Apa yang perlu ada dalam kereta panduan harian anda?
Mengapa perlu kereta ditolak jika bateri kereta anda meragam? Berbalik kepada punca hazad – mengapa bateri kereta anda meragam? Bateri kereta tidak akan meragam secara tiba-tiba. Ianya akan memberi pelbagai tanda sebelum meragam sepenuhnya. Anda sepatutnya peka apabila enjin kereta sudah mula sukar dihidupkan terutama setelah dibiarkan semalam. Tanda-tanda lain yang berpunca dari kemerosotan kuasa bateri ialah lampu-lampu utama mula malap, kadang-kala mentol lampu mudah terbakar dan siaran radio boleh jadi terganggu.
Sekiranya tanda-tanda ini mula kelihatan pada kenderaan anda, periksalah tarikh pembelian bateri ini yang boleh dirujuk pada badan bahagian atas kotak bateri. Sudah sampai masanya bateri ditukar jika hayatnya sudah sampai.
Mengapa perlu di tolak jika bateri anda meragam? Terutama di lokasi yang terhad seperti di tempat letak kereta dalam bangunan, jalan atau lorong yang sibuk dan kawasan berbukit terutama di tepi curam atau lurah.
Mengapa tidak menggunakan “High Tension Jump Cable” menghidupkan semula bateri yang meragam itu dengan bantuan kenderaan lain? Langkah ini adalah yang paling selamat jika dibandingkan dengan terpaksa menolak kenderaan. Perlu juga diingatkan hanya kenderaan mempunyai gear manual sahaja boleh ditolak jika bateri meragam. Kenderaan yang mempunyai gear automatik tidak boleh ditolak jika bateri meragam!
Antara kelengkapan yang mesti ada dalam keerea panduan harian saya ialah “High Tension Jump Cable”. Malah selama lebih 20 tahun memiliki kenderaan dan telah menjelajah jalan darat hingga ke Sempadan Tibet dan sebahagian besar Negara China di sebelah selatan dan barat, kenderaan saya tidak pernah bermasalah dengan bateri. Bagaimanapun dengan kelengkapan “High Tension Jump Cable” sudah kerap-kali saya membantu kenderaan-kenderaan yang bermasalah dengan bateri.
Apa yang perlu ada dalam kenderaan panduan harian anda?
Tidak semestinya anda bawa set lengkap kelengkapan untuk membaiki kenderaan yang rosak. Memandailah beberapa peralatan asas seperti dicadangkan dalam slide di atas.
Ingat! Membawa bekalan petrol (atau diesel) tidak digalakan malah dilarang jika perjalanan tidak melibatkan jalan “off-road”. Risikonya terlalu besar jika anda membawa bahan bakar ini terutama jika tidak menggunakan bekas penyimpanannya yang sesuai.
Dalam kelas Emergency Response Management (ERM) yang saya ajar, topik sebegini yang berkaitan dengan rutin harian sering saya ingatkan kepada pelajar-pelajar saya. Sentiasa bersedia untuk kecemasan. Sekurang-kurangnya kalau tidak digunapakai untuk diri kita (kenderaan kita), ianya boleh digunakan untuk orang lain (kenderaan orang lain).
Insya-Allah dalam posting akan datang saya akan berkongsi pengalaman mengapa pengembara jalan darat (overland expedition) seperti kami membawa bilah pencuci cermin kereta (viper) dalam kuantiti yang banyak semasa dalam perjalanan terutama melalui jalan "offroad".
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com.
KERETA TERJUNAM DARI TINGKAT 3 DI KB MALL, KOTA BHARU
Kosmo 7 Disember 2009
KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.
Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.
Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.
Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.
Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.
No comments:
Post a Comment