini diambil kesempatan
diguna oleh pelanggan melepaskan lelah.
Di setiap tangga bergerak juga
ditempatkan ramai pengawal keselamatan.
Pembantu jualan juga berada di merata-rata mungkin kesemua pekerja Sogo
pada dua hari ini dibekukan cuti mereka atau ramai pekerja sambilan diambil
bekerja.
Pada masa yang sama walaupun
tidak nampak secara langsung kaitannya, kehadiran artis jalanan dan
peniaga-peniaga bergerak (makanan/minuman dan jajaan lain) di perkarangan luar
Sogo berupaya mengurangkan ketegangan (stress) para pengunjung ini.
Risiko akibat kehadiran pelanggan yang memuncak ini perlu
ditangani sebaik mungkin. Pelbagai risiko yang mungkin terjadi. Sistem
pengurusan pengawalan orang ramai (crowd management) dengan mengambil kira segala pengenalpastian hazard,
analisa risiko dan kawalan risiko perlu disediakan.
“The primary
responsibility for doing something about the present levels of
occupational accidents and disease lies with those who create the risks
and those who work with them.” - Safety-Health-Work-Report-Committee-1970-72-Chairman-Lord-Robens.
Apapun syabas pihak pengurusan Sogo! Semoga semua pihak
pengurusan pusat membeli-belah khususnya dan temat tumpuan orang amnya
meneladani system pengurusan orang ramai (crowd management) Sogo ini.
*Malangnya selepas mengunjungi Sogo, saya terperangkap di
antara pusuan orangramai di Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Saya tidak
dapat bayangkan jika terjadi sebarang kecemasan di sini dengan kehadiran
pelbagai hazard biasa di Pasar Malam iaitu api gas masak., minyak masak panas, litar
pintas dan sebagainya. Posting berkaitan di sini.
No comments:
Post a Comment