Jom kayuh!
Malu alah saya sehingga hari ini tidak dapat memberi commitment pada Pengarah DOSH Kedah, En. Jais Suratman yang mengajak saya berkayuh basikal ini. Ajakan ini sebenarnya pada penghujung tahun lepas lagi.
Di DOSH Pulau Pinang umpamanya saya difahamkan ramai pegawainya yang aktif bersama-sama rakan-rakan NRG SHO menjadikannya aktiviti berbasikal ini sebagai aktiviti cara hidup sihat di samping berpeluang mengenali dan beramah-mesra di luar waktu pejabat. Malah DOSH Pulau Pinang juga sudah acap kali bermain futsal bersama-sama dengan NRG SHO.
Semoga aktiviti sebegini diteladani bukan sahaja oleh DOSH negeri-negeri lain malah penguatkuasa-penguatkuasa dari jabatan lain seperti DOE, Bomba dan sebagainya.
Berita baik juga kepada pengayuh-pengayuh basikal di Pulau Pinang dan di Utara amnya. Sebuah kedai basikal baru dibuka di Bertam Perdana, milik seorang pengayuh yang aktif.
Berita lanjut lanjut di sini.
llukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com
No comments:
Post a Comment